Ticker

6/recent/ticker-posts

Carsome, Platform Jual Beli Kenderaan Terpakai Terbesar di Asia Tenggara, Mengembangkan Operasi di Malaysia

Platform jual beli kenderaan terpakai yang dibangunkan di Malaysia kini melebarkan operasi di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Melaka selain di Kuala Lumpur | Platform jual beli kenderaan terpakai terbesar di Asia Tenggara, Carsome, telah melancarkan pusat pemeriksaan pertama di Pulau Pinang dan Johor Bahru awal tahun ini, ditambah dengan pembukaan pusat pemeriksaan di Melaka yang telah mula beroperasi pada bulan Mei, diikuti dengan Ipoh dan Batu Pahat pada bulan Jun ini. Dengan matlamat untuk membantu lebih ramai orang untuk menjual kenderaan mereka di seluruh negara, Carsome menyasarkan untuk membuka 15 pusat pemeriksaan menjelang akhir tahun ini. 


Carsome sememangnya terkenal sebagai pusat penyelesaian sehenti bagi mereka yang ingin menjual kenderaan - dari proses pemeriksaan kepada pemindahan hak milik - menjanjikan proses yang mudah dengan pembayaran segera tanpa perlu bimbang tentang penyediaan kertas kerja. Semenjak penubuhannya pada 2015, lebih 31,000 transaksi jual beli kenderaan telah direkodkan di platform ini merentasi empat negara sedia ada yang telah ditembusi Carsome. 


Para pelanggan kini boleh menjadualkan sesi penilaian kenderaan di mana-mana lapan pusat pemeriksaan Carsome di KL, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Melaka. Di sini, Carsome akan menilai kenderaan dan memberikan tawaran terus dengan segera. Pelanggan boleh memilih untuk membida kepada rangkaian pengedar kereta terpakai Carsome di seluruh negara. Setelah tawaran diterima pelanggan, semua kertas kerja yang diperlukan akan diurus oleh Carsome dan pemindahan wang akan dilakukan dalam talian dengan segera.


“Kami memberi fokus untuk mngembangkan operasi bukan sahaja kepada bandar-bandar utama, namun kami turut meluaskan liputan kepada bandar tier kedua - termasuk Ipoh, Seremban dan Kuantan tidak lama lagi. Kami kini telah memperolehi lebih 5,000 pengedar-pengedar kereta terpakai merentasi empat pasaran, dan dengan rangkaian pengedar yang kami ada hari ini, kami teruja untuk menawarkan perkhidmatan kami kepada lebih ramai pengguna dan memberikan harga yang lebih kompetitif kepada pelanggan kami,” kata Eric Cheng, Pengasas Bersama dan KPE, Carsome.


Mereka yang ingin menjual kereta di Pulau Pinang, Johor dan Melaka kini boleh kunjungi pusat pemeriksaan Carsome baharu di lokasi berikut:  

Pulau Pinang
Unit G-19 Medan Perniagaan Pauh Jaya, Jalan Baru, 13700 Perai, Pulau Pinang
Johor Bahru 
34, Jalan Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru
Melaka
11, Jalan PS3, Plaza Semabok, 75050 Melaka

Untuk maklumat lanjut tentang Carsome, layari laman web Carsome di www.carsome.my.

Post a Comment

1 Comments

  1. skrg semua dh mudah ya, untuk yg nk menjual n membelinya...
    serata malaysia dh ada itu yg bagusnya

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com