Beruang Sana Sini di AEON Bandar Dato' Onn

Beruang Sana Sini di AEON Bandar Dato' Onn | Semalam, saya, Ain dan Sis Lin ke AEON Bandar Dato' Onn. Sis Lin nak ambil cermin mata barunya kat sana. Mulanya kami plan nak tengok Suzanna, tapi takde waktu tayangan yang sesuai pulak kat AEON Tebrau City. Jadi, kami merambu aje lah kat AEON BDO.

Beruang malu-malu nak bergambar bersama

Keluar rumah dalam pukul 11 lebih, sampai sana dah dekat pukul 12 tengahari. Terus isi perut dulu brunch dekat Food Court dia, makan D'Laksa. Alhamdulillah, sebenarnya dah berapa hari teringin Laksa Penang, nampak pulak encik suami makan kat IG story boss dia. Aiyakkk, makin kecur air liur kita. Haha. Bagai bulan jatuh ke riba la bila Sis Lin pun teringin jugak.

D'Laksa @ AEON Bandar Dato' Onn

Pertama kali saya makan D'Laksa ni. Sebelum ni pernah try Super Laksa. Entah ek, tak sure mana satu lagi sedap sebab dah lama sangat kali terakhir makan Super Laksa tu. Tapi D'Laksa ni kuah dia pekat sangat penuh rencah dalam tu. Kalau dia tambah petis tu, jadi manis-manis gitu kuahnya. Boleh lah, alhamdulillah terlerai rindu nak makan laksa tu.

Muka masing-masing gembira dapat makan D'Laksa

Lepas makan, kami terus ke kedai cermin mata Sis Lin. Sekejap je proses menuntut spek baru tu. Then sis ajak kitorang naik tingkas atas. Punya gembira masing-masing nampak banyak betul beruang kat AEON Bandar Dato' Onn tu. Padahal sebelum ni dah pernah je datang. Takde pulak teruja macam tu. Maybe sebab ada kawan ajak bergambar, excited la memasing. Hahaha.

Rumah beruang @ AEON Bandar Dato' Onn

Kau tembak aku, aku tembak beruang

Beruang lagi

Semua silau nak amek gambar

Bear Garden @ AEON Bandar Dato' Onn

Sempat jugak kami singgah kedai buku Gallery Bookstore kat tingkat dua, saja tengok buku apa yang ada. Banyak juga buku yang tak dijual di kedai buku Popular dan MPH kat kedai ni. Saya grab juga sebuah, sis pun grab sebuah. Nak kena rajin balik membaca, baru ada banyak idea nak share kat blog. Macam tulis thesis, kena banyak baca journal, baru ada idea nak karang chapter by chapter. Tu dia, bagus kan seorang Sunah pada tahun 2019? Semua nak kaitkan dengan thesis dia, baru la dia beringat sikit. Haha.

Sebelum balik, sis ajak mengopi sekejap kat Sedap Corner. Uols jangan tak tahu, seorang Sis Lin, dia tak boleh kalau tak mengopi O secawan dalam sehari. Jadi, anak-anak katak turutkan saje lerr. Muka dak Ain dah terkulat-kulat dah aku tengok sebab perut dia da bergolak-golak dengan pelbagai jenis menu. Bertambah terkulat-kulat bila Sis Lin ajak bungkus pulak makanan kat bahagian Japanese Foodcourt. Mana tak nya, tukang perabis makanan tu nanti mesti dia jugak kalau bukan aku. Hahaha.

Mengopi di Sedap Corner

Mekasih Mummy ajak anak-anak katak merambu. Merambu, merambu juga, malam sebelum kejadian tu, memasing dah kena schedule draft untuk sehari dari pagi sampai malam. Siap tolong install photoshop lagi dalam laptop baru Sis Lin. Sempat la dia godek-godek sikit benda alah tu. Jangan tak tau, kang dia mesti nak edit gambar-gambar dia bagi nampak floles gitu. Ye ke sis?

Haha. Siapa lagi nak join geng katak merambu?

P/S: Semua gambar ada beruang dengan gambar selfie kredit to Ipong Sis Lin.

8 comments:

  1. kiyooot bruang2 nya. kalo kat semua AEON kan best.. bleh jugak nak terjah kat AEON yang dekat dengan rumah ni.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, tak semua AEON ada ha...ni pun sebab AEON BDO tu yang paling baru kat JB..lepas2 ni diorang akan usahakan kot no..

      Delete
  2. Beruang sama ek dengan Bear hahahaha adeiii...
    Tak sabar tunggu minggu depan ni heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboii...kemain kannn, sabar sikit ekkk...esok je punn..hahaha

      Delete
  3. Wah, nanti nak pergi selfie kat situ

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com