Simple Tuna Sandwich for Breakfast

Simple Tuna Sandwich for Breakfast

Simple Tuna Sandwich for Breakfast | Untuk sarapan pagi ini, ciksun buat sandwich tuna mudah. Semalam sebenarnya dah plan nak breakfast kat luar dengan kak Ajan. Tapi bila mengenangkan roti Gardenia kat dapur tu tak terusik lagi, sedangkan esok expired date dia, ciksun ajak kak Ajan breakfast kat rumah aje. Sayang pulak roti tu kalo tak dimakan sampai tarikh luput. Alang-alang ada stok tuna mayones pedas Ayam Brand kat rumah, kita buat aje lah untuk sarapan.

Simple Tuna Sandwich for Breakfast

Ciksun terlebih rajin pulak buat cantik-cantik macam ni. Baru ada semangat nak habiskan roti, kan. Haha! Senang aje nak buatnya, asalkan ada bahan-bahan yang kita suka, ikut citarasa masing-masing. Ciksun letak hirisan tomato, guna Nando's Perinaise Garlic (Peri-peri Mayonnaise) Medium dan Kewpie Dressing Roasted Sesame.

Simple Tuna Sandwich for Breakfast

Simple Tuna Sandwich for Breakfast

Kalau ada salad, boleh letak salad, lagi sedap dan fresh rasanya. Kalau suka dressing lain, boleh aje tukar kepada Thousand Island ke, Mustard keee, sos Cili keee, terpulang. Nak tambah timun keee, sukahati lah. Ikut citarasa masing-masing kannnn!

Ni la seketul budak yang menyibuk time ciksun buat sandwich. Dak Didi hidu bau tuna agaknya, mengiau-ngiau dia mintak. Padahal makanan dia ade dah kat mangkuk dia. Ngade betul, dah la ciksun makan durian pun dia nak berebut!

Nah ciksun kongsikan cara ciksun buat sandwich ni ya!

Simple Tuna Sandwich for Breakfast

Senang je kannnn? Kalau malas, korang lipat dua je lah roti tu! Hahahah!

Selamat mencuba!

Post a Comment

5 Comments

  1. Nampak sedap la Cik Sun...ada je roti tu ha..bleh la buat..tuna pun banyak..cuma xde mayonnaise atau kewpie...

    ReplyDelete
  2. Ok, nak pi beli bahan. Mg depan start sekolah, boleh buat bekal utk anak2 & cik abang :D

    ReplyDelete
  3. Oooo... nandos tu ada jual cam tu eh?

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..lama tak makan tuna dalam tin tu. selalu bawak time travel

    ReplyDelete
  5. wow, boleh jual ni. cantik betul sandwich ciksun :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com