Ticker

6/recent/ticker-posts

Senaman Berjalan Kaki Mudah, Boleh Buat Di Rumah Sahaja

Senaman Berjalan Kaki Mudah, Boleh Buat Di Rumah Sahaja | Kalau yang susah nak keluar berlari mahupun jogging kat luar, senaman berjalan hanya di rumah pun dah cukup OK sangat. Tapi jangan lah just berjalan macam tu aje dari ruang tamu ke dapur. Memang tak jadi apa la, apatah lagi nak keluar peluh.

Cuba rujuk mana-mana video kat Youtube. Cari Walk Exercise. Saya terjumpa satu video walk exercise ni masa tengah cari video zumba lamaaaaaaaaaa dulu. Bila dah try, rasa best pulak sebab memang berpeluh weiii, terus save dalam playlist Exercise. Makanya, menjadi rujukan bila nak buat walk exercise sampai sekarang.
Dengan senaman berjalan, apa yang kita boleh dapat? Ini yang saya jumpa bila google, faedah senaman berjalan kaki:

  1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
  2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
  3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
  4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  5. Mengurangkan stres. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
  6. Mengekalkan kekuatan otot.
  7. Mengurangkan risiko osteoporosis.
  8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
  9. Mampu meningkatkan keyakinan diri.
Banyak kan kelebihan dia? Dan ada juga orang cakap dari dulu, kalau kita banyak berjalan masa usia muda, ia boleh membantu mengelakkan atau melambatkan penyakit Alzheimer (nyanyuk).

Saya buat senaman berjalan ni sebab dah tak berapa boleh nak berlari sekarang. Badan da berat sangat, lutut pulak dah tak berapa kuat. Mungkin kesan daripada berdiri terlalu lama untuk baking segala tempahan Selera Sakura. Lagi-lagi bila masuk musim perayaan, terpaksa berdiri berterusan lebih dari 3 jam untuk buat kek lapis. Akhirnya kaki dah tak mampu nak menampung berat badan kalau buat aktiviti terlalu berat.

So, saya tukar mode exercise kepada berjalan kaki. Usaha untuk jaga makan dan kurangkan berat sambil exercise, lama-lama bila badan dah ringan, boleh lah mula berlari semula. Ok lah, saya nak kongsikan video yang jadi rujukan saya bagi senaman berjalan kaki di rumah.


20 Minute Walk at Home Exercise | Fitness Videos


1.0 Mile Happy Walk | Walk at Home | Walking Workout


5 Minute Belly Blasting Walk!

Uols boleh subscribe channel Leslie Sansone's Walk at Home kat Youtube. Dia memang selalu share Walk Exercise ni. Jangan lupa warming up dulu ya!

Selamat bersenam!

Post a Comment

16 Comments

  1. Good tips kak, thank you for sharing. Nanti boleh cuma ✌🏻😊

    ReplyDelete
  2. Patut bergegar jee rumah Sis ko pagi tadi hahahah...senaman ketiak tu jangan lupa hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhhahahah senaman ketiak kena tengok balik la

      Delete
  3. Samaaaa! Uyul selalu rounding satu apartment kalau rasa dah tepu sangat dekat office! Ringan je badan rasa. Tapi lutut pulak longgar!

    ReplyDelete
  4. bersenam untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan

    ReplyDelete
  5. Wah boleh terei nie. Badan dah berat dah nie :)

    ReplyDelete
  6. Hey...SA pun guna video ni berjalan kat rumah...hari- hari 20 minit..kalau hari bekerja buat waktu malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sama kee...hahaha...best kan sebab simple tapi tetap berpeluh!

      Delete
  7. Berjalan kaki ini memang bagus untuk kesihatan. Selepas ini, kena rajin jugalah buat senaman. Huhu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com