Ticker

6/recent/ticker-posts

Tempat Menarik Yang Wajib Dikunjungi Di Pulau Belitung, Indonesia

Tempat Menarik Yang Wajib Dikunjungi Di Pulau Belitung, Indonesia | Ok, nak tunaikan janji ni. Semalam kan dah share tentang pakej percutian berbaloi-baloi ke Pulau Belitung oleh MTN Getaways. Hari ni saya nak share pula tempat-tempat menarik di Pulau Belitung yang termasuk dalam itinerary kami. Sebelum tu, saya kongsikan dahulu transport dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh MTN Getaways.

Bas persiaran Lucia

Sepanjang percutian kami di sana, semua perjalanan kami dari hotel ke merata Belitung adalah menggunakan bas persiaran Lucia. Basnya berhawa dingin, tapi tempat duduk agak sempit sedikit. Kalau bertubuh halus macam saya, ok lah alhamdulillah. Tapi kalau yang berbadan besar sedikit, akan rasa kurang selesa jika perjalanan mengambil masa yang panjang.

Beli simkad XL Axiata melalui MTN Getaways

Zaman sekarang kalau tak update IG story masa bercuti, tak sah kan? Jadi, kami semua beli simkad Indonesia untuk digunakan melayari internet bila berada di luar hotel. Simkadnya berharga Rp.75.000, pakej Xtra Combo Lite XL Axiata dengan data 6GB + 2GB bonus kuota untuk tempoh 30 hari. Beli melalui MTN Getaways, masa sampai Belitung, tinggal bayar dan terima simkad. Coverage nya tak semua tempat ada. Kadang-kadang hilang juga internet tak tau ke mana. Kena on off mobile data sekejap-sekejap untuk bangunkan dia dari tidur. Hahaha. Tapi wifi hotel sangat laju, memang superb! Nanti entri lain saya share tentang hotel penginapan kami ya!

Tempat Menarik di Pulau Belitung, Indonesia


Ok, sekarang saya nak cerita tentang tempat-tempat menarik di Pulau Belitung yang korang boleh singgah kalau ke sana.

1. SD Muhammadiyah Gantong - SD Laskar Pelangi

Kalau dah namanya Negeri Laskar Pelangi, tak sah lah kalau tak singgah ke sini. SD Muhammadiyah Gantong atau lebih dikenali sebagai SD Laskar Pelangi ni terletak di Belitung Timur. Tapi ini bukanlah sekolah sebenar tempat Andrea Hirata belajar tu. Ini hanya replika sekolahnya. Masuk saja ke dalam satu-satunya kelas yang ada, kita akan tenggelam dalam kisah Laskar Pelangi yang pernah menjadi fenomenal. Bilik kelasnya yang usang berlantaikan pasir pantai dan beratap zink, menggambarkan betapa daifnya sekolah kampung tu. Tapi siapa sangka, dari sekolah usang tersebut lah lahirnya genius-genius hebat Belitung dalam filem tersebut.







2. Dermaga Kirana

Lokasinya betul-betul berhadapan dengan Replika SD Muhammadiyah Gantong. Nak jalan kaki pun boleh, tapi kalau tengahari panas terik, naik bas je lah ye. Hahaha. Kang berpeluh pulakkk. Penonton drama Kekasih Paksa Rela, mesti kenal tempat ni. Dinamakan sebagai Dermaga Kirana kerana jambatannya menghubungkan kawasan tersebut hingga ke tengah Danau Kirana. Ada banyak binaan berupa "keong" atau dalam bahasa Melayunya "siput" diperbuat daripada rotan di atas lantai dermaga. Memang cantik-cantik gambar yang terhasil kat sini. Ada juga saranan untuk datang ke sini pada waktu petang sebab nanti akan dapat view matahari terbenam.






3. Museum Kata Andrea Hirata

Muzium ni letaknya tak jauh daripada Dermaga Kirana dan SD Muhammadiyah Gantong. Merupakan muzium sastera pertama di Indonesia yang mengumpulkan tulisan-tulisan Andrea Hirata, penulis novel Laskar Pelangi. Sampai sahaja di depan muzium, uols akan terpesona dengan tema warna-warni ceria muzium ni. Memang nampak macam pelangi. Segenap pelosok dari luar hingga ke dalam muzium adalah tempat menarik untuk OOTD. Nak masuk ke dalam muzium, hanya perlu beli buku nipis sorotan kisah dalam novel Laskar Pelangi pada harga Rp.50.000. Dalam muzium ni juga ada kedai kopi di bahagian belakangnya. Boleh lah minum-minum sambil baca buku Laskar Pelangi tu.







4. Kampoeng Ahok

Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok adalah anak kelahiran Belitung yang kini merupakan Gabernor Jakarta. Kampong Ahok ni dijadikan sebagai pusat tumpuan pelancong juga bila Ahok mula dikenali di seluruh dunia dalam bidang politik dan pelbagai kontroversinya. Menurut tour guide kami, Oty, Ahok dipandang tinggi di kampungnya kerana telah membangunkan Belitung, walaupun di luar, pelbagai isu dan khabar negatif yang dikaitkan dengan nama Ahok. Di sini uols boleh ambil gambar di hadapan rumah tradisional Belitung, dan juga berpeluang untuk bergambar dengan keluarga Ahok jika timing uols datang tu kena pada masanya.



5. Tanjung Pendam

Dikenali sebagai pantai tengah kota sebab terletak di kota Tanjung Pandan, Belitung. Datang ke sini pada waktu petang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Kat sini uols tak boleh berenang, tapi pantainya meriah pada sebelah malam. Kalau nak cari kopi Kong Djie Belitung, ada satu restoran kat pantai ni yang menyediakan minuman kopi tersebut dan menjual serbuknya. Tapi harganya mahal sedikit lah berbanding di kedai original Kopi Kong Djie. Tentang kopi ni nanti kita share dalam entri lain ya.





6. Danau Kaolin

Danau Kaolin letaknya di Tanjung Pandan, Belitung. Danau ini terhasil dari perlombongan kaolin, sejenis bahan mineral berwarna putih yang digunakan dalam perusahaan kertas, makanan, kosmetik dan ubat gigi. Dari jauh, uols akan terpesona dengan keindahan kawasan ini yang berwarna putih bersih dan airnya yang biru pada hari bercuaca baik. Kalau hari hujan atau mendung, air danau akan kelihatan berwarna hijau. Di depan danau ada yang menjual cincin batu satam. Kalau nak beli untuk ole-ole atau diri sendiri, boleh lah belek-belek seketul dua.




7. Rumah Adat Belitung

Rumah tradisional masyarakat Belitung ni terletak di sebelah rumah penghulunya (Bupati Belitung) di Kota Tanjung Pandan. Masuk saja ke dalam kawasan rumah, uols perlu menaiki anak tangga ke ruang tamu. Menurut Oty, bilangan anak tangga sesebuah rumah lama di Belitung menggambarkan darjat ketinggian keluarga tu. Semakin tinggi tangga, semakin tinggi darjatnya. Kawasan ruang tamu rumah adat ini mempamerkan pakaian tradisi pengantin dan segala hantaran serta aspek yang diambil kira dalam upacara perkahwinan. Pada dinding ruang tamu, ada bingkai-bingkai gambar Bupati Belitung dari yang pertama hingga yang terkini. Masuk pula ke bahagian dapur, uols akan diberi penerangan tentang pekerjaan majoriti masyarakat Belitung. Di halaman rumah pula ada sepohon pokok simpor yang daunnya digunakan sebagai alas makanan terutamanya nasi lemak dan mie belitung.




Nah, itu antara tempat menarik yang wajib uols lawat kalau ke Pulau Belitung, Indonesia. Selain daripada yang tersenarai tu, ada juga tempat-tempat lain yang boleh korang kunjungi seperti Masjid Jami Muntok, Vihara Kwan Im, Pantai Burung Mandi, Menara Batu Satam, dan banyak lagi. Untuk entri seterusnya, nanti saya kongsikan pula aktiviti island hopping dan snorkeling di sekitar Pulau Belitung, ya!

Terima kasih MTN Getaways yang bawak kami jalan-jalan sekitar Belitung!


MTN Getaways Getting You There

Dapatkan diskaun RM75 untuk setiap pakej dengan promo code SUNAH75

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ke Pulau Belitung,
hubungi:
No. Tel: +65 8531 3381
Email: admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
FAM 'GETAWAYS' Trip to Belitung Island 2018
yang telah berlangsung pada 9 - 12 Disember 2018 
anjuran MTN Getaways Pte. Ltd.

Post a Comment

8 Comments

  1. Assalamualaikum.sunah...seronoknya bercuti ke pulau2 ni...pemandangan nya pun cantik2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mama..iya, seronok sangat mama..nanti mama pergi la bawa family..hihi

      Delete
  2. Replies
    1. Saya doakan moga satu hari nanti awak pun dapat pergi ke pulau belitung..ameen

      Delete
  3. Bestkan. . Untunglah orang tubuh halusss.. Muahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tubuh halus pun berusah menyardinkan diri..hahahha

      Delete
  4. Cantik-cantik tempat yang korang kunjungi ni. Jeles.. Belum ada rezeki untuk ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya'Allah saya doakan satu hari nanti kak mar ada rezeki lebih untuk ke pulau belitung bersama family..ameen 💖

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com