Nasi Lemak Jebat Corner

Nasi Lemak Jebat Corner | Ni menu dua hari lepas, makan lewat petang merangkap dinner sebelum ke Big Bowl Ice lagi untuk kali kedua bawak Kak Di pulak. Sampai encik suami pun bising "Againnnn?" Hahaha. Maaf lerr, kita dan dessert berpisah tiada. Nasib baik la encik suami tak suka aiskrim. Tak payah nak berebut sangat. Ekeke.

Nasi Lemak Jebat Corner nama diberi. Gerainya kat Jalan Seri Orkid 35, betul-betul sebelah Laundry 24 jam, yang bersebelahan dengan Big Bowl Ice Taman Seri Orkid tu jugak. Jadi, memang ngam lah kan makan situ. Dari traffic light dah boleh nampak khemah gerai nye. Khemah ke kanopi ek? Ah, asalkan faham udah lerr. Kitorang isi perut dulu sebab dah lapar sangat. Lepas makan tu baru la nak ke Big Bowl Ice nye.


Nasi lemak ni berharga RM5.50, dengan ayam goreng. Ayam dia besar, crispy kat luar, lembut kat dalam. Ko nampak aje macam kejung, tapi ye ayam dia lembut sangat. Senang nak gigit walau takde gigi. Gituhh. Kemain kan sis kauu punya simbolik. Sambal dia boleh tahan pedas, tapi untuk seorang Sunah lah. Untuk hantu pedas, mungkin biasa-biasa aje. Kahhh. Kalau uols nak telur mata ke telur dadar ke, haa boleh request. Rega tak pasti sebab tengok meja sebelah yang makan, bukan kitorang.

Hari tu, masa pergi sana, ada sekali Kari Kambing. Kak Ajan peminat kambing tak dapat menahan nafsu untuk ambik sepiring. RM3 aje. Murah oi. Rasa dia, boleh lahh. Tapi lupa pulak nak ambik gambar. Padahal Kak Ajan dah tanya dah, nak ambik gambar dulu tak?

Gitu lah kalau housemate kau tahu kau ni food blogger.

Post a Comment

7 Comments

  1. kitakan sebenarnya konpius Taman Seri Orkid ni celah mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah hutan bandar mutiara rini skudai kak...

      Delete
  2. kmk rindu sambal cnun.. org cnun biasa molah manis.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bah apa gik...kita pun boleh molahnya manisss...

      Delete
  3. Lama dah tak pekena nasi lemak ni.. Adui.. Xmenahan weh..haha

    ReplyDelete
  4. Menu sarapan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com