Healing Lah Sangat @ Kozu, Daun Retreats, Hulu Langat | Aduh, yang ni macam malas sikit nak update sebab banyak cerita nak tulis. Kena ambik masa dua tiga hari seminggu dua baru siap. Hahaha! Sebelum tu, alhamdulillah semalam birthday ciksun yang ke 19 tahun. Ramai yang wish dan doakan, semoga doa-doa yang baik kembali kepada kalian. Ameen!
Tempat ni suami yang jumpa dan dia pergi dulu dengan kawan-kawan dia, kita mintak dia review dulu ok ke idokkk. Bila dia da share video kat Tiktok dan bagi review, baru la kitorang plan pergi dengan geng piknik Cyber pulak. Hujung bulan Jun yang lepas, sampai la kitorang kat sini selepas hampir sejam perjalanan dari Cyberjaya.
Rasa macam ni kali pertama kot ciksun masuk ke kawasan ni. Konsepnya weekend escape dalam dusun. Ye, ada banyak pokok buah-buahan sekitar Kozu termasuklah rambutan, manggis, langsat dan durian. Kozu - salah satu penginapan under Daun Retreats. Tema Japanese house setup tapi takde lah pintu sliding macam kat Jepun tu. Alahhh rindu Jepun pulak! Ok, nexttt vacation! Lahh tiberrr!
Memang cantik design rumahnya, lengkap dengan kolam renang mini khas untuk tetamu yang menginap dekat sini. Ada open kitchen dan dining table depan kolam je. Bilik karaoke dan game room pun disediakan kot-kot korang nak uji suara sampai pagi. Kozu ni ada 3 bilik tidur, 2 bilik air. Rate satu malam dekat sini hujung minggu RM1500 - boleh muat sampai 6 orang, tapi kalau ada extra lagi seorang dua pun diorang boleh terima lagi dengan charge RM100 seorang.
Hari pertama, sampai-sampai je kitorang makan pulut durian. Pulutnya bawak dari rumah, ciksun masak siap-siap. Kak Ita masak kuah santan dekat Kozu, duriannya Amad dengan suami yang bertanggungjawab. Tak tahu la sama ada beli tepi-tepi jalan ke atau kutip. Hahaha! Sebab masa kami ke sana memang penuh gerai durian sepanjang jalan. Lepas ni tau dah lah nak cari durian kat mana 😂
Sebelah malam, kitorang start BBQ dan steamboat. Ciksun buat sos blackpepper dan pan-roasted vegetable. Periuk yang ada agak kecik untuk masak for 9 pax. Terpaksa lah ciksun buat beberapa batch, asingkan ikut jenis sayur. BBQ pulak ada ayam dan daging korban marinated. Steamboat buat jugak sikit-sikit sebab ada yang request. Then Iman kot bawak cream puff. Kemain banyak makanan tak tauuu lah depa ni perut apa. Hahaha!
Sesambil tunggu daging dibakar, sempat jugak bertukar-tukar hadiah ikut kaler. Ciksun pilih kaler ungu dan hadiahkan semua orang beg travel. Bila da dapat semua hadiah, boleh lah masukkan dalam beg tu and pergi travel 😜Mekasih semuaaaa untuk hadiahnya!
Lepas dinner, kitorang gunakan game room untuk main UNO lak. Tak sangka ciksun the first winner sebut UNO Game. Ahahahah! Lucu bila main dengan newbie, macam-macam kejadian yang boleh dijangka berlaku. Siap ada pakatan pulak nak kenakan orang lain yang dah sebut UNO.
Esok pagi, menu sarapan pun bukan main juga. Nasi Lemak Bunga Telang, Sambal Petang Ikan Bilis Goreng Kering, Daging Masak Hitam, Telur Dadar Daun Moringa, Telur Rebus, Sayur Buncis Goreng Telur, Mushroom Soup & French Bread dihidangkan bersama Teh Tarik. Haa nko bayangkan lah memasing bertukang kat dapur pepagi tu sediakan breakfast. Daripada memulanya plan taknak masak apa-apa. Nak beli je makanan kat area kampung, last-last basah jugak ketiak masing-masing. Healing lah sangat! 😂
Lepas breakfast, sempat jugak main Pickleball dekat court yang diorang sediakan. Bayar RM30 untuk main kat sini, bawak paddle masin-masing. Sambil tunggu turn nak main, boleh makan rambutan dan langsat dulu. Habis pickleball pun sempat lagi kitorang makan Kuih Kasturi yang kak Aty buat dan Cucur Jagung yang Dr Asyraf buat. Sesi makan aje kat sini ek? Dah namanya geng piknik 🤣
| Buah Pulasan tak masak lagi |
But overall, best la pengalaman kat sini. Seronok dapat masak beramai-ramai, spending quality time together to yang penting. Walaupun sedikit penat, tapi berbaloi-baloi. Kalau korang nak buat gathering hujung minggu dengan bestie or family kat sini, boleh lah pergi book dekat website diorang. Mohon scroll balik ke atas sebab ciksun dah insert link dekat perenggan kedua. Haha!
Ok bye!
Kita pulak yang terasa healingnya. Bestnya tempat ni. Dia punya menu kalah hotel uii..Syok kan dapat berkumpul ramai-ramai. Banyak aktiviti dapat buat bersama-sama. Tiba-tiba menang main UNO pulak ek. Rezeki jadi juara.
ReplyDeletePost a Comment
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com