Ticker

6/recent/ticker-posts

Internet Lebih Laju, #KhabarBaik Buat Pengguna Unifi!

Internet Lebih Laju, #KhabarBaik Buat Pengguna Unifi! | Hari ni, boleh dikatakan hampir semua orang tak boleh hidup tanpa gadget. Tak kira lah yang duduk kat bandar kee atau kat ceruk pedalaman kee, semua perlukan gadget dalam urusan seharian. Gadget nya pulak wajib ada capaian internet. Komunikasi antara yang dekat dengan yang jauh jadi lebih mudah bila ada internet. Setuju tak?


Bila tak ada internet, bukan tak boleh berkomunikasi, tapi kos guna call biasa tentulah lebih mahal berbanding kita hanya guna data whatsapp untuk texting dan calling. Bah kan, dalam aktiviti seharian kita pun kita banyak perlukan internet untuk guna google search, tengok update terkini kat social media, online shopping, online food delivery, gaming, dan juga hiburan.

Internet tanpa had ni sepatutnya milik semua, tak kira kat mana pun kita duduk. Seboleh-bolehnya, Internet tu kita nak capaiannya sampai ke kawasan pedalaman juga. Sedar dengan hakikat ni, unifi sangat serius dalam usahanya untuk pastikan pengguna di kawasan luar bandar dan pinggir bandar pun boleh manfaatkan Internet dengan sebaiknya menjelang tahun 2021.


Terbaru, unifi telah memperkenalkan Unifi Air, pelan jalur lebar tanpa wayar yang bakal memberikan akses internet tanpa had kepada para pengguna melalui modem khas yang ditawarkan. Dengan adanya Unifi Air ni, pengguna di kawasan luar bandar dah boleh guna internet berkelajuan tinggi tanpa perlunya pihak TM datang pasang infrastruktur jalur lebar tetap kat bawah tanah yang harganya lebih mahal.

Lagi menarik, kalau dulu pengguna Streamyx terkesan dengan internet kelajuan rendah terhad pada 4Mbps, dengan Unifi Air ni diorang boleh upgrade speed bermula dari kelajuan 20Mbps pada harga serendah RM79 sebulan! Woww! Berbaloi-baloi kan? Dah lah laju, affordable pulak tu! 😱

Memang jelas la komitmen unifi nak bawak #khabarbaik buat semua. Ditambah lagi dengan pelancaran myunifi App awal Julai yang lepas, now pengguna boleh mengendalikan akaun unifi home dan unifi mobile dengan lebih mudah dalam hanya satu aplikasi. Nak bayar bil, nak tanya kemusykilan kat khidmat pelanggan, nak cek akaun, nak join promosi-promosi semasa, semua boleh diakses dengan myunifi App saje. Very convenient and reliable! Pengguna boleh download myunifi App ni dari Google Playstore atau App Store.


Semakin canggih dunia internet tanpa sempadan ni uols! Tak boleh dah buat alasan takde coverage bila balik kampung di hari raya tau! Hahaha! Unifi dah bagi, tinggal uols aje pilih, nak ke tak nak? Kalau tanya saya, memang nakkkk! 🙋

Oh sebelum terlupa, ekslusif untuk semua pengguna unifi! Ada contest khas untuk uols bersempena dengan pelancaran unifi #khabarbaik! Senang aje nak join, kalau ada rezeki uols, boleh menang sebiji Smartphone tau! Macam mana nak join? Tengok dulu video kat bawah.


Dah tengok sampai habis?

Ok, cara untuk uols join #khabarbaik Exclusive Social Media Contest ni adalah:
  1. Share Satu Peluang MV on your Facebook feed, make sure it is public!
  2. Spot and count unifi logos in MV!
  3. Comment your answer on your shared post with #khabarbaik #satupeluang & tag @unifi !
  4. Stand a chance to win a Smartphone!
*Tertakluk pada Terma & Syarat

Ape tunggu lagi? Cepat la ulang balik video, kira dan share!


Facebook:

Website:

#khabarbaik #unifi #myunifiapp

Post a Comment

17 Comments

  1. Replies
    1. ya sis! harusss semakin maju! dah nak masuk tahun 2020 dah ni..hahaha

      Delete
  2. Boleh download movie banyak banyakk nihhh. Fuh!

    ReplyDelete
  3. wahh.. rm79 unlimited data internet tu murah la sun..

    ReplyDelete
  4. Huyooo unlimited tu.. Ada juga cadangan nak pasang kat rumah ni. Hehe boleh usul pakej ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee, ape lagiii! nak usul jugak kat member2 lain...

      Delete
  5. Sis ko punya dah turbo kelajuan paling tinggi...takut nak amik yang rendah harganya, kang ada je masaalahnya hahahaha

    ReplyDelete
  6. lagi laju lagi bagus..

    sebab masa sekarang amat singkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! takde masa nak tunggu page loading lembab sangat

      Delete
  7. Yang kat rumah ni makin hampeh adelah...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha awat lagu tu ekkk..kita kat umah sis lin laju berdesuppppp unifi dia

      Delete
  8. Kena pula lagu si andi bernade tu dengan peluang yang unifi tawarkan. Ibarat mengharapkan pelanggan memberikan peluang kepada perkhidmatan dia. Bagus betul strategi pemasaran dia. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! hahahha...comel tau kalo dengar n tengok betul2..

      Delete
  9. Ini godaan. Unlimited data dengan kelajuan maksima pergh,, download movie, drama tanpa henti. ah~ sudah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com