BLOG ENCIK SUAMI

Friday, August 12, 2011

Merokok di Bulan Puasa...


Gross by *Lady-Tori on deviantART

Oh, dahsyatnya!

Merokok di siang hari dalam bulan puasa bagi yang Muslim tentulah membatalkan puasa. Sebab kamu memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja.

Tapi...ada jugak yang tak boleh tahan kalau tak merokok. Kalau tak makan dan tak minum dari Subuh hingga Maghrib, tak menjadi masalah bagi mereka. Macam mana pulak dengan merokok? Ketagihan terlampau menyebabkan rokok, tidak boleh tidak, kena hisap jugak di bulan puasa.

Sangat pelik bila seorang Muslim yang rajin bertegur sapa dan memberi salam kepada kita, ada satu masa di waktu tengahari, bau rokok yang agak kuat tersebar ke udara bila dia lalu. Sedangkan sebelah paginya tak ada bau apa punn...adehhh... =.=

Guys, masa bulan puasa ni lah kamu-kamu boleh latih diri untuk berhenti merokok. Kalau nak hisap jugak belah malam, hurmmm... Jangan lupa, fatwa ulama' meletakkan hukum merokok bagi Muslim adalah haram kerana kesan buruknya pada kesihatan manusia, tak kira la terhadap perokok atau penghidu asap rokok.

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

P/S: Sangat rugi bagi mereka yang puasanya hanya mendapat lapar dan dahaga...


35 comments:

JIJI YU said...

dah mat gian dah ghupe cenggitu..ape ada ngan rokok..

Iffah Afeefah said...

erk

copypaste dr status sendiri:
Ada pulak yang belajar merokok di bulan puasa, sepatutnya belajar tinggalkan rokok...Manusia tak sedar nikmat yang Allah dah berikan cukup banyak..kenapa perlu mencari benda yang sah-sah haramnya=)

y u y u Z u l a i k h a said...

banyak yang ingat merokok tu dosa simple -..-'

Aku Ibu Muda said...

kawan ahkak perempuan dan seorang ibu, merokok...nasib baik boleh kawal di bulan puasa

Sis-Lin said...

susah nak kata cmne..sebab depan mata mr.hubby pun merokok..huhuhu

dh cuba tapi tetap juga cari katanya..arghhhhhhh...

selalu sis jawab apa tau 'tepuk dada tanya selera''nak seribu daya, taknak banyak alasan'..hahahahaha

Kalamhati said...

Bila jatuh haram means rokok tak boleh dijual kepada org Islam la kan..
Bila diharamkan kena la tinggalkan serta merta..yg merokok tu seolah2 mempersendakan fatwa yg dibuat..huhu menyedihkan

Bella said...

Baru nak cari hukum merokok di bulan puasa.. tut..tut.. jumpa kat... Nice sharing... Hehe...

azu said...

lor..dgrnya mmg susah perokok nk stop..tetambah bulan posa.org nk cari pahala, tp dia cari dosa..jom singgah2 blog azu!tq..
http://azumie.blogspot.com/2011/08/bolehke-berhenti-merokok.html

rosmina samin said...

rokok tu haram.. tapi knp buat tak tahu jer? hairan sungguh....

zieyll^bluehazel said...

ouh pehlizz . tak suka dengan bau rokok .bila laa para perokok tegar nak insaf . --'

♥NuR SyAFiQah♥ said...

huhu betul tu..kat pejabat ni alhamdulillah xde bau lg..hehe

Anies Anessa said...

gunalah nicotine<------betol ke tak eja eh?

= d = said...

sepatut nye time puasa ni la dorng pelan2 benti rokok..
and actually kene ade org tuk support juga..
kalau xde, ssh laa..

Rozita a.Halim said...

sangat setuju.. tah ape lah yg sedap sgt rokok tu ann.. pelik2.
tak kire laki pempuan dah skg ni.
lbh2 ag bln pose ni...takde kesedaran gak.
pape pon arap dorg ni sedar p dorg wt an3.. =))

syarifahsidrus said...

yang hidu asap rokok tu lagi bahaya, lagi kesian kan

Fathin Fazila Razali said...

zyla igtkan bukan lelaki je yang merokok bln puasa ni.. perempuan pun sm!.. aish! apa nak jadilah mcm ni..

**::CIKNUURUL::** said...

sume komen kenapa dn ape sebab diorang tu xreti2 nk benti rokok kn,dh tau mudarat dn haram pon!..so,ape kate MALAYSIA ni sndri haramkan ROKOK dlm negara ni,.aman hdup,xde la kite terbau bnde2 haram ni,ermm,.

aiyakk,mustahil ke x ek nk buat cmtu?,.huhu,.kempen bgai tp still jual,.apeee pon xbleh,.

Citarasa Rinduan said...

syukur....
kalau 2 thn y lepas kak menghadapi masalah itu..

alhamdullilah.. semua y berlaku nya ada hikmahnya..

cuma masa en zalie berpuasa sebelum nie, dia mmg tahan tang merokok.. walau dia perokok tegar

bila berbuka, lepas minum air.. terus kluar, hisap rokok..

em....................syukur, skrang dan tahun lps tidak lagi

::blog anak jawer:: said...

ade org cakap merokok tu salah satu cara nak kurus... memang kurus... tapi rosak semua organ dalaman... nak buat ape cmtu..

sergeant keroro said...

tak semua sedar, dah ketagih sangat.

Luqeem™ said...

kalau nak cegah dr merokok bulan puasa tu kena pakai nicotine patch..nnti bru ok..terkawal sikit dr gian nak merokok bulan puasa..

H.J said...

pompuan pom ada gak merokok??

Amirul Amin said...

gian sangat la tu..hehe

Muhammad Iqbal said...

Ya, betul tu. Bulan Ramadan ni merupakan platform terbaik untuk semua perokok tegar berhenti.

Tok Imam Pun Hisap Rokok!

Diana @ bilakukatacinta said...

dah hilang rasa segan dan malu...

Syahir Ramli said...

wat mase neyh x jumpe lg la kwn2 yg mrokok mse dlm buln pose..puase taon2 sblomnye adela...hurm kalau dh jd habit, nk stop pon ssah gak..

FaKArePa!n said...

Nafas baru bermula Ramadhan.. hehe

Suhaili Sarif said...

pelik..yg haram tak nak tinggalkan
yg halal ditinggalkan

aimie amalina said...

aigooooo..
mane alergic tol dgn rokok nih
moge hilang la ase gian nak merokok pose2 ni an...

Hanis MY said...

huhu tak suka perokok betul tu masa nilah nk cuba benti...

kura said...

nasib sy bukan seorg perokok. heheh!

udin said...

hurmm.. tak tahu nak kata apa.. sbb kdg2 ada perasan gak tok imam yg merokok.. habis2 solat jemaah kat masjid/surau.. keluar2 aja terus bantai rokok.. tapi kes mcm ni mungkin 1 dlm 10 la kan yg mcm tu.. apa2 pun boleh nak berenti merokok ni.. tapi mmg kena betul2 disiplin la.. kurang sedikit dari sehari ke sehari.. lama2 berenti la tu.. smoga perokok2 tegar ni terbuka utk berhenti.. hehehe.. ;)

MerLe said...

merokok wktu siang posa???? aiii..agak2 la...ptutnya ms ni la bljr nk kurangkn or cuba nk bhenti...emmmm

アヌムちゃん said...

btul tu, rugi kalau puasa dpt lapar dan dahaga je.masa ni la yg terbaik nak latih diri berenti merokok..

cik pulau said...

tak suka perokok...
moga dijauhkan dari dapat suami yang merokok.. ameenn,,,
^^,

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.