When the sun goes down by ~april182 on deviantART

Dari dulu lagi...

Kenapa baru sekarang rasa macam ni? Rasa tak faham dengan semuanya. Kenapa kena bergelumang dengan benda yang langsung tak difahami? Sedangkan benda lain yang diminati, benda lain pula yang diterokai.

Kadang-kadang rasa nak berhenti dan lupakan semuanya. Lari dari segalanya yang membebankan akal fikiran. Yang dihadap setiap hari namun sampai sekarang masih buntu tak ketemu jawapan. Dah terlalu lama, tapi sampai sekarang masih macam ni. Dah tak banyak masa yang tinggal, tapi masih lagi di tempat yang sama.

Penat, lelah dengan semua ni. Muak.

Cemburu dengan orang-orang sekeliling yang laluannya mudah dan sudah sedia punya kemahiran masing-masing. Sedar diri dengan kelemahan sendiri yang ilmunya tak setinggi mana. Sedar sangat diri ni tak punya apa-apa berbanding dengan yang lain. Sedar sangat-sangat diri ni tak sehebat mereka.

Rasa menyusahkan orang-orang yang meletakkan harapan pada diri.

Maaf...

Petang ini semangat diri hilang lagi.

Allah... Allah... Allah...