Ticker

6/recent/ticker-posts

Maahad Tahfiz Terbakar! Sumbangan Diperlukan!


ALOR SETAR: Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah di Lorong Pak Mat Kastam, Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, terbakar pagi 16 Januari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, beberapa bilik di tingkat atas bangunan dua tingkat itu terbakar dipercayai akibat litar pintas. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku di Maahad yang menempat sejumlah 65 pelajar, termasuk 11 perempuan yang berusia antara 13 dan 25 tahun.

Pengetua Maahad, Mohd Rodhi Abdul Rahman, 41, ketika ditemui memberitahu kebakaran itu menyebabkan lima pelajar yang tinggal di situ tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka termasuk pelbagai kitab pengajian.

"Kebakaran itu menyebabkan kerugian kira-kira RM150,000," katanya. Berita selebihnya kat SINI.

Ingin menyumbang?

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - 02011010080175
Akaun: Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zalifah.
Hubungi saudara Mohd Rodi di talian 019-5455285 untuk keterangan lanjut.

Sumber: Warta Kedah

Pesanan dari blog asal:
Penulis: Dengan bantuan sahabat-sahabat blogger dan semua pihak yang menyebarkan berita ini semoga mendapat kerahmatan Allah dan sama-sama kita bantu mencari dana untuk membaiki gudang melahirkan ulama huffaz di Malaysia ini.

Admin: Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan...mungkin sumbangan kita yang sedikit ini menjadi mahar buat kita di akhirat kelak, insya'Allah. :)


Post a Comment

2 Comments

  1. kesian nya diorang..semoga ada yang sudi membantu walaupun sikit...semoga mereka dapat teruskan pengajian seperti biasa..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com