Ticker

6/recent/ticker-posts

Ini 5 Sebab Anda Perlu Bergomol Dengan Kucing!

Ini 5 Sebab Anda Perlu Bergomol Dengan Kucing! | Orang kita dulu percaya bahawa jika terserempak dengan kucing hitam, maka kita akan ditimpa nasib malang. Eh, betul ke kepercayaan ni? Atau sekadar tahyul? Kesian si comel ni kena tuduh macam tu, kan?


Kucing adalah haiwan istimewa

Sebenarnya, kucing tidak kira apa warna sekalipun tidak sesekali akan membawa takdir buruk kepada anda. Sebaliknya, haiwan comel ini akan membawa pelbagai manfaat kepada anda termasuklah dari aspek kesihatan. 

Jadi, buat anda yang memang sudah atau ingin membelanya, jangan takut ya. Kecomelan, kegebuan dan kelembutan haiwan berbulu ini sebenarnya akan memberi anda pelbagai kebaikan terutamanya dalam memperbaiki mood anda yang sering swing itu. Berikut merupakan manfaat bergomol dengan kucing: 

#1. Ia membantu anda melupakan kehilangan
Kehilangan seseorang atau sesuatu yang disayangi adalah sangat menyakitkan. Buat anda yang mengalaminya, boleh cuba terapi membela haiwan peliharaan seperti kucing. Hakikatnya, haiwan comel ini sangat membantu anda dalam mengatasi simptom kehilangan seperti kerap menangis. Pendek kata, jadikan ia sebagai ‘teman pengganti’ anda.

#2. Ia membantu anda tidur lebih lena
Menurut kajian yang dijalankan di UK, kebanyakan orang terutamanya wanita lebih gemar tidur dengan haiwan berbulu ini berbanding pasangan sendiri. Apakah sebabnya? Mayo Clinic Center menegaskan bahawa 41% daripada jumlah individu tersebut mpercaya bahawa mereka akan tidur lebih lena bersama haiwan kesayangan mereka. Tidak salah jika anda cuba, bukan?

#3. Ia membantu anda untuk jadi lebih bijak
Walaupun agak aneh namun itulah hakikatnya. Kajian pada tahun 2010 oleh University of Bristol mendapati bahawa orang yang membela kucing lebih cenderung untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi berbanding dengan mereka yang membela anjing. Namun, anda perlu tahu bahawa ia bukan satu kemestian dan membelanya bukan jalan pintas untuk jadi bijak.


#4. Ia membantu anda mencegah alahan
Jika anda sedang dalam penantian untuk kelahiran cahaya mata, ini mungkin masa yang paling sesuai untuk membela kucing. Mengapa? Menurut kajian National Institutes of Health pada 2002, bayi yang terdedah kepada haiwan berbulu ini lebih kurang risiko menghidapi alahan kelak. Cuma pastikan kucing anda itu bersih sebelum bermain bersama si manja anda, ya?

#5. Ia membantu anda mempunyai jantung yang sihat
Umum mengetahui bahawa haiwan comel ini sangat membantu mengawal tekanan. Namun, mungkin orang kurang tahu bahawa ia juga bagus untuk jantung anda. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa orang yang telah membela kucing selama 10 tahun, akan kurang risiko diserang sakit jantung sebanyak 30%. Jadi, jom bela kucing demi kesihatan jantung kita!

Konklusi

Kesimpulannya, membela haiwan berbulu mempunyai banyak manfaat kepada kita, lebih-lebih lagi pada aspek kesihatan. Jadi, buat anda yang takut ditimpa nasib malang jika terserempak dengan kucing hitam, ubah persepsi anda. Daripada risau tentang tahyul seperti ini, baik anda sedekahkan haiwan comel ini dengan makanan atau belaian yang sudah tentu akan memperbaiki mood anda yang sering swing itu.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:


Baca lebih banyak info kesihatan di Hello Doktor

Post a Comment

12 Comments

  1. Kat rumah wak pun banyak ternak kucing

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    masa duk kampung dulu banyak bela kucing, maklumlah keluarga kami memang suka kucing. nama kucing pun pelik-pelik hehe... Saya la yang tukang bagi nama kucing. Nampak gayanya kena bela kucing semula la sebab banyak sangat manfaatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam...wahh suka kucing jugak yeee..family saya pun macam tu, kalau ada yang mati, mesti nak cari lagi kucing baru...

      Delete
  3. ala ammi tak suka kucing.. kat rumah Mama ada je kucing tp seriouslah ammi memang tak pernah nak pegang pun kucing2 tu.

    ReplyDelete
  4. Gomol tu untuk bahasa kucing gak ek..biasa Sis gomol ni untuk baby aje hahahaha jarang guna untul kucing hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee..baru tahu ke haaa..nanti gomol la lugia tu..hahahah

      Delete
  5. jgn beri kat saya lunyai kucing tu sy kerjakan sebab gerammmmmmmmm lbh2 lg kucing yg jenis mengada2 hahahahah

    ReplyDelete
  6. Nampak kucing memang kena gomol je lah. lagi² yang gebu tu..suka buli mereka

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com