Moist Chocolate Cake Selera Sakura

Moist Chocolate Cake Selera Sakura | Siapa suka makan kek coklat moist? Dengan ganache coklat yang rich, suap sekali, pasti nak lagi. Beberapa minggu lepas, saya cuba buka tempahan untuk mini moist chocolate cake di Selera Sakura. Buat sikit aje masa tu sebab nak try test market. Alhamdulillah, 1 batch tu habis.


Buat saiz kecik-kecik dalam berat 270 gram setiap satu bekas. Biasanya kek ni satu adunannya boleh hasilkan 1 loyang kek saiz 9". Besar kan? Kalau nak saiz kecik, separuhkan adunan dan guna loyang 7". Resepi dari kak Ayu Citarasa Rinduan, kek coklatnya boleh dikukus atau dibakar. Kalau suka lebih lembap, elok lagi dikukus.

Sebelum ni saya pernah juga buat kek coklat versi Mat Gebu, resepinya ada di Selera Sakura. Kek coklat yang ini versi bakar, hasilnya memang sedap cuma agak costing sebab guna butter. Kalau kek guna butter, faham-faham lah kan rasanya macam mana. Lebih padat dan creamy. Antara kesukaan saya juga. Cuma untuk buat jualan pada sasaran warga Johor Bahru, tak dapat lah pakai resepi tu. 

Orang JB suka benda sedap tapi paling penting, kena murah. Betul tak? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Jadi, saya buat revision dari segi resepi, dan akhirnya memilih untuk pakai resepi kek coklat moist kak Ayu aje. Dah banyak kali juga customer order dan repeat saiz per loyang tu. Cuma buat masa ni, saya hold dulu tempahan aneka jenis kek. Fokus pada brownies dan bars aje dulu sebab pembuatan kek memerlukan lebih banyak masa.

Tapi kalau uols nak belajar cara buat kek ni, boleh contact aje kak Ayu ya! Dia ada buat kelas untuk baking kek kalau dia ada masa.

Hurmm, okay! Jap lagi nak ke Mersing.

Doakan semoga selamat pergi dan balik ya!

Post a Comment

12 Comments

  1. tengok gambar dah tahu sedap. kalau duk kedah boleh tempah tak?;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah boleh jaaa...tapi tak duk kedah, nak wat camne...hahhaha

      Delete
  2. Wowww... Iman peminat kek coklat, akk kurang sikit tapi kalu buh choc ganache byk2 akk suka, ๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. gituhhh...ganache coklat tu yang sedap tu kannn..hihihi

      Delete
  3. adoi lemah jiweee
    kite tengok kek cekelat cemni.. maila hantar sket kt kite kat Penang ni =D

    ReplyDelete
  4. bondaaaaaaa,,,dugaaan apakah nabila sedang hadapii nii wahaii bundaaaaaa...hahahhaahhaa....

    ReplyDelete
  5. Meleleh air liur tgok. Gambar pun nmpak dh ke'moist'an nya. Haha. Mohon poslaju ke negeri sembilan 1 :P

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com