Pasaraya HeroMarket Kedua di Johor Dibuka di Capital City, JB

November 03, 2018

Pasaraya HeroMarket Kedua di Johor Dibuka di Capital City, JB | Orang Johor Bahru mesti tak berapa familiar dengan nama pasaraya ni. Housemates saya pun macam tu. Melainkan kalau uols pernah nampak nama pasaraya ni dekat KL. Pertama kali saya nampak pasaraya ni adalah di Sungai Besi beberapa tahun yang lepas. Masa tu saudara saya yang duduk kat Kem Perdana Sungai Besi kirim belikan barang kat sini sebelum datang ke rumahnya.

Sebenarnya, pasaraya HeroMarket yang pertama di Johor terletak bersebelahan dengan AEON Tebrau City. Saya pernah ke sana untuk event Sabai Sabai Thai Food Festival. Cawangan terbaru di Capital City Mall, Tampoi ni pula adalah yang kedua di negeri Johor.

HeroMarket adalah syarikat sendirian berhad yang mengkhususkan perniagaan pasaraya. Berpusat di Lembah Klang, HeroMarket sinonim dengan harga yang rendah dan produk yang pelbagai. Pengunjung yang datang ke pasaraya ini ditawarkan suasana membeli-belah yang vibrant, selesa dan bersih.

HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

Suasana membeli-belah yang bersih dan selesa di HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

Setakat ni, 23 pasaraya HeroMarket beroperasi di Lembah Klang (termasuk 5 kedai serbaneka), 1 di Tebrau City Johor, 1 di Pulau Pinang dan terbaru di Tampoi, Johor dengan tenaga kerja melebihi 1200 orang. Biarpun hanya diperbadankan secara rasmi pada tahun 2005, para pengasas dan tulang belakang HeroMarket mempunyai 75 tahun pengalaman dalam bidang makanan runcit. Dengan slogan "Fresh and Easy", HeroMarket mengetengahkan konsep membeli-belah barangan harian, pelbagai jenis produk dan makanan segar di bawah satu bumbung dalam persekitaran yang bersih.

Pelbagai barangan keperluan harian di HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

Dengan adanya kafe dan bakery dalam pasaraya, HeroMarket menawarkan pengalaman membeli-belah yang lengkap untuk keperluan harian setiap pelanggan yang datang. Pengunjung di Tampoi kini boleh mendapatkan barangan runcit dan barang basah pada harga yang rendah setiap hari, termasuk juga produk barangan bukan makanan dari jenama Hilo.

Aneka jenis kek dan pastri boleh didapati di kafe HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

Aneka aiskrim import di kafe HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

Cashier di HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

Pasaraya HeroMarket yang terbaru ni dirasmikan pada 2 November 2018 oleh pengasasnya, Pengarah Francis Teng. HeroMarket merancang membuat pelaburan sebanyak RM5 juta untuk membuka lima pasaraya di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Syarikat juga mahu membuka dua kedai bajet RM2 di kedua-dua bandar itu.

Perasmian pembukaan HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

Pengarah Francis Teng berucap sempena pembukaan HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

Dalam sebulan pertama sempena pembukaan cawangan terbaru ni, pengunjung boleh mendapatkan kad keahlian HeroMarket secara percuma di pintu masuk pasaraya. Manakala selepas sebulan, ahli hanya perlu membayar RM10 untuk keahlian tahunan.

Apa tunggu lagi? Jom ke HeroMarket cari coklat!

Rak coklat di HeroMarket @ Capital City, Tampoi, JB

HeroMarket Capital City, Tampoi

Lokasi:
Capital City, FG-AT001, Kompleks Kapital, Jalan Tampoi

Waktu perniagaan:
Setiap hari
10:00am - 10:00pm

You Might Also Like

3 Comments

  1. Yeay dah ada Hero Market kat area tampoi. tak perlu pergi ke tebrau lagi.

    ReplyDelete
  2. Geramm tengok Salmon tu oiii..
    Esok nak pi laaa beli kejap hahahaa...

    ReplyDelete
  3. Ajommmm. Orang orang tampoi , bandar baru uda , larkin....dan sekitar johor bahru.....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com