Ticker

6/recent/ticker-posts

Manusia Tak Lari Dari Melakukan Kesilapan

Manusia Tak Lari Dari Melakukan Kesilapan | Kalau dah namanya manusia, mesti pernah buat silap. Sejak dari mengenal dunia hingga usia sekarang, tipulah kalau sentiasa betul. Sedangkan jawab soalan exam pun ada result yang tak dapat markah 100%. Inikan pula realiti kehidupan.

Ada manusia yang cepat-cepat sedar kesilapannya. Ada orang, Tuhan tutup mata hatinya daripada melihat kesalahan sendiri. Terus selesa mengulangi kesilapan yang sama. Lagi buruk, tak terkesan apa-apa walau sedia tahu dia sedang berbuat silap.

Tapi alangkah beruntungnya mereka yang belajar daripada kesilapan. Yang selalu muhasabah dirinya dan sentiasa menyesali segala kesalahan yang dilakukan. Khilaf pada manusia, dia meminta maaf. Khilaf pada Tuhan, dia meminta ampun.


Aduhai, kita ini sebenarnya pendosa. Seandainya dikumpul segala dosa-dosa kita, mungkin sahaja setinggi gunung banyaknya. Bayangkan gunung dosa yang bila-bila masa sahaja bole menghempap kita tanpa amaran. Kala itu, tiada siapa yang dapat membantu kita tanpa izinNya.

Kerna hanya Allah Maha Pengampun.

Manusia biasa seperti kita, boleh saja memaafkan orang lain yang melukakan hati kita. Cuma, ramai yang memaafkan tapi hubungannya tidak lagi seperti sebelumnya. Ya, da maafkan, tapi sukar sekali untuk melupakan.

Lagi teruk, "dia buat salah pada aku, aku tak nak bercakap lagi dengan dia."

Allahu. Allah juga lah yang Maha Pengasih.

Jika Dia tidak mahu lagi berbicara dengan kita bila kita buat dosa, apa lagi ertinya hidup di atas bumi Tuhan?

"Ya Allah, jangan Kau biarkan aku dalam berhajat, melainkan Engkau makbulkan. Jangan biarkan aku dalam kesempitan, melainkan Engkau lapangkan. Dan jangan biarkan aku dalam dosa, melainkan Engkau ampunkan kesemuanya."

Kami mohon keampunan Mu ya Allah.

Post a Comment

5 Comments

  1. Betul sis.. Semua orang akan buat silap. Ada yang bagusnya kalau da sedar, cepat perbaiki diri. Kalau tak , susah. Selama2nya tersilap jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 kita saling menegur bila ada yang buat kesilapan..

      Delete
  2. Ada ke ek manusia yang tak pernah melakukan kesilapan. emmm.. #muhasabahdiri

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com