Ticker

6/recent/ticker-posts

Makanan Ala Thai Terbaik di Johor Bahru @ Chaba Thai Food

Makanan Ala Thai Terbaik di Johor Bahru @ Chaba Thai Food | Sis kau bagi tajuk over sangat ke? Tak oi. Ini memang serius terbaik, susah nak jumpa kat tempat lain. Kalau uols duduk di Skudai, Johor Bahru dan sekitarnya, teringin nak cari makan malam selera Thailand, boleh datang ke Restoran Chaba Thai Food ni.

Restoran milik anak Melayu tempatan yang berasal dari Kelantan ni baru beroperasi empat bulan. Bermula dari selepas raya 2018, perniagaan diorang semakin berkembang maju dari hari ke hari. Restoran ni terletak di Taman Impian Emas, Skudai. Kalau uols waze, memang ada lokasi ni. Jadinya, tak susah nak mencari. Search aje Chaba Thai Food Johor Bahru.

JDT Blogger @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor. Pic: Sis Lin

Saya baru sahaja mencuba menu masakan Thai kat sini semalam. Datang dalam pukul 8 malam, dinner bersama-sama dengan rakan JDT Blogger. Jemput tengok video kat bawah dulu untuk summary menu yang kami cuba kat Chaba Thai Food ni.


Lain dari yang lain kan?

Haa itu lah, tadi da saya bagitau, sekarang baru nak percaya?

Antara menu killer yang wajib uols cuba dan saya rekemen sangat-sangat kat sini adalah Siakap Stim Limau dia. Limau yang digunakan adalah perahan limau nipis ya, bukan dari botol. Ikan yang dikukus dengan kuah rasa masam manis limau memang rasa tulen masakan Thai. Orang utara confirm suka sebab macam ikan masak air asam je rasa dia. Isi ikannya pun segar sebab tuan kedai akan pastikan ikan dibeli segar setiap hari, takde simpan stok untuk esoknya.

Siakap Stim Limau @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Kalau nak rasa masakan siakap yang lain daripada yang lain, uols boleh cuba Siakap 2 Musim. Hah, tak pernah dengar? Itu lerr, kitorang pun teruja nak tau macam mana rupa dia. Bila dah sampai kat depan mata, ooo dia ada dua sos dalam satu pinggan siakap tu. Sebelah sos gajus, sebelah lagi sos tomyam. Yang ini pun sedappp, okay! Licin pinggan sampai ke biji gajus terakhir. Ahaks.

Siakap 2 Musim @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Siakap 3 Rasa @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Agak-agak tak boleh nak keluar dari kepompong masakan siakap, ada juga menu Siakap 3 Rasa. Macam biasa lah menu ni, tak payah nak cerita lagi, semua orang dah tahu. Hahaha! Kita ke menu seterusnya yang jadi signature kat Chaba Thai Food ni, iaitu menu tomyam. Kat sini ada macam-macam jenis tomyam. Dah namanya restoran makanan ala Thai kan. Paling menarik, ada Tomyam Poktek. Kuah putih tomyam ni pedas oiii, hantu pedas memang akan suka menu ni. Walaupun pedas, tapi rasanya sangat sedap dan kena dengan tekak. Tapi tak mampu nak habiskan sebab lidah dan perut iols tak tahan pedas. Tomyam Poktek ni disediakan dalam dua saiz, M dan L. Saiz M pun da banyak oi isi dia!

Tomyam Poktek @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Tomyam kedua yang kitorang try adalah Tomyam Seafood. Kuah merah pekat tomyam tu rasa pedasnya dari pes tomyam tu sendiri. Takde tambah cili ape-ape ya. Yang ni saya boleh telan sebab tak terlampau pedas. Tapi masa makan semalam, ada ayam jugak dalam tomyam tu. Adakah ini tomyam campur sebenarnya? Hahaha. Saya la tukang penghabis ayam tu. :p Yang ni licin diratah dak Farahain. Diorang ada jugak Tomyam Putih dan Tomyam Santan.

Tomyam Seafood @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Selain daripada menu-menu utama ni, Chaba Thai Food juga ada menu special, iaitu Kerabu Chaba. Potongan sotong dalam kerabu ni direbus dulu sebelum digoreng. Yang ni pun sedap rasa macam tengah duduk makan kerabu kat Thai Food Festival. Sedar-sedar je dah habis dua pinggan kitorang makan. Aduhai, sedap terukkk.

Kerabu Chaba @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Ada juga menu udang goreng tepung yang lain daripada tempat lain kat sini. Udang goreng tepung dia gebu-gebu dan disalut pulak dengan serbuk roti pada bahagian luar. Memang naik seri menu ni, nampak kaler oren-oren bila da digoreng tu. Cicah dengan sos Thai khas, alamak licin jugak dua pinggan. Burppp, alhamdulillah.

Udang Goreng Tepung @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Kalau suka makan set makanan dengan sayur, jangan risau sebab dah tentu lah ada menu sayur-sayuran yang biasa ada kat restoran masakan panas, Kailan Ikan Masin, Kangkung Goreng Belacan dan lain-lain. Maka, cukup seimbang lah gizi makanan uols.

Aneka menu sayuran @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Apa dia?

Yang berapi-api dalam video tu?

Haa itu menu special Chaba Thai Food, namanya Hoormook Seafood Chaba. Aneka jenis seafood yang digoreng bersama santan, kemudian dibungkus dalam aluminium foil, api tu hanya hiasan aje sebagai penarik perhatian kami yang tengah makan, terus semua berdiri nak ambik video. Hahaha! Sedap juga menu yang ni, dia macam kari Thai lah sebab ada santan. Kalau uols cari kat Youtube, ada juga yang campurkan telur masa menggoreng. Semalam tak sempat pulak tanya ada campur telur ke tak.

Hoormook Seafood Chaba @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Kat Chaba Thai Food ni, uols boleh order makanan per set atau per individu. Makanan set bermula dari harga RM14 untuk dua orang, boleh dapat Tomyam Campur, Kailan Ikan Masin, Telur Dadar dan nasi putih. Menu paling mahal RM100 untuk 4 - 5 orang including ikan Siakap 3 Rasa, Siakap Stim Limau, Tomyam Campur, Ayam Kunyit, Kailan Goreng dan Nasi Putih. Berbaloi-baloi kan?

Menu special @ Chaba Thai Food, Skudai, Johor

Apa lagi, malam ni ajommm lah ajak family dan kawan-kawan dinner kat sana!

Chaba Thai Food

Lokasi:
No. 17, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor


Waktu Operasi:
Setiap hari
5 petang - 12 tengah malam

Facebook:
https://www.facebook.com/Chaba-Thai-Food-263463207576649/

Instagram:
https://www.instagram.com/chabathaifood_18

Untuk Tempahan:
+601 11 307 7600

Post a Comment

12 Comments

  1. Siakap 2 musim tu macam memukau. 😂

    ReplyDelete
  2. mlaparkan sungguh la hai..boleh try nanti..

    ReplyDelete
  3. Okay, nanti entri bawah tu nak copy je ye Puan hahahahaha..

    Tapi seruis memang sedap semua makanannya, terbaekk ar..
    Next bolehlah kita repaet ke sana sambil meeting and eating ...

    ReplyDelete
  4. sodapppp ni masakan kat sini.. next time boleh repeat lagi.. siakap 2 musim tu je x sempat nak rasa.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah! percaya lah kak, aku pun sempat merasa sosnye saje bersama kacang2 tu..ikan da habisss, nampak tak betapa sedapnya dan menjadi rebutan tu??

      Delete
  5. Kalau dekat dah pergi ni, menu best2 semua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..nanti bila2 turun JB, jemput datang ke restoren ni ya!

      Delete
  6. biasanya makanan thai tak pernah tak sedap. lagi-lagi yang ori dari thai. pergh.... jom lepak sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...saya setuju!!! jommmmmm...meeting jdt blogger ke belitung XD

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com