Kek Marble Lembap Mat Gebu

November 09, 2018

Kek Marble Lembap Mat Gebu | Hari Rabu yang lepas, saya, Sis Lin dan Farahain ke teratak Mat Gebu (PCM) di Sedenak. Dah lama juga saya tak ke sana. Mungkin kali terakhir masa raya kot? Lepas tu awal bulan lepas, encik suami ada juga menziarahi PCM, tapi saya tak ikut sama masa tu sebab encik suami ada urusan kerja kat Kluang. Plan nak ke rumah PCM ni dah lama Sis Lin mengajak, tapi timing kadang-kadang tak sesuai dan masing-masing ada hal lain. Akhirnya Rabu yang lepas, tertunai juga hasrat kami nak bertemu setelah sekian lama.

Teaser dulu gambar Kek Marble Mat Gebu

Pada malam hari sebelum ke Sedenak, saya dan Ain bermalam di rumah Sis Lin. Mudah sikit nak ke Sedenak dari rumah sis aje. Tak perlu lah sis nak menjemput seorang demi seorang. Jimat masa dan tenaga kat situ. Paginya, kami breakfast kejap kat U Five Cafe, Taman Masai. Isi perut ringan-ringan aje. Kalau makan berat, takut perut tak muat nak masuk lagi makanan kat rumah PCM nanti. Bahahahah!

Kami sampai kat rumah PCM sebelum pukul 12 tengahari. Satu rekod baru untuk Sis Lin sebab sebelum-sebelum ni kalau dia set masa untuk sampai kat Sedenak, mesti akan lewat sejam kemudian baru dia sampai. Hari tu, terawal pulak. Mungkin penangan anak-anak katak. Hahahah! Tiberrrr sangat, kannn!

Bergambar kenangan di teratak Mat Gebu

Hari tu, PCM masak Laksa Johor. Kalau uols nak tahu, Laksa Johor PCM adalah yang antara yang paling sedap pernah saya makan. Uols tanya lah kawan-kawan lain yang pernah makan, confirm semua setuju. Kuahnya yang pekat dan secukup rasa, buat kita menambah spaghetti tanpa disedari! Sedar-sedar je, berat dah naik 2kg dalam sehari. Kahhhh!

Laksa Johor Mat Gebu

Selain Laksa Johor, PCM ada buat tauhu bergedil daging juga. Padat isinya. Cicah dengan sambal kicap dalam periuk comel Le Cruset, si Ain makan sampai tiga bijik! Suka sangat dia dengan tauhu bergedil PCM tu. Saya hanya mampu telan dua biji aje lepas menyumbat perut dengan 3 sanggul spaghetti Laksa Johor. Burppp. Alhamdulillah.

Tauhu Bergedil Daging Mat Gebu

Tapi saya paling tak dapat move on dengan menu pencuci mulut PCM yang satu ni. Sampai sekarang pun duk teringat-ingat lagi. Kek Marble Coklat. PCM bakar dalam bundt cake tin. Elokkk sangat kejadiannya! Tabur sikit atas dia dengan snow powder, dah cukup nampak elegan. Bila PCM potong aje, kitorang terpegun tengok keratan rentasnya. Aduhai, cantik sangat!

Kek Marble Lembap Mat Gebu

Apa lagi, mai sepotong! Subhanallah, lembut dan moist sangat kek marble yang PCM buat tu! Guna mentega Golden Churn katanya, memang patut lah macam tu kejadiannya. Eh, tambah lagi sepotong! Siap bungkus bawak balik, nkoo! Hahahaha!

Kalau uols nak try buat kek marble sesedap ni, boleh lah rujuk resepi Kek Marble Lembap Mat Gebu ya!

You Might Also Like

5 Comments

  1. Nak kena bakar dlm bundt tu kot baru dpt sedap. Tapi akk pnh try rsepi kek marble cik mat mmg sedap sbb bahannya pon premium

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..kadang untuk makan sendiri ni, pakai aje bahan premium..puas hatiii..hihihi

      Delete
  2. Alhamdulilah sampai awal hahahaha dah ku agak mesti Mak Yah akan kata 'awal Lin sampai' sebab selalu sampai lambat kakakakah!
    Kita pun makan 3 sanggul , penuh dengan air kopiO aje dalam perut..

    Kek tu memang tak boleh nak move on lagi!! Sedap makan siap tapau ek :p

    ReplyDelete
  3. Terlampauu sedappp sangatt semua menu sampai jadi ular sawa ain..hahahhaahhaha....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com