Salah Ke Jadi Orang Yang Teliti???


Apa definisi kamu tentang teliti?

Cermat? Miss/Mr.Perfect? Err...yang macam mana eks? Tak terungkap oleh kata-kata kot. Tapi kita boleh tengok dari tingkah laku dan cara seseorang tu bekerja.

Sape yang selalunya di'campak'kan gelaran teliti ni? Setiausaha~ Perasan tak? Hehehe...sebab diorang kan nak kena buat segala surat, minit mesyuarat, laporan dan segala benda berkaitan dokumen sesebuah organisasi atau syarikat. So, kena teliti. Kalau silap, boleh lingkup syarikat. Sama jugaklah dengan bendahari or juruaudit.

Tapi, yang bukan setiausaha atau bendahari pun ade jugak yang teliti. Contohnya jurugambar, designer,  tukang masak, tukang jahit, dan lain-lain. Kalau kita tengok orang yang teliti, macam mana cara dia bekerja? Mungkin kamu perasan, kawan-kawan kamu yang jenis macam ni buat kerja agak lambat sikit siap, sebab dia seorang yang cerewet dengan hasilnya. Kadang-kadang cuci ayam pun berejam-jam, nak pakai shawl pun kene pin banyak-banyak, nak buat majalah bulanan pun baca ayat satu-satu takut ade typooo...ops~ :p Tapi hasilnya sangat mabeles~

Adakah diorang yang teliti ni pentingkan kesempurnaan? Tak jugak. Diorang takdelah nak sempurna sangat, cuma kalau boleh diorang nak buat yang terbaik yang diorang mampu untuk selesaikan sesuatu kerja tu. Dan hasil yang terbaik tu menjadi satu kepuasan buat mereka. Cincai-cincai pun tak ok, kannn?

So, kalau kamu seorang yang teliti, jangan sedih-sedih pulak...itu satu kelebihan yang Allah bagi bukan untuk semua orang...:)


ENTRI CAMBEST DARI DAK MUCUK
Salah Ke Jadi Orang Yang Teliti??? Salah Ke Jadi Orang Yang Teliti??? Reviewed by Sunah Sakura on May 15, 2011 Rating: 5

13 comments:

  1. betul tu tak salah jadi orang teliti cuma jangan sampai orang tak suka kita teliti sangat...

    ReplyDelete
  2. mr, perfect adalah bagus.setiap perkara kecil di ambil kira.that's the best

    ReplyDelete
  3. teliti tu satu kepuasan yang tak dapat diungkap

    ReplyDelete
  4. huhuhu....mcm ada kena dengan diri i je

    ReplyDelete
  5. saya taktahu saya ni teliti ke tak kk sunnah huu

    ReplyDelete
  6. ketelitian satu anugerah...begitu juga "typo"...kannnn

    ReplyDelete
  7. ada kawan yg perfectionist..kdg2 payah juga......

    ReplyDelete
  8. huhuhu...manusia bukan sume perfect..msti ada silapnya..dan silapnya itulah yg buat sbg pengajaran dlm kehidupan kita selama kita idup diatas muka bumi ini.

    ReplyDelete
  9. sebab tu sunah bolah jadi S/U
    ~teliti

    okeh pe teliti.
    kelebihan tuuu ;)

    ReplyDelete
  10. IR klu buat 1 entri ambik msa yg sgt lama.. teliti tak?

    ReplyDelete
  11. org yg skema boleh dikira teliti jugak x? heheh..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.