Akhirnya Berjaya Juga Check Out Sambal Nyet Berapi Khairulaming Ni!

Akhirnya Berjaya Juga Check Out Sambal Nyet Berapi Khairulaming Ni! | Ini cerita semalam, masa Shopee Live khas Khairulaming. Pukul 4 petang, KA ada program masak-masak secara langsung dekat Shopee Live. KA masak rendang ayam yang dicampur dengan Sambal Nyet Berapi nya sendiri. Rendang kaler kuning, bila masuk 1 sudu Sambal Nyet Berapi, kalernya tak bertukar sangat. Dari segi rasa mungkin ada kepedasan dari Sambal Nyet tu.

Masa live semalam jugak KA ada release 8000 botol Sambal Nyet Berapi. Setiap 10 minit, 2000 botol staff dia release untuk viewers rebut beramai-ramai. Ciksun pun tak ketinggalan mencuba untuk membeli. Sekali dengan officemate ciksun semua try nak grab barang sebotol dua. Housemate ciksun, dak Ibah dah pesan awal-awal sejak semalamnya lagi. Dah macam arahan kepada semua, "esok ye, berjuang pukul 4!" 🤣

Masalahnya pukul 4 petang tu, viewers bukan 8000 orang, tapi 22.7k! Hahahaha! Adoii semua orang berjuang nampaknya! Ciksun siap bukak laptop sebelah, tengok live kat telefon sebelah 🤭 Masa live tu, diorang akan tunjuk timer 10 minit tu kat skrin. So, bila nak dekat 0 saat, semua standby refresh seller page dekat Shopee. Ciksun pun sama, hahaha!

Akhirnya Berjaya Juga Check Out Sambal Nyet Berapi Khairulaming Ni!

Percubaan pertama, gagal! Perghh laju gila woiii diorang ni check out! Ciksun sempat nampak bilangan stok dalam 600+ je tinggal, tapi tak sempat langsung nak add to cart. Dah SOLD OUT! Hahahah! Bukan sikit ye yang mencarut dekat live tu. Sampai KA takut kena hentam dekat twitter sebab sambal tak cukup. Ulang-ulang dia cakap macam tu. Haha!

Akhirnya Berjaya Juga Check Out Sambal Nyet Berapi Khairulaming Ni!

Then the next 10 minutes, ciksun cuba lagi tapi hanya lepas untuk add to cart, bila nak tekan check out, keluar notis atas tu. Maksudnya memang da SOLD OUT lagi sekali. 4000 botol terjual dalam 20 minit ye! Dahsyat! Ciksun plan dah, ok jangan refresh page ni! Biar macam kat bawah ni aje. Nanti just tekan Place Order.

Akhirnya Berjaya Juga Check Out Sambal Nyet Berapi Khairulaming Ni!

Akhirnya Berjaya Juga Check Out Sambal Nyet Berapi Khairulaming Ni!

Alhamdulillah, ciksun berjaya Check Out selepas minit ke 30! Akhirnya dapat jugak ciksun rebut Sambal Nyet Berapi KA yang semua orang canang-canangkan kesedapannya ni. Walaupun ciksun tak makan pedas sangat, tapi housemate ciksun hantu pedas. Kira ni beli untuk dia lah. Hihi.

Akhirnya Berjaya Juga Check Out Sambal Nyet Berapi Khairulaming Ni!

The last 2000 bottles tu ciksun try lagi tapi tak boleh dah. SOLD OUT jugak dengan pantasnya. So sampai hari ni item tu masih ada lagi dalam cart ciksun, tak buang-buang. Haha. Bior je lah. Mana tau nanti KA nak buat live lagi kannn 😂 Uols boleh try tips ni next time. Haha!

Setiap hari memang KA ada release sambal setiap setengah jam dari pukul 9.30 pagi hingga 4.00 petang. Tapi limit sehari 4000 botol aje. Jadi boleh agak la kan dalam 6 jam setengah tu berapa je diorang release botol setiap setengah jam tu. Sebab tu cepat betul habisnya. Tapi ciksun pun heran kenapa la ramai bebenor yang beli sambal ni tak habis-habis pembeliannya. Ada tu yang share sampai 12 botol dah beli. Erkk!

Ada jugak seller yang jual balik sambal ni kat Shopee dengan harga yang lebih tinggi. Adeii, memang jahat lerr. Rega asal RM13.90, ada yang jual sampai cecah RM30, RM50 gitu. Belum masuk lagi cerita fake Sambal Nyet Berapi gak hari tu. Nasib baik la kes tu da selesai dengan cepatnya. Dia nak main-main ek dengan KA yang follower juta-juta ni, ada yang kena baling telur keluar rumah kang. Haha!

Sedap ke tak sedap, nanti sambal da sampai, kita share ek!

Ok lah, selamat ber-PKP orang JB! Eh!

14 comments:

  1. Ramai nyaaaaa berperang untuk beli sambal nyet KA ahahaha.
    Kita tak sempat beli lagi, nak tunggu reda, tak tahu lah bila akan reda.

    ReplyDelete
  2. perghhhhh saya pun try banyak kali nak beli tapi still tak dapat ni..

    ReplyDelete
  3. sedap tu subjektif.. apapun tahniah tau Cik Sun, jangan lupa tau amek gambar post kat socmed bukti kejayaan, hahahaha

    ReplyDelete
  4. semalam nampak jugak live dia tapi tengok ada 8000 botol je malas lah nak berebut.

    ReplyDelete
  5. Psstt awak kita dpt dah rasa alhirnya hahaha... Utk pemibat sambal.. Yup sambal dia mmg padu!! Pedas n umpphhh!! 😁😁

    ReplyDelete
  6. Fuhhh selepas beberapa cooobaaan dapat jugak tu merebut. Kena gigih betul ni. Terlajak laris betul sambal nyet KA ni.

    ReplyDelete
  7. sebab tak pernah tengok sekali dua je khairulaming ni masak...jadi memang tak berapa terpengaruhla dengan jualan dia

    ReplyDelete
  8. Kat rumah ada sebotol
    Tapi wak tak berani usik.
    Ada jamah sekali, terus pegi tandas

    ReplyDelete
  9. kmk lom gik try sambal nyet KA tok... klak polah review gik k

    ReplyDelete
  10. Akak dah banyak kali cuba..susah nak dapat..ni dia dah stop kan..buka balik 16hb...

    ReplyDelete
  11. Wow... haritu try sekali jerr... malas try g.. tunggu tahun depan la plak. hahahahaha... tapiii.. nice tips.. can try! Mashehhh.. Cuti nanti lah try .. keje ni . x menyempatt

    ReplyDelete
  12. Tahniah dah dapat rasa sambal nyet . Sedap x ?

    ReplyDelete
  13. peh sangat popular. huda tak try lagi. tapi kalau time KA restock je cepat habis. tak tau bila berkesempatan nak try rebut, busy kerja ahaha. hope dapat try rebut one day

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com