Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30 | Yang paling penting, tak perlu tambah gula, dah sedap gilerrr kopi kat sini! Yes, serius! Para coffee lover sekitar Johor Bahru wajib masukkan Just Want Coffee, The Factory 30 ni dalam list lepak minum kopi uols. Walaupun agak ke dalam sikit kedai kopi ni, jauh nun di kawasan perindustrian Taman Mount Austin, tapi masa ciksun datang situ pada waktu cuti Hari Malaysia last week, memang ramai gilerrr pengunjung dia. Setiap masa, ada je kereta park tepi dan masuk ke dalam.

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Kalau tengok dari luar, memang nampak macam eh, bukak ke tutup kedai ni? Sebab roller kedai tu diorang tak naikkan pun. Pintu masuk dia kecik je kat tepi roller tu. So, kalau uols datang sini, pastikan nampak pintu tepi tu terbukak dan ade sign OPEN haa gituuu. Jangan ingat kedai dia tutup pulak tau! Perati betul-betul, haha!

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Ciksun datang sini dengan Sis Lin untuk high tea lah kononnya. Tapi bila nampak senarai menu, aduhaii macam nak late lunch pun ada ni. Walaupun dah lunch wakakaka. Ye lah, mana boleh tolak bila nampak ada Coffee Teriyaki Chicken Chop! Dahsyat ek, tak cukup dengan kopi dalam cawan, dalam pinggan pun nak letak kopi! Hahaha!

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Gituhh rupa dia, ada Coffee Teriyaki Sauce disertakan untuk kita curah atas ayamnya. Ayam tu diorang grilled dulu, dihidangkan bersama french fries, salad dan sos cili kot lah uols nak cicah fries. Ayam dia tu sangat juicy dan tak berminyak sebab dipanggang kannn. Bila dicurah dengan Coffee Teriyaki Sauce yang diorang buat guna houseblend espresso, memang kena sangat dengan tekak ciksun! Sangat recommended ya!

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Sis Lin pulak order Salmon Japanese Curry Rice, uols tengok dia punya pinggan haaa. Masa ni, ciksun tak tau lagi nama menu yang Sis Lin order, tapi ciksun kenal menu Japanese Curry macam mana, terus ciksun cakap "wowww macam menu kari Jepun!" Sis Lin pun, "ye lahhh, memang Japanese Curry pun!" Ehhh, hahahahha! Nah, nampak kan memang originality dia macam kari Jepun sebenar! Gituhh. Bila makan Salmon tu pun takde bau hanyir, ciksun boleh telan. Alhamdulillah.

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Eh, dah kenapa cakap pasal makanan pulak ek? Bukan ke JWC ni terkenal dengan kopi katanya tadi? Haaa, maaf lah sebab teruja sangat dengan menu tu, sampai jauh menyimpang. Yeee, sini memang terkenal dengan kopi-kopi berkualiti dari merata dunia diorang import, khas untuk para pencinta kopi. Kopi kat sini uols boleh pilih sama ada nak yang hot handbrew coffee ke, cold handbrew coffee ke atau kopi mesin pun ada, cuma kopi mesin kat sini diorang buat dari scratch lah bermula dari pilih biji kopi yang sesuai, grind, dan brew.

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Untuk hot handbrew coffee, barista JWC akan check dulu kopinya yang dah siap tu sebelum hidang kepada customer. Ye lah, nak make sure betul ke tak rasanya tu seperti yang sepatutnya. Oh, kalau nak tahu barista JWC ni adalah anak didik dari JWC Coffee Academy sendiri tau! Yeee, JWC ade Coffee Academy untuk uols yang minat nak belajar jadi seorang barista professional.

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Kat JWC Coffee Academy, uols akan diajar tentang jenis-jenis kopi, bau dan rasanya, macam mana nak roast, grind dan mix single beans jadi satu cawan kopi yang sangat enak dihirup. Eh, cerita pasal hirup ni, ciksun baru la tahu cara hirup kopi yang betul hari tu haa. Barista kan kena test kopi tu panas-panas, so dia ajar la macam mana nak hirup masa panas tu supaya tak melecurkan lidah. Perghhh, serius ilmu ni sangat ciksun hargai! Thank you Jia Min!!!

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Hari tu ciksun try Rose Latte, Sis Lin try Hot Americano. Dua-dua ni kami minum tanpa perlu letak gula. Hebat tak? Hahaha. Sebabnya bila kita dah pandai hirup dengan cara yang betul, kita boleh nikmati rasa kopi sebenar tanpa perlu tambah apa-apa. Haa gituhhh ayat ciksun uolssss. Sedap, yeee sedappp kopi kat sini, memang padanlah dengan kualiti dan harganya.

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Port Minum Kopi Sedap di Johor Bahru: Just Want Coffee, The Factory 30

Sesambil nak habiskan kopi, kitorang try gak diorang punya Sizzling Brownie, sedap gilerrr sirap coklat dia tu! Makan dengan aiskrim vanilla, lagi la sedap dan nikmat bila kena tekak ni. Diorang ada jugak pilihan aneka pencuci mulut dari kategori kek dan pastri. Uols boleh try Burnt Cheesecake dia, yang kat sini jenis lembap moist tu haa, sape suka jenis macam ni, haaa sila lah cuba! Ciksun rasa sedappp, walaupun jenis lembap-lembap moist tu, tak macam New York Cheesecake, tapi rasa keju dia rich dan tak muak.

Waa tak sangka ek, panjang lebar sungguh ciksun cerita pasal JWC ni, kalau uols nak try jugak, boleh la pergi ke JWC, The Factory 30! Kalau nak beli kopi dan segala aksesori dia, boleh terus ke website: www.justwantcoffee.com

Just Want Coffee, The Factory 30
30, Jalan Mutiara Emas 5/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

Buka setiap hari: 12 pm - 11.45 pm

12 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. Best ni. Suka kopi suka chicken grill. tempting betul lah.

    ReplyDelete
  11. Nampak delicious semuanyaaa..nak kena try jugak ni...terliurr akuuu.hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com