Kata Motivasi Jumaat: Masa Lampau dan Masa Depan

Kata Motivasi Jumaat: Masa Lampau dan Masa Depan

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
dan
tidak ada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Setiap daripada kita, sudah tentu ada memori hitam.
Kenangan pahit masa lalu yang sebolehnya kita tutup rapat-rapat.
Yang sebolehnya kita buang jauh-jauh ke laut lepas.

Namun, kita seringkali tidak menyedari, malah terlupa.
Yang hitam dan pahit itu adalah sebahagian dari diri kita pada hari ini.
Kita yang berdosa kerana masa lalu.

Tapi jika kita hamba yang percaya akan rahmat Tuhan,
pasti kita tak akan berhenti menggapai kasih dan sayangNya.
Berusaha, berdoa, dan tawakkal sungguh-sungguh.
Memohon redha.

Kerana pendosa juga punya masa hadapan.

7 comments:

  1. Boleh jadi pendosa itu yang pertama menghuni syurga Allah kerana kasih sayang Allah itu luas dan layak untuk sesiapa sahaja yang DIA kehendaki.

    ReplyDelete
  2. kerana itu Allah lihat di mana kita berakhir..semoga pengakhiran kita semua baik2 hendaknya ;)

    ReplyDelete
  3. Yang penting kita terus berusaha untuk menjadi yang terbaik dan semoga pengakhiran hidup kita berakhir dengan baik juga. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. Masa lampau dah jadi sejarah
    Yang baik buat pedoman
    yang buruk buat sempadan

    ReplyDelete
  5. belajar dari kesilapan, ambil iktibar dari kejadian masa lalu dan moga menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya

    ReplyDelete
  6. Terkedu membacanya, Thanks for reminder ye

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com