Grill Chicken with Peach Sauce @ Livingroom Cafe, Johor Bahru

December 04, 2018

Grill Chicken with Peach Sauce @ Livingroom Cafe, Johor Bahru | Pernah makan ayam dengan sos pic? Saya sebelum ni tak pernah, dan tak terfikir pun. Tapi beberapa hari lepas masa buat beverage review dekat Livingroom Cafe, Johor Bahru, itulah pertama kali saya rasa makanan ni.


Ayam yang dipanggang, kemudian dicurah dengan sos pic, dilengkapkan dengan ketulan jagung rebus, salad dan kentang goreng. Bau wangi sos pic tu manis-manis membuka selera. Bila dipotong ayamnya, dan disua ke dalam mulut, nahhh inilah menu pilihan saya pada masa-masa akan datang kalau ke cafe ni lagi.

Tak percaya?


Tengok, saya order menu ni lagi untuk kali kedua datang ke Livingroom Cafe bersama kawan-kawan. Haha! Iye, sedap manis-manis masam gitu. Kak Ajan cakap, seolah-olah makan meatball IKEA dengan jem strawberry. Haa, cenggituhhh! Portionnya pun tak terlalu kecil, sedang-sedang dan berbaloi dengan harganya. Kalau tak silap, dalam RM14.90 satu set ni.

Selain menu ni, uols jugak boleh try Sambal Baked Rice dan Spaghetti Tomyam dia. Pun sedappp. Pendek kata, kat cafe ni menunya fusion-fusion gitu, western campur local taste. Saya suka!

Livingroom Cafe

NO PORK, NO LARD

Lokasi:
Plaza Mentari (Sun City), G-05, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi:
Setiap hari
12 pm - 12 am

Instagram:

Food Panda Online Order:

You Might Also Like

11 Comments

  1. Grilled chicken tu menarik betul.. Bila nak pi makan sini

    ReplyDelete
  2. Grilled chicken tu menarik betul.. Bila nak pi makan sini

    ReplyDelete
  3. alamak...jauh la pulak. mungkin sesekali kalau pergi ke nippon paint boleh singgah

    ReplyDelete
  4. ohhh itu peach ssoss...hahahhaha..nasib kak sunnn gtau...ain main makann jerrr...asal sedappp ku bedal aje.hahahhaa...

    ReplyDelete
  5. Jom laaa kita menggemokkan diri..
    Jangan pi sorang-sorang, kita pi sesama hahahahahaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com