Hari ni ustazah masuk kelas macam biasa untuk mengajar murid-murid. Selepas berbalas salam, ustazah memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ustazah: Hari ni kita akan belajar sirah ye murid-murid.
Wan: Wahhhhhh, hari ni pasal ape lak, ustazah? Ade tak pasal Aisyah lagi?
Wan: Huk aloh... Jeles ke? Aisyah kan muda dan bijak, mesti la suka kalau ustazah cerita. Daripada aku suka kat XXX tuuu...
Ustazah: Hurm???
Wan: Opssss! Errr...
Ustazah: Okehhh, dah, dah! Kang melalut makin jauh pulak. Memang hari ni ustazah nak cerita tentang Aisyah lagi. Tentang satu hadith yang dipanggil Hadith al-Ifki.
Risa: Al-Ifki? Hadith ape tu, ustazah? Tak pernah dengar punnnn...
Ustazah: Haaa... Sebab tu la ustazah nak kongsikan. Dulu Rasulullah pernah ajak Aisyah gi berperang lepas buat undi antara isteri-isteri baginda.
Zul: Gi berperang ustazah??? Dahsyat woooo Aisyah, malu saya, tak pernah gi perang. Perang ape tu, ustazah?
Ustazah: Perang dengan Bani Mushtaliq dalam bulan Sya'aban pada tahun 5 H. Rasulullah dan tentera Islam menang dalam peperangan ni.
Wan: Alhamdulillah... Lepas tu ape yang berlaku, ustazah?
Ustazah: Lepas berperang ni, tentera Islam pun berangkat pulang ke Madinah, mereka berhenti rehat sebentar. Masa berehat ni Aisyah gi menunaikan hajat kat tempat yang terselindung daripada pandangan tentera Islam.
Niena: Aha! Masa ni lepas Aisyah da selesai, dia kembali ke tempat tentera Islam berkumpul, tapi dia sedar rantai dia hilang, kan ustazah?
Ustazah: Yup, betul tu! Jadi Aisyah pun kembali ke tempat tadi untuk cari rantai dia yang hilang, kot-kot tercicir kat situ. Masa dia tengah cari rantai tu, tentera Islam diarahkan untuk meneruskan perjalanan. So, diorang pun gerak lah termasuk yang bawak Haudaj Aisyah.
Risa: Haudaj tu macam tandu eks? Eh, diorang tak perasan ke Aisyah takde???
Ustazah: Kerana badan Aisyah yang kecil dan beratnya yang ringan, pembawa Haudaj Aisyah menganggap Aisyah ada kat dalam Haudaj. Jadi diorang pun teruskan perjalanan tanpa menyedari Aisyah takde.
Wan: Kesiannya Aisyahhhhhhhhhhhhhhh!
Zul: Jadi, macam mana dengan Aisyah, ustazah? Takkan takde yang sedar-sedar?
Ustazah: Masa Aisyah kembali ke tempat tentera berkumpul, dia tengok semuanya da takde. Dia tunggu je kat tempat tu sambil berharap ade yang sedar dan datang balik amek dia.
Zul: Ade ke yang datang balik???
Ustazah: Masa ni, Sofwan bin al-Mu‘attal yang berada kat belakang rombongan, yang tugas dia memang untuk periksa barang-barang yang hilang atau tercicir ternampak Aisyah. Terus keluar kalimah istirja' bila nampak Aisyah menunggu kat situ sorang-sorang.
Ustazah: Sofwan pun merendahkan untanya untuk bagi Aisyah naik sementara dia pulak berjalan menuntun unta tu sampailah ke Madinah. Tapi diorang tak bercakap sepatah ape pun. Bila da sampai Madinah, orang pun nampaklah Sofwan bersama isteri Rasulullah. Bayangkan inilah peluang kaum munafik untuk menjatuhkan Rasulullah.
Niena: Kejamnya, mesti Abdullah bin Ubai, si ketua munafik tu buat cerita bukan-bukan!
Ustazah: Ha'ah, akhirnya tersebarlah khabar angin mengatakan Aisyah curang. Ketika inilah rumahtangga Rasulullah dan Aisyah diuji. Rasulullah hanya diam je menunggu wahyu dari Allah. Baginda turut bertanya pandangan dari sahabat-sahabat, ada yang mencadangkan agar menceraikan sahaja Aisyah, dan ada juga yang membelanya.
Wan: Rasulullah ceraikan ke???
Ustazah: Tak, Rasulullah tetap menanti wahyu. Sampai hampir sebulan wahyu masih tidak diturunkan kepada Rasulullah.
Risa: Lamanyaaaaaaaa ustazah!
Ustazah: Yup, agak lamaaaa... Tujuannya adalah untuk menguji keimanan kaum muslimin dan menzahirkan golongan munafik. Masa ni Aisyah balik ke rumah ibu bapanya dan sentiasa dalam keadaan bersedih. Aisyah menangis mengenangkan peristiwa yang berlaku hingga kering air matanya dan tak dapat tidur.
Zul: Macam mana tu ustazah, ape penyelesaian Rasulullah dalam perkara ni?
Ustazah: Setelah hampir sebulan tu, Rasulullah pun gi rumah Aisyah. Masa ni lah turunnya wahyu Allah...
Wan: Alhamdulillah...
Ustazah: Alhamdulillah, dengan turunnya wahyu ni, bebaslah segala tohmahan dan fitnah terhadap Aisyah. Allah turut menjanjikan hukuman terhadap penyebar berita palsu di kalangan golongan munafik dalam ayat tu.
Niena: Ermmm...banyak betul pengajaran dari kisah ni, ustazah!
Ustazah: Yup, sangat banyakkkkkk! Tapiiii masa dah nak habis. Ustazah sambung minggu depan ye~
Risa: Alaaaa... Baru nak syokkkk!
Zul: Ok, ustazah! Kami tungguuuuuu! Jangan lupa link balik ke entri yang ni pulaksss ustazah~
Ustazah: Erk! Ok, ok... Insya'Allah. Kita sambung minggu depan ye, assalamualaikum.
Semua anak murid ustazah menjawab salam.
Peristiwa menyayat hati yang melanda rumahtangga Rasulullah s.a.w dan Aisyah r.a, berapa ramai yang tahu tentangnya? Angkara munafik durjana, menyebarkan fitnah hingga menggoncang kaum muslimin! Renungkan kisah ini, dan bandingkan dengan kehidupan kita masa sekarang. Akan disambung ke bahagian II minggu depan, insya'Allah.