Sedapnya Lasagna Classic Dapo Uncle

Sedapnya Lasagna Classic Dapo Uncle | Dulu-dulu, saya bukan lah peminat sangat menu Barat yang satu ni. Kalau nampak menu lasagna kat mana-mana buffet, saya hanya akan ambil sikit aje buat rasa-rasa. Nak buat sendiri, memang tak lah. Renyah sangat prosesnya saya tengok. Siapa yang sanggup buat sendiri tu memang rajin sungguh lah, saya tabik!

Baru-baru ni, saya terbuka pulak hati nak makan lasagna dengan sebab teringin. Bukan sebab benda ada depan mata macam sebelum-sebelum ni. Telan air liur bila tengok iklan lasagna dak Uyul asyik share kat IG story dia. Tengok pulak kat IG Dapo Uncle segala macam lasagnanya, aduhhh kecur air liur kita!


Jadi, bila dah tak mampu menahan nafsu diri, terus order dekat dak Uyul. Hari ni order, esok jugak lerr dapat lasagnanya. Masa tu order lasagna daging dengan lasagna ayam. Dua-dua saya suka, sedapp dan sangat banyak inti daging dan ayamnye. So cheesy dan filling bolognese dia sedap sangatttt! Pedas-pedas berkrim gitu!


Sekarang, diorang punya lasagna dah improvised sikit. Dah tak ada lasagna ayam tu. Hanya ada lasagna classic (daging) dan juga lasagna meatball, their own signature recipe tau! Harga pulak not bad, sangat berbaloi untuk saiz regular RM7-8, saiz large RM12-14.


Didatangkan dengan pilihan siap bakar atau frozen, uols boleh pilih. Kalau siap bakar, best sebab boleh makan terusss. Kalau frozen, bila nak makan, uols thaw kan sekejap bagi hilang segala kebekuan, then panaskan dalam microwave. Kalau tak ada microwave, keluarkan dari bekas dia, masukkan dalam bekas aluminium atau loyang, dan bakar dalam oven pada suhu 200ºC dalam 15 - 20 minit.

Makan panas-panas, wallahhhh! Puas hati wooo! Kita dah tiga kali order tau! Uols bila lagi? Cepat la order, nanti diorang hantar. Delivery sekitar Kangkar Pulai percuma pulak tu!


Dapo Uncle

Whatsapp to order:
Sedapnya Lasagna Classic Dapo Uncle Sedapnya Lasagna Classic Dapo Uncle Reviewed by Sunah Sakura on September 02, 2019 Rating: 5

16 comments:

  1. Harotu beli kemain tebal lasagna dia dari inti huhuhu agak mengecewakan..tak sama macam yang ko beli dan bagi Sis tu...nantilah try beli lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kali ketiga ni ok sis...cuba lagi nanti ekss..

      Delete
  2. Lama dah tak makan lasagna. Marina tengah on giveaway. Jemput join :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila nak makan lagi? hihihi

      terima kasih jemput join..nanti kita tengok ekkkk

      Delete
  3. Aduh sedapnya lasagna. Favourite ni. Kalau dekat dah order dah tau

    ReplyDelete
  4. Lapar pula memalam ni tengok lasagna dia. Sedapnya. Tak pernah cuba makan lagi. Betul tu, memang kagum tengok siapa yang dapat buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn....kita pulak memang tak pernah buat lagi...akan datang tak tau lah...hahaha

      Delete
  5. Lama tak makan Lasagna...tunggu eh...tunggu....

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kakak sudi review Lasagna Dapo Uncle. Aibiyuuuu.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.