Senyum itu Sedekah?

Senyum itu Sedekah? | Kita selalu dengar orang sebut: Senyumlah, senyum kan sedekah. Kenapa senyum tu dianggap sebagai sedekah? Pernah tak uols fikir?

Rasulullah SAW bersabda: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, melakukan kebaikan dan mencegah kemaksiatan untuk saudaranya juga sedekah, dan menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga adalah sedekah.” - Riwayat Tirmizi dan Abu Dzar.

Nah senyuman dari kami

Benda yang nampak mudah sangat kan? Senyum je. Tak perlu duit dan harta pun untuk kita bersedekah dengan senyuman. Tapi sebenarnya benda yang sangat susah nak dilakukan bagi sesetengah orang.

Sebab ape? Senyuman tu sangat berkaitan dengan hati. Kalau hati kita ok, gembira, kita boleh senyum dengan mudah. Tapi kalau hati kita tengah risaukan sesuatu, tengah bersedih, tengah bad mood, memang tak la kita nak senyum. Bukannya tak mampu senyum, tapi memang hati tak nak senyum pada ketika tu.

Tapi kenapa senyuman adalah sedekah?

Saya terfikirkan benda ni beberapa hari lepas. Masa tengah senyum sorang-sorang dalam kereta. Bila tanya diri sendiri, saya kembali ke point utama tentang sedekah. Sedekah tu adalah pemberian. Bila kita beri sesuatu kepada orang lain, orang lain tu mesti rasa gembira dan bahagia kan? Bila kita dapat sesuatu daripada orang lain tanpa kita jangka, hati kita turut akan rasa senang.

Sebab tu, senyuman juga adalah sedekah yang indah. Bila kita senyum pada orang lain, hati mereka akan rasa gembira dan bahagia. Tanpa mengharapkan apa-apa material pun, dengan senyuman saja dah mampu menceriakan hari seseorang. Cuba lah amalkan sentiasa tersenyum kepada orang lain, mana tahu ada sesiapa di luar sana, sebenarnya sangat-sangat perlukan senyuman kita.

😊😊😊

9 comments:

  1. Kadang kadang senyum tak berbalas...
    Kadang kadang...serba salah nak balas senyuman...sebab dah senyum sekali...tapi masih diperhatikan dengan pandangan pelik. Maklumlah selalu bawak anak ramai, orang asik perhati je. Segan pulak

    ReplyDelete
  2. mari kita senyum.. 😊😊😊

    ReplyDelete
  3. Sis ko memang selalu dan suka senyum, tak reti muka monyok walau depan musuh..dan tak reti nak buat muka walau tak suka dengan orang...
    Sebab tu awet muda hahahahahaaa

    ReplyDelete
  4. Hari2 senyum
    walau pun dengan fauna dan flora

    ReplyDelete
  5. Tepat sekali Sunah Sakura, senyum itu sedekah..
    Bukan susah pun nak bagi senyuman kat orang..

    ReplyDelete
  6. dulu kan ain paling susah nak senyummmm..hahahaha..tapii sekarangg,, makin suka senyumm.. sebab nampak cute sangat! mamposs puji diri sendiri..hahahahhahaha...kbye!

    ReplyDelete
  7. Mama dtg balas senyum hihi nampak x

    ReplyDelete
  8. setuju dgn sunah.
    kita senyum.
    org yg susah hati, bila lihat kita senyum pada dia, otomatik dia senyum, kan.
    otomatik lah aura positif akan ada kat dia.
    pemberian dari kita, buat dia gembira dan tersenyum juga.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com