Makan Keropok Lekor Losong Pukul 9 Malam

Makan Keropok Lekor Losong Pukul 9 Malam

Makan Keropok Lekor Losong Pukul 9 Malam | Haha, ni cerita malam tadi lepas main badminton dekat Daiman Sri Skudai. Mula-mula ingat nak gi makan dekat area depan rumah, tapi alang-alang dah dekat sini, dak Ibah ajak pergi jenguk kedai Keropok Lekor Losong dekat dengan Masjid Kg Melayu Batu 10 tu. Alaa yang berdepan dengan Skudai Parade tu. Kalo balik dari JB, mesti nampak kedai ni, nak singgah tu asyik tak sampai aje. Akhirnya malam tadi jejak juga kaki kat sini setelah lebih 10 tahun duduk JB. Hahaha!

Makan Keropok Lekor Losong Pukul 9 Malam

Malam tadi, pukul 9 malam, kedainya masih bukak lagi. Mencuba nasib, Ibah tanya ambil order lagi tak. Mak cik owner kedai tu cakap masih lagi. Rupanya diorang bukak sampai pukul 10 - 11 malam gitu. Haa kalo korang tiba-tiba teringin keropok lekor losong malam-malam, memang boleh datang sini aje.

Keropok dia 3 keping RM1, sepinggan 15 keping RM5. Mak cik tu buat on the spot keropok nya, gentel-gentel, golek dekat tepung sikit sebelum goreng, boleh nampak dari meja kita duduk. Kitorang order yang sepinggang 15 keping tu.

Makan Keropok Lekor Losong Pukul 9 Malam

Alhamdulillah sedappppp keropok lekor losong kat sini! Keropok dia light aje tapi sedap. Mak cik tu senyum je nampak kitorang makan, siap tanya nak tambah lagi tak? Hahaha! Insya'Allah next time boleh datang makan kat sini lagi. Or balik dari JB boleh singgah tapau ke kannn.

Ciksun check kat google, diorang bukak pukul 9 pagi, tak sure la sekarang masih buka awal pagi ke tak?

Ok bye!

Post a Comment

5 Comments

  1. syoknya lepas bersukan makan benda sedap ni hehehe mesti tidur lena lepas tu

    ReplyDelete
  2. Rare sungguh ni ada kedai keropok lekor malam malam. Menarik. Kadang selera ni macam-macam nak makan malam malam kan. Buat terus goreng tu mesti sedap. Harga pun murah. Light light pun okay je buat raso raso.

    ReplyDelete
  3. sedap keropok lekor tu..selalu gak layan

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com