Mohon Jadi Pemandu Yang Bijak!

November 14, 2018

Mohon Jadi Pemandu Yang Bijak! | Hai, masuk simpang bagi signal tak tadi? Tanya je. Jangan marah ek. Kalau ada bagi signal, alhamdulillah.

Kenapa eh, zaman sekarang ni makin menjadi-jadi pulak perangai pemandu malas bagi signal bila nak masuk simpang? Pengalaman saya sendiri, bila saya nak keluar dari simpang, kebanyakan pemandu kenderaan yang datang dari sebelah kanan nak masuk ke simpang saya tu, jarang bagi signal sebelum masuk.

Guys, jalan raya ni bukan you, dia, atau saya yang punya. Tapi jalan raya adalah milik semua. Cuba ingat balik masa nak ambik lesen dulu. Waktu tu bukan main beriya lagi konon-konon patuh dengan arahan lalulintas. Peka gila dengan semua arahan papan tanda tepi jalan. Ye lah, kalau tak, nanti tak lulus pulak! Kenapa bila dah dapat lesen, terus bertukarrrr jadi gengster jalan raya?

Itu belum masuk lagi bab bawak laju macam pelesit atas jalan raya yang sepatutnya bawak 70 km/j. Nak pergi mana la cepat sangat, tak tahu. Kalau saya nampak pemandu macam ni masa driving, spontan saya sebut “dah nak terkencing agaknya”. Takpun, “ada lah tu nak bersalin”. Bersangka baik kononnya, tapi dalam hati menyumpah-nyumpah.

Eeee, uols tak tahu ke? 40.7% kemalangan yang berlaku disebabkan oleh speeding? Yes, speed kills! Awal Oktober yang lalu, lima rentung bila kereta dinaiki terbakar selepas terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, di Ipoh. Sebab apa? Pemandu bawak treler lebih dari 90 km/j di lebuhraya! Aduhai.

Kalau bawak laju, lepas tu tangan pegang phone, lagilah mengundang maut!. Tak payah cakap orang lainlah. Saya sendiri mudah terganggu fokus driving kalau masa tu jugak lah nak baca Whatsapp. Bahkan nak jeling aplikasi Waze pun bahaya! Kalau guna Waze masa memandu, memang kena extra alert dengan kenderaan sekeliling. 25% kemalangan berlaku disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit semasa memandu, tahu tak?

Cell phone and driving don’t mix

Please guys, tak mintak banyak. Just nak pesan, ingatlah orang tersayang. Kalau bukan kita, orang lain pun ada yang sayangkan diorang kat dunia ni. Yang sentiasa tunggu diorang balik ke rumah dengan selamat selepas seharian mencari rezeki kat luar.

Juga, bersedialah dengan insurans untuk cover akibat daripada sikap kau tu. Adoiii. Ni lagi satu, uols tu ada insurans motor tak? Kalau jadi ape-ape kat uols masa driving, bukan kereta je yang kena cover tau. Tubuh badan uols tu pun kena ada perlindungan. Uols ade check tak which company cover uols punya insurans/takaful? Ke serahkan segalanya pada agent? Pernah baca tak apa yang dicover, apa yang tidak. Bukan apa, mudah nanti jika berlaku kemalangan. Kena ambil tahu, takdelah kita panik tak tentu arah.

Bebelan panjang ni adalah ingatan untuk diri seorang Sunah jugak oii. Tapi kalau terasa macam uols ada perangai-perangai buruk kat atas tadi, bawak-bawaklah perbaiki ya. Jom kita usaha sama-sama untuk jaga rekod trafik yang baik. The rewards? Boleh nikmati premium insurans lebih rendah jika risiko kemalangan dikurangkan. Sebabnya, kadar insurans tidak lagi berdasarkan senarai harga tetap. Tak caya, check laman sesawang kat bawah ni (tips: from these websites, uols juga boleh dapatkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans/takaful, so boleh compare pelan dan harga lah).



#playyourrolemy

You Might Also Like

14 Comments

  1. Replies
    1. ada yang cakap, signal tu beli asing...kete dia belum beli lagi agaknya..hahahah

      Delete
  2. suzie pn xsuka org xbg signal..kita nie punya la tunggu keta nak masuk jalan besar dia pula dgn xbg signal terus je belok..kalo mood xok mau kne sumpah seranah..hehe🤣🤣

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sunah...mmg geram kalau ikut bontot kereta yg pemandunya main hp...kekadang tu merungut sendiri dlm kereta bila potong kereta tu elok pemandunya sedang tengok hp atau jawab panggilan..mmg susah nak memandu kalau mata dok tengok hp tu...tu yg boleh menyebabkan kemalangan... nak memandu pun jadi slow n menggangu kereta yg lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...iye mama, betul tu..memang geram kalo lalu kete tu, tengok-tengok tengah sibuk dengan handphone..

      Delete
  4. Saya sentiasa bagi signal tiap kali kuar dan masuk simpang...setakat nilah..
    Kalau tak de tu maknanya time memang kelupaan hehehehe

    ReplyDelete
  5. haluuu pulissss,,,kita nak buat laporan orang yang tak suka bagi signal ni.hahhahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha! ade ke pulis nak cek? kalo ada, ok gak..

      Delete
  6. Selalu jumpa jumpa pemandu macam ni..macam habis minyak kalau bg signal

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..tak paham nape susah sangat nak bagi signal

      Delete
  7. Moga pemandu di Malaysia bertimbang rasa, kalau tak sayang nyawa sendiri pun kena fikir pengguna lain mungkin juga jadi mangsa kerana sikap kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu! kadang2, kita da buat elok da atas jalan raya..sebab sikap orang lain pulak, kita jadi mangsa.

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com