Ticker

6/recent/ticker-posts

Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee Kini di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara

Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee Kini di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara | Siapa sini suka minum CoolBlog? Seorang Sunah suka sangat sampai kena berpantang. Dah la cawangan dia depan rumah aje. Kalau ke Maslee Taman Teratai, selalu berperang dengan diri sendiri. Nak beli ke tak nak, nak beli ke tak nak, persoalan yang selalunya sukar dijawab dari keluar kereta, lalu depan CoolBlog, masuk Maslee sampai keluar Maslee, lalu depan CoolBlog, masuk semula ke dalam kereta. Haha!

Krew CoolBlog Malaysia di pelancaran minuman kempen Hari Harimau

Semalam, saya hadir ke pelancaran minuman terbaru dari CoolBlog di Paradigm Mall Johor Bahru, iaitu Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee. Kempen suku pertama yang berlangsung selama tiga bulan dari Januari hingga Mac 2019 ni bertemakan 'Hari Harimau'. Minuman khas ni dibuat menggunakan gula perang premium yang digelar gula harimau hitam. Campuran gula perang dengan teh dan kopi premium berkualiti dari CoolBlog memberikan kesan luar biasa yang nampak seakan-akan cakaran harimau pada bekas minuman CoolBlog.

Gituhhh cakarannya


Cakaran dah cair bersama kopi dan teh CoolBlog

Sepanjang tempoh kempen ni, CoolBlog menawarkan pelbagai promosi acara dan ganjaran yang menarik. Dekorasi bagi setiap cawangan jugak akan ikut tema kempen ni. Kalau uols beli minuman dengan jumlah pembelian RM10 ke atas dalam satu resit, uols boleh dapatkan pelekat tatu harimau dan turut serta dalam #RimauDanceChallenge di media sosial. Tonton video tutorial tarian Rimau kat akaun rasmi FB atau IG CoolBlog, tiru langkah tarian tu secara individu atau berkumpulan, rakam dan upload ke social media masing-masing. Jangan lupa hashtag #RimauDanceChallenge dan #coolblogmalaysia dalam kapsyen. Mana tau boleh uols adalah antara 3 pengupload bertuah yang akan menang cash RM1000! Join sekarang sampai 15 Februari 2019.


CoolBlog jugak bekerjasama dengan skuad Suria FM untuk kempen Hari Harimau ni. Pelanggan akan berpeluang untuk beramah-mesra, memenangi hadiah percuma, dan menyertai permainan serta aktiviti menyeronokkan sepanjang Januari hingga Mac 2019. Uols boleh standby untuk jumpa skuad Suria FM pada tarikh dan tempat berikut:


Minuman Black Tiger Premium Milk Tea and Coffee dijual pada harga RM6.50 dan didatangkan dengan cawan bercorak khas bersaiz 700ml, boleh didapati di semua cawangan CoolBlog di seluruh negara. Saya dah cuba, saya rekemen sangat untuk rasa coffee, memang sedap! Kalau tak suka manis, boleh request kurangkan gula atau tak nak gula langsung ya!


CoolBlog Malaysia



Post a Comment

11 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com