Happy Birthday, Restoran Nelayan Seafood by the Coast!

August 05, 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Happy 1st Anniversary, Nelayan Seafood by the Coast Restaurant!

Tanggal 8 Ogos ni, Restoran Nelayan Seafood by the Coast akan menyambut ulangtahunnya yang pertama dengan lebih banyak tawaran menarik untuk pengunjung!

Setahun yang lepas, restoran ini ditubuhkan sebagai outlet F&B keempat di Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Coast. Restoran ini memfokuskan menu makanan laut tempatan yang popular, di mana semuanya disediakan oleh Head Chef, iaitu Chef Fatt dan anak-anak buahnya. Antara menu klasik tempatan di sini adalah seperti Black Pepper Crab, Salted Egg Yolk Crab, Steamed White Clams with Garlic dan banyak lagi.

Chef Fatt dan menu khas 1st Anniversary @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Dalam bulan Ogos hingga Oktober tahun ini, pengunjung boleh menikmati menu makanan laut kegemaran sepanjang masa pada harga hanya RM758++ untuk semeja (10 orang). Menu pembuka selera, Deluxe Combination Platter, pasti tidak akan mengecewakan uols, diikuti dengan Hong Kong Styled Steamed Red Snapper yang segar.

Hong Kong Styled Steamed Red Snapper @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Jika kita sudah biasa dengan menu Udang Nestum atau Cereal Prawns, di restoran ini uols akan jumpa kelainan di mana Boston Lobster digunakan oleh Chef Fatt untuk menghasilkan Cereal Lobster, dengan rasa yang berbeza berbanding menu kebiasaan oleh restoran lain.

Cereal Lobster @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Asparagus Sambal juga disediakan bagi tidak melupakan keperluan sayur-sayuran, dilengkapkan dengan Braised Seafood Soup with Beancurd Cube bagi kepuasan rasa masam dan manis. Kalau uols nak menu selain dari makanan laut, jangan risau kerana restoran ada menyediakan Crispy Roasted Chicken yang dicicah dengan pink rock salt (ini memang benda baru bagi kami!), dimakan bersama Lotus Leaf Rice.

Asparagus takde, ganti dengan Broccoli & Mushroom @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Braised Seafood Soup with Beancurb Cube @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Crispy Roasted Chicken @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Lotus Leaf Rice @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Akhiri santapan uols dengan Longan Sea Coconut yang menyegarkan atau jika suka, pilih Premium Chinese Tea, sambil menikmati pemandangan tepi pantai.

Longan Sea Coconut @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Menarik untuk uols yang berkunjung ke restoran ini dalam tempoh 1 Ogos hingga 30 September 2018, dengan hanya RM61 per set, uols boleh dapatkan Merdeka Platter di mana uols boleh rasa crispy textures, fiery flavour and appetizing aromas all-in-one plate.

Must try Merdeka Platter @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Merdeka Platter at only RM61 per set @ Restoran Nelayan Seafood by the Coast

Untuk pengalaman makanan laut yang mengujakan, cubalah the best succulent and juicy Live Boston Lobsters bersama Fresh Clams dengan pilihan Garlic Steam, Black Pepper, Slated Egg Yolk dan banyak lagi. Nikmati lobster segar pada harga RM98 seekor, manakala kerang segar pada harga RM35 sekilo.

Restoran Nelayan Seafood by the Coast ini boleh memuatkan sehingga 400 pengunjung pada satu masa, sama ada uols nak duduk dalam bilik berpendingin hawa atau bersantai-santai di kawasan laman restoran yang menghadap ke pantai Desaru.

Restoran Nelayan Seafood by the Coast, Tunamaya Beach & Spa Resort - Desaru Coast

Untuk uols yang nak bawak family dan kawan-kawan mencuba makanan laut kat sini, boleh lahhh grab peluang keemasan ni tau!

Desaru Tunamaya Beach & Spa Resort

Nelayan Seafood by the Coast
(No Pork, No Lard)
Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru Coast
Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor Darul Takzim
(selepas entrance, belok ke kiri)

Waktu perniagaan:
Setiap hari
11.30 pagi - 10.00 malam

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
+607-88338888
info.dtbsr@careluxuryhotels.com

Website:

You Might Also Like

6 Comments

  1. pergh cereal lobster. lobster tu..makan sampai puas.merdeka platter tu pun agak menarik sebab ada pelbagai hidangan sekaligus.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. tahun 2016 pernah pergi tunamaya resort tapi masa tu restoran nelayan belum ada..InsyaAllah klo de rezeki boleh la stay kat resort lagi n mkn kat restoran nelayan..tgk sedap2 semuanya..😋😋

    ReplyDelete
  3. Semuanya sedap² belaka. Nanti boleh bawak family ke sini

    ReplyDelete
  4. wow cereal lobster. semua makanan sedap sedap. nak pergi tapi jauh. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 2714

    ReplyDelete
  5. Terasa-rasa lagi soup dia tu, nyamanyaaa sedapnyaaaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com