Ticker

6/recent/ticker-posts

Flop Poppy Bakal Adakan Konsert One Night in JB 2019

Flop Poppy Bakal Adakan Konsert One Night in JB 2019 | Siapa kat sini minat Flop Poppy? Sesiapa yang lahir tahun 80-an mesti kenal band ni. Nostalgia kan lagu-lagu dia. Dah lama jugak Flop Poppy tak muncul kat industri muzik tanah air. Mesti peminat-peminat band ni rindu gila nak tahu perkembangan diorang kan? Kalau rindu lagu, boleh tengok kat Youtube aje. Tapi kalau rindu nak get together?

Johor Bloggers bersama Flop Poppy. Pic: Sis Lin

Haa, ni nak habaq kat orang-orang Johor. Uols sangat bertuah tau sebab dirancangkan pada 1 Mac 2019 nanti, Flop Poppy akan kembali untuk konsert One Night in JB 2019, khas buat warga Johor bersempena dengan 30 tahun Flop Poppy berada dalam industri. Special kan? Dua malam lepas saya hadir sebagai jemputan media untuk Live Show & Press Conference Flop Poppy di Straits Hill Villa, Johor Bahru.

Live Show dari Flop Poppy

Menurut Andy, diorang nak bawak konsep mesra keluarga untuk konsert akan datang nanti, di mana para pengunjung boleh bawak anak-anak kecil sekali ke konsert. Masa live show semalam pun, dah nampak dah konsep tu. Siap ada badut lagi untuk hiburkan anak-anak kecil. Kira macam ada nursery la kalau uols nak bawak anak-anak nanti.

Salah satu Indie band yang sempat menemu-ramah Flop Poppy

Dari semalam sampai bulan Mac tahun depan, Flop Poppy akan buat mobile promo di sekitar Johor untuk war-warkan tentang konsert yang bakal diadakan dengan kerjasama penganjurnya, Villa Team Work Space. Kalau uols bertuah, boleh join pertandingan social media dan pertandingan on the spot untuk dapatkan tiket percuma nanti.

Tapi kalau tak sempat nak join, setakat ni maklumat harga tiket yang dijual adalah:

Kanak-kanak 3 - 15 tahun PERCUMA
Dewasa:
Early Birds RM50
Walk In RM55
VIP t.b.a (including merchandise & dinner)

Venue: t.b.a

Haa, boleh la uols merancang dan buat belanjawan tahun 2019 mulai dari sekarang. Untuk sebarang penajaan atau maklumat lanjut tentang konsert ni, uols boleh rujuk laman-laman sosial diorang ya!


Flop Poppy One Night in JB 2019

Facebook:
https://www.facebook.com/floppoppyonenightinjb2019/

Instagram:
https://www.instagram.com/floppoppyjb

Tempahan tiket dan pertanyaan:
011-26473600

Post a Comment

3 Comments

  1. Oh my oh my...terus nyanyi 🎶aku dan juga dirimu........

    ReplyDelete
  2. Wahh tak sangka dah 30tahun sama usia ena.hehe.. legend.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com