BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, July 14, 2011

Tahyul dan Makhluk Ghaib


Bukan lah kita ni percaya benda-benda tahyul.

Takkkkkkk... Dulu saya pun macam tu jugak, tak percaya benda-benda tahyul ni semua. Sebab ape? Sebab pembomohan. Bila berkait dengan bomoh, dukun, pawang... Memang saya akan tarik muka terus kalau ada saudara-mara yang sebut dan cadangkan. Pembomohan ni kan melibatkan makhluk halus, guna jin dan syaitan untuk berubat. Tahyul tu! Syirik! Berdosa besar sebab menyekutukan Allah dengan benda lain!

Jauh sekali dari cara perubatan Islam yang sebenar.

Perubatan Islam tak menggunakan perantaraan makhluk halus, tapi menggunakan ayat al-Quran yang tersusun dan jelas macam yang saya sebut dalam entri pagi tadi. Kalau dulu saya tak percaya sebab fikirkan tahyul tu semua, sekarang saya percaya yang makhluk-makhluk ghaib ni wujud dan boleh mengganggu manusia. Dan untuk mengembalikan mereka ke alam mereka dari duduk dalam badan kita, ada ayat-ayat penawar dalam al-Quran yang hanya boleh diamalkan orang-orang yang arif mengenainya.

Dan tentang penggunaan makhluk halus untuk mengganggu orang lain... Ingatlah, hebat kerana makhluk halus tu hanya di dunia, di akhirat kelak azab Allah lagi hebat dari apa yang kamu lakukan di dunia. Usah nak jadi hebat sangat, sebab ada yang lagi hebat dari semua tu! Jangan kerana dengki dan sakit hati dengan manusia lain di dunia, kamu rasa lagi sakit di akhirat kelak!


20 comments:

puteri rimba said...

betul tu...mula dulu saya pun tak percaya...bila dah kena sendiri...so percaya ia wujud...dan hanya ayat Allah yang mampu menangkis mereka...

Niena Pengembara Ilahi said...

iblis akn sntiasa cuba utk menggoda dan menyesatkan anak cucu Nabi Adam. Sbagai org Islam yg beriman, kita perlulah menyiapkan diri dgn sgala pengetahuan dan menguatkan diri untuk menepis godaan iblis dan syaitan yang dilaknat Allah. Kerana sesungguhnya janji Allahh itu adalah benar dan hukumanNya juga benar. Sedangkan Nabi Adam yang diciptakan Allah sebagai seorang Nabi mendapat hukuman yg sdemikian berat atas kesalahan yang dilakukan, inikan pula kita sebagai hamba Allah yang kerdil..jauhi prbuatan syirik itu.. sesungguhnya iblis tlah brsumpah akan mnyesatkan keturunan Adam, jka kta mendptkan bomoh yg menggunakan khidmad khadam, selangkah kta emnyekutukanNya

syarifahsidrus said...

betul2..memang makhluk halus ni wujud.

::blog anak jawer:: said...

kite kne amik tau pasal bnde2 ni semua... yang tak tau tu la mudah sgt2 percaya yang bukan2... siket2 kne buatan org... siket2 bomoh... kat blog perawat islam ni ade share macam2 story... best...

http://darulmanzil.blogspot.com/

kembatolo™ said...

setuju dengan akak. tehee~

CikMiMiey said...

dulu pon mimie tak caye sume nih..

tapi lepas mengalami nye sendiri barulah nak celik mata agar berwaspada pada masa mendatang ..

xpernah gune bomoh , gune perubatan islam . Alhamdulillah ayt suci Al-Quran itulah plg mujarab ! ~

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

walu pun skrg ni dunia makin moden,tp makin ramai org muda yg terpengaruh nak guna jln syaitan ni kan dik?akak dgr pun takut.kita perlu minta tolong dgn Allah..bkn dgn syaitan

Anies Anessa said...

yup,stuju..sebaiknya berubat ikut islam..

H.J said...

kak sunah boleh jadi bomoh ni..muahaha

mynameismy said...

betol2 krg pcaye klu org dok pakai kemenyan la brg2 tah hape2 mntk. patutnye pakai ayat Quran jek.. mintak dr Allah bkn mntk dr setan yg sesat lg menyesatkannn

diana said...

akak pernah dengar ada orang kata sesetengah bomoh ni dia kelirukan kita dengan ayat2 al quran jugak..tapi ayat tu bunyi je macam ayat al-quran padahal ayat tu dah di ubah suai.kita pun takk perasan..

EZAN IDMA said...

kurafat je seme tu

Hanis MY said...

betul tu duniawi je, bila ikut nafsu itulah akibatnya sampai sanguup buat mcm tu kat org, tak percaya la sgt tapi baca la juga cerita perihal mistik2 ni...

Iffah Afeefah said...

huh tahyul

dislike!

FasiHaH SupiaN said...

so true.....ni boleh letak link kat entri tadi nie...

Подтверждаю said...

as salam
alhdamdulillah..perkongsian teguran..
=)

JIJI YU said...

takder hebatnye pon kalo bersamam ngan mahklok tu..kat dunia pon lagi le

Yuyu Musa said...

benda tahyul ni ada tapi jangan dipikirkan sangat..nanti lg dia suke..hihi..

suhaili sarif said...

hmm nauzubillah harap semua x kena gangguan makhlus halus
yg penting buat pendinding dengan ayt al-quran..
perubatan islam pn penting utk rawat makhluk halus.sbb kdg2 moden techno xleh nk wt ape2.

sergeant keroro said...

betul, mereka semua tu ingat pada kekuasaan di dunia.

mentang-mentang makhluk ghaib bukan asal dari dunia ni,

haish

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.