Laksa Johor Kafe Warisan Noor

December 30, 2018

Laksa Johor Kafe Warisan Noor | Pagi tadi masa tengah kalut-kalut deko brownies sebab terlewat bangun, housemate whatsapp ajak sarapan. Saya pun tak breakfast lagi time tu. Jadi saya pun ON aje lah.

Lepas delivery, saya cadangkan sarapan kat Kafe Warisan Noor sebab teringin laksa. Laksa Penang dengan Laksa Johor bermain-main dalam fikiran masa tu. Tapi belum decide lagi nak laksa yang mana satu. 

Bila dah sampai kafe tu kat Taman Universiti, Skudai, terus order Laksa Johor. Gitu lahhh. Kak Ajan order soto nasi. Tapi tak sempat ambil gambar makanan dia. Terlupa. Sempat snap Laksa Johor aje. Haha. Alhamdulillah, dedua menu sedap.

Laksa Johor Kafe Warisan Noor

Laksa Johor dia boleh tahan, tapi sedikit pedas bila terkena sambal yang diorang bubuh kat tepi pinggan tu. Seorang Sunah kat tak tahan pedas. Mengalir-ngalir hingus dan air mata bila hirup kuah kat hujung-hujung. Kahhh.

Kalau uols nak sarapan Laksa Johor, Laksa Penang, Mee Soto, Soto Nasi, Lontong, Roti Canai, Nasi Lemak, nasi campur, dan banyakkk lagi, boleh lah datang ke Kafe Warisan Noor, Taman Universiti. Restoran ni beroperasi 24 jam setiap hari.


Kafe Warisan Noor

Lokasi:
No. 4, Jalan Kebudayaan 7, Taman Universiti, Skudai

Waktu Perniagaan:
Setiap hari
24 jam

Facebook:

You Might Also Like

14 Comments

  1. Masa pegi Johor hari tu. .Sempat merasa laksa johor. .Sedap. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh gila tak sedap laksa johor...hahaha..kalo kena cara masakannya, memang umphhhh

      Delete
  2. Replies
    1. nyum nyummmmmm sangat ui...bila nak breakfast bersamaaaa

      Delete
  3. lamak x merasa laksa johor. hehe

    ReplyDelete
  4. seorang sunah mesti ketepikan jugak bawang dan segala yang ade tuh kann ... kihkihkihkih. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa pandai..nasib baik tak amek gambar hahahahah

      Delete
  5. Yan pum suka juga makan kat situ. Paling suka mee kari...awesome!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh selalu ek datang makan situ? kita jarang2..kalo tetiba teringin laksa or makanan pelik2 pagi2, haa baru la rajin datang..haha

      Delete
  6. Membakar je Sis ko tengok..
    Nanti nak buat laaa baru puas makan hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com