Ticker

6/recent/ticker-posts

Sajian Istimewa Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Pulai Springs Resort

Sajian Istimewa Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Pulai Springs Resort | Raikan sambutan Tahun Baru Cina kali ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda di Pulai Springs Resort. Restoran Qing Palace dan Cinta Terrace akan menghidangkan jamuan istimewa bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Camphor and Tea Smoked Duck @ Pulai Springs Resort

Tahun ini, Master Chef Lim dan pasukannya turut mengolah hidangan yang sedia ada dengan teknik masakan baru agar resepi tradisi tampak lebih menggiurkan. Hidangan-hidangan yang disajikan oleh chef kesemuanya adalah sesuai dinikmati oleh pelbagai kaum dan agama termasuk Muslim.

Terdapat dua set hidangan istimewa yang bakal disajikan pada 4 Februari 2019 bersempena sesi makan besar sehari sebelum Tahun Baru Cina (Chinese New Year Eve Reunion Set Menus) dan tiga lagi set hidangan istimewa dari Qing Palace yang akan disajikan pada 5 Februari sehingga 19 Februari 2019 (Chinese New Year Set Menus) yang semestinya menjadi pilihan ramai.


Hidangan yang disediakan adalah mengikut pilihan tertentu berdasarkan permintaan serta tempahan pelanggan kerana setiap set mengandungi lapan hidangan termasuk pencuci mulut. Lebih menari lagi, setiap hidangan mempunyai tema unik yang tersendiri disamping menikmati hidangan teh herba Cina yang cukup terkenal di restoran ini.

Antara hidangan yang disajikan di dalam Menu A pada 4 Februari 2019 (sesi makan besar sehari sebelum Tahun Baru Cina) termasuk Qing Palace Special Yee Sang (Royal Abalone Slices), Braised Shark's Fin Soup with Crabmeat, Fresh Scallops with Greens and Glutinous Rice in Lotus Leaf. Set Menu B pula menawarkan hidangan-hidangan seperti Qing Palace Special Yee Sang (Dried Seafood), Champor and Tea Smoked Duck, Steamed Cod Fish "Hong Kong" Style, Fried Prawns with Szechuan Chilli Sauce, Braised Sea Cucumber with Black Mushroom and Greens, Glutinous Rice in Lotus Leaf dan Deep Fried "Nian Gao". Menu ini juga dihidangkan bersama Teh Cina.

Qing Palace Special "Yee Sang" with Royal Abalone Slice @ Pulai Springs Resort

Steamed Dragon Garoupa Fish in "Hong Kong" Style @ Pulai Springs Resort

Braised Sea Cucumber with Black Mushroom and Greens @ Pulai Springs Resort

Restoran Qing Palace turut menawarkan tiga lagi hidangan istimewa yang boleh dinikmati bersama ketika perayaan Tahun Baru Cina bermula dari 5 Februari sehingga 19 Februari 2019. Antara hidangan-hidangan yang terdapat dalam menu termasuklah Qing Palace Yee Sang, Braised Shark's Fin Soup with Fish Maw and Crabmeat, Fresh Scallops with Green Vegetables and Egg White, Champor and Tea Smoked Duck dan Fried Rice with Olive.

Fried Prawns with Szechuan Chille Sauce @ Pulai Springs Resort

Glutinous Rice in Lotus Leaf @ Pulai Springs Resort

Deep Fried "Nian Gao" @ Pulai Springs Resort

Adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka yang menyambut Tahun Baru Cina untuk menikmati hidangan Yee Sang yang menjadikan sesi makan besar bersama keluarga tersayang lebih bermakna. Berserta ucapan 'Lou Hei' diiringi lambungan Yee Sang menggunakan penyepit kayu ahli keluarga yang hadir, ianya satu kemestian kerana menurut kepercayaan masyarakat Cina, lebih tinggi salad itu dilambung, lebih makmur tahun akan datang. Oleh itu, Restoran Qing Palace menawarkan empat jenis Yee Sang. Keempat-empat Yee Sang ini boleh dinikmati pada 4 Januari sehingga 19 Februari 2019.

Senarai harga Qing Palace Special Yee Sang @ Pulai Springs Resort

Selain itu, restoran Cinta Terrace di Pulai Springs Resort juga tidak ketinggalan dalam menyajikan kemewahan citarasanya yang mampu membangkitkan selera masyarakat setempat. Bersempena meraikan Tahun Baru Cina, restoran ini turut menawarkan bufet Chinese New Year Prosperity Reunion BBQ Nite Buffet pada 4 Februari 2019. Makan malam ini boleh dinikmati bermula dari jam 6.30 petang hingga 10 malam dengan harga RM88+ untuk orang dewasa dan RM44+ untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga sebelas tahun.

Sementara itu, restoran Cinta Terrace turut menawarkan jamuan makan tengahari; Chinese New Year Day Special Hi-Tea (Day 1) pada 5 Februari 2019 dengan harga RM48+ untuk orang dewasa dan RM24+ untuk kanak-kanak.

Semua harga tertakluk kepada 6% cukai perkhidmatan.


Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi 07-521 2121 atau e-mel enquiry@pulaisprings.com atau layari laman web www.pulaisprings.com.

**Restoran Qing Palace - No Pork, No Lard; Restoran Cinta Terrace - HALAL JAKIM certified

P/S: Smoked Duck kat Pulai Springs Resort ni to die for. Memang sedap dan wajib uols cuba. "Nian Gao" dia pun saya suka, rangup kat luar, macam2 ada kat dalam. Haha.

Post a Comment

6 Comments

  1. Menggoda jiwanya tengok chinese foods ni..cheq pernah makan smoked duck je sekali dulu, memang sedap. Teringin nak makan lagi 😋

    Follower number #2737 😎

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. iyaaa...sebab tu agaknya sekali setahun atau sekali dalam dua tahun baru bole makan ni..hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. eh mesti la...kedak kita juak beraya, mesti mok nyaman2 menu..hahaha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com