Selawat Syifa' Untuk Kesembuhan

Selawat Syifa' Untuk Kesembuhan | Setiap daripada kita pasti pernah diuji dengan kesakitan. Nikmat sihat ditarik sebentar tanda sampai masanya tubuh perlu rehat. Orang kata, stesyen muhasabah pun ye. Sebab sakit tu kan penghapus dosa. Jadi kena banyak-banyak bersabar bila badan tak sihat. Banyakkan juga zikir dan selawat sambil memohon kesembuhan yang tak bersisa lagi sakitnya.

Nabi SAW telah bersabda: “Tidak ada sesuatu penyakit yang diturunkan oleh Allah SWT kecuali bersamanya juga terdapat kesembuhan.” – (HR al-Bukhari)

Salah satu selawat yang sangat digalakkan dilafaz ketika sedang sakit adalah Selawat Syifa'. Perkataan “Tib” dalam teks bermaksud “ilaj” atau bacaan ini membawa erti penawar atau ubat. Ia bukan bermaksud “Syafi” iaitu menyembuhkan. 

Selawat Syifa' Untuk Kesembuhan

Maksudnya:

"Ya Allah, rahmatilah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, pengubat segala hati dan menjadi penawarnya, menyihatkan badan lagi menyembuhkannya dan menjadi cahaya segala pandangan lagi meneranginya, dan berilah ke atas keluarga dan sahabatnya kesejahteraan."

Panduan ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit:
  1. Baca lafaz Basmalah (بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ) X 1 kali.
  2. Kemudian, baca selawat syifa' X 1 kali, hembus ke dalam segelas air untuk diminum.
  3. Amalkan secara istiqamah sebelum tidur.


Korang boleh jugak bukak selawat ni kat Youtube masa sakit. Ciksun dulu masa kene COVID-19, pasang selawat ni antara selawat dan zikir-zikir yang lain sepanjang masa. Alhamdulillah, Allah bagi ketenangan dan kemudahan untuk lelapkan mata. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Semoga semua yang sedang diuji dengan kesakitan, diberi kesembuhan sepenuhnya. Ameen!

Rujukan: MySihat.com

Post a Comment

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Previous Post Next Post