Ticker

6/recent/ticker-posts

Buka Puasa Dengan Fresh Durian Di Thistle Johor Bahru

Selera Desa Thistle Ramadan BuffetBuka Puasa Dengan Fresh Durian Di Thistle Johor Bahru | Nak hidangan durian ketika berbuka? Jom ke Selera Desa Thistle Ramadan Buffet di Thistle Johor Bahru bulan puasa ni! Diorang bawakan Fresh Durian Stall terus ke ruang open air bahagian tepi Orchid Ballroom tu, sama macam tahun lepas.

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Fresh Durian Stall dibuka selepas 8 malam. Jadi, sementara tunggu pukul 8 malam, korang bole berbuka puasa dulu dengan pelbagai hidangan utama lain termasuklah BBQ Beef Short Ribs, Whole Lamb Kuzi, Sup Gear Box, Smoked Biryani Rice, Nasi Arab, Gulai Lemak Itik Salai, Rendang Tok, Asam Pedas Ikan Pari, Ayam Ungkep, Sayur Nangka Masak Lemak, Laksa Johor, Nasi Ayam Hainan, dan banyak lagi.

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Ciksun suka BBQ Beef Short Ribs dia, sedap dan juicy sangat! Jarang-jarang nak suka daging lebih dari kambing kalo ada dalam satu bufet. Tapi kali ni suka pulak hidangan daging dia. Lama chef tu masak, semalaman katanya nak sediakan hidangan yang satu ni. Lembut je bila gigit dagingnya, then tak perlu ambik sos ape pun dah cukup rasa dah bagi ciksun. Moga terus konsisten sedap tau!

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet 2024

Selain tu, korang boleh cuba Sate Ayam dan Daging dengan Kuah Kacang, Murtabak dan Roti Canai dengan Kari Kambing, Lemang dan Ketupat dengan aneka Serunding, pelbagai jenis Bubur termasuk Pulut Serawa Durian, aneka Goreng-gorengan, Mee Goreng dan Kuetiau Goreng, Ulam-ulaman, aneka Kerabu, Kuih-muih Tradisional, Buah-buahan dan banyak lagi. Korang boleh tengok lagi gambar-gambar menu bufet kat FB page Blog Sunah Sakura.

Tahun ni diorang berkolaborasi dengan Wahdinii Muslim wear, pengusaha pakaian lelaki Uptrend terkini sejak tahun 2016. Wahdinii Muslim merupakan penaja rasmi pakaian service staff dan pengurusan Thistle Johor Bahru, serta  pakaian penghibur (emcee/band performers) semasa Selera Desa Thstle Ramadan Buffet. Kolaborasi ni dibawakan oleh Impact Music & Entertainment.

Persembahan live band Morning Glory ada setiap hari, dan Emcee Rashid memeriahkan suasana buka puasa dengan bermacam-macam aktiviti menarik. Kalo ada rezeki, korang bole menang giveaways!

Selera Desa Thistle Ramadan Buffet
๐Ÿ“ Orchid Ballroom, Thistle Johor Bahru Hotel
๐Ÿ—“️ 13 Mac - 8 April 2024
๐Ÿ•ก 6.30pm - 10.00pm

๐Ÿ’ต RM138.00 per Dewasa
๐Ÿ’ต RM 88.00 per Kekanak (6-12 tahun)

✨ Beli 10 Dewasa PERCUMA 1
✨ Ada jualan kuih raya dan baju raya di Hari Raya Bazar stalls
✨ Surau disediakan
✨ Parking PERCUMA

Ramadan Room Package RM599.00
๐Ÿ’œ 2H1M Deluxe Seaview Room
๐Ÿ’œ Sahur/Sarapan pagi untuk 2 pax
๐Ÿ’œ Selera Desa Thistle Ramadan Buffet untuk 2 pax

Ramadan Stay & Dine RM499.00
๐Ÿ’œ 2H1M Deluxe City View Room
๐Ÿ’œ Sahur/Sarapan pagi untuk 2 pax 
๐Ÿ’œ Selera Desa Thistle Ramadan Buffet untuk 2 pax

☎️ 6012-789 2092
๐Ÿ“ง salesthistle.johorbahru@thistle.com.my

Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com