Tengahari itu, seperti biasa, ustazah memulakan langkah ke kelas. Erm...seperti biasa juga...hurm...
Nasri: Eh, ustazah! Terserempak lagi kita.
Ustazah: Assalamualaikum
Nasri, mana tak terserempaknya, da depan pintu kelas kamu ni. Cepat masuk.
Nasri: Wa'alaikumussalam...err...hehe. Baek, ustazah...
Mereka masuk ke dalam kelas...(jeng jeng jeng...memperkenalkan watak-watak baru sebagai anak-anak murid ustazah...:D)
Ustazah: Assalamualaikum semua.
Semua menjawab salam...
Adilla: Ustazah! Hari ni nak belajar apeeeee~~~~?
Ustazah: Wah,
Adilla...semangatnye kamu. Bagus-bagus. Hari ni ustazah nak borak-borak santai jek~ Yang pasti bukan
Santai Ben Ashaari.
Ustazah: Eh, tak kenal eh? Ingatkan kenal...takpelah, kalau nak tau, klik je link dia tu ye...
Semua angguk-angguk.
Ustazah: Okie, sape tau kenapa kita kena solat awal waktu?
Nasri: Sebab Allah suka kita solat awal, ustazah!
Adilla: Nanti dapat banyak pahaleeee~~~~~~
Ustazah: Ye, betul-betul! Tapi, tau tak dari segi saintifik, ada sesuatu yang menarik di sebalik solat awal waktu ni?
Sakirin: Uihh...macam menarik! Cer citer cer citer~
Ustazah: Okie...pertama sekali waktu Subuh. Kaler alam masa ni dalam spektrum biru muda, yang mana sama dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar, rezeki dan komunikasi.
Adilla: Oooo...kalau tertinggal waktu Subuh, rugi la kan ustazah?
Ustazah: Betul tu...orang yang selalu tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ustazah: Sebab...tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum, maksudnya masa jaga daripada tidur. Sambung explaination kat gambor ni ye...
Nasri: O...kalau waktu Zohor pulak, ustazah?
Ustazah: Okie...lepas biru muda, warna alam berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Masa ni, kaler alam tu sama dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Tyka: Kalau terlewat Zohor, ustazah?
Ustazah: Haa...bersuara pun kamu. Warna kuning ni ada kaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Ustazah: Ish, da masuk Zohor lah! Kita sambung lagi Jumaat minggu depan ye...
Ustazah: Minggu depan kita sambung lagi, ok?
Adilla: Hurmmmm....baru nak best-best...
Ustazah: Next week kita sambung best-best lagi ye...Jom-jom kita solat...
Semua: Okie ustazah...
Ustazah: Assalamualaikum...
Semua menjawab salam dan sama-sama bergegas ke surau...
ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!