Ticker

6/recent/ticker-posts

Tudung Dipinkan ke Belakang Menyamai Biarawati Kristian?

Gambar dari SINI

Soalan: Salam ustaz, saya ada satu kemusykilan berkaitan dakwaan tentang cara pemakaian tudung yang diikat@dipin di belakang leher seperti trend sekarang adalah mengikut cara pemakaian biarawati kristian. Adakah dakwaan itu benar walaupun si pemakai (wanita islam) tidak pernah mempunyai niat sedemikian, hanya pakai tudung dengan meng'pin'kan di bahagian leher bagi menampakkan kekemasan. Harap ustaz dapat memberikan penjelasan.

Jawapan:

Cara pemakaian tudung yang dituntut oleh Syariat ialah dengan menutupi seluruh kepala (rambut), bahagian leher dan labuh hingga ke dada. Ini sebagaimana arahan Allah:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Mengenai fesyen, tidaklah disyaratkan fesyen tertentu asalkan ia memenuhi kehendak ayat di atas. Warna juga tidak dihadkan kepada warna tertentu, akan tetapi hendaklah dipastikan tudung yang dipakai tidak jarang dan tidak mempunyai corak yang terlalu menarik perhatian lelaki atau corak-corak lain yang tidak sesuai dengan idenditi wanita Islam. Warna yang disukai Rasulullah ialah warna putih sebagaimana sabdanya; “Pakailah pakaian berwarna putih kerana sesungguhnya ia lebih suci dan lebih baik dan kafankanlah dengannya jenazah-jenazah kamu”. (HR Imam at-Tirmizi, an-Nasai, Ibnu Majah dan Musnad Imam Ahmad dari Samurah bin Jundab r.a.).

Kena baca lebih lanjut kat SINI untuk tahu pandangan dan kesimpulan dari USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL.

Post a Comment

20 Comments

  1. Bg i bkn isu kistian

    isunye tak ttp aurat. Bntuk leher nmpak

    dada pon nampak

    org sebok gembar gembir cte sbb nk laga2kn antara agama. Hurmmm tp kalau btol ikut quran n sunnah xkn jd gni hurm

    ReplyDelete
  2. nice entry...
    thanx kak sunah untuk perkongsian ilmu nie..

    sekarang nie mcm2 fesyen ade..takut plak nie..daku insan yg lemah..huhuhu tiba2 =_=

    ReplyDelete
  3. pada akak,kalau pinkan tudung 2,da menampakkan bentuk leher.sebab org mst pin ketat2 pastu sanggul tinggi2..
    kan bagus kalau dorg xnak pin kan sbb musabab mcm akk ckp td dr nak bandingkn dgn biarawati la apa la..
    hmmm..sekadar pandangan akak..:)

    ReplyDelete
  4. seeloknya jangan pakai kalau kita rasa ragu2 kan? biarlah kita pakai tudung yang mengikut cara yang betul dan menutup aurat..

    ReplyDelete
  5. ouh. haa kena baca habis2 ni. baru paham! fuh.

    ReplyDelete
  6. @Iffah Afeefah dan yang lain-lain

    kadang2 ada yang pinkan ke belakang sebab kalau lepas gitu aje, menampakkan pula bentuk dada..kain tudung jenis ni kan jatuh lekap..

    apapun, pakai tudung ikut syariat tu yang lebih utama..

    ReplyDelete
  7. betul tu.. tpi masih ramai yg tak faham apa itu aurat

    ReplyDelete
  8. pakai tudung ikut syariat je senang, bukannya takleh berfesyen kan?

    ReplyDelete
  9. As-salam..

    Kak Nida setuju dengan pendapat Iffah...

    Zaman sekarang banyak sangat fesyen tudung yg tak menutup aurat.. :(

    ReplyDelete
  10. normal bg perempuan, fitrahnya nak nampak cantik. tapi mungkin belum jelas agaknya panduan menutup aurat yang sempurna.


    mungkin tiada niat nak meniru mana-mana cuma berlandaskan kepada nak nampak kemas @ cantik... etc.


    tapi balik kepada yang asas, bertudung untuk menutup dada dan tidak menampakkan bentuk-bentuk yang ada termasuklah bentuk leher yang mungkin jinjang.


    mudah. antara nak dengan tidak.. (",)

    ReplyDelete
  11. yg pakai tudung pon dah terbongkah dah sekang..

    ReplyDelete
  12. warna putih adalah warna kesukaan tapi lebih suka hitam sebab menampakkan saya lebih kurus..heheheh...

    tapi pakaian warna utih tu nanti yang akan jadi pilihan untuk menutup seluruh tubuhku bila Izrail memanggil

    ReplyDelete
  13. bila pkai tudung tak ikut syariat, mmg akan mnyerupai kaum lain..
    menutup aurat bkn skdr bertudung.. kan..

    ReplyDelete
  14. gulp..pernah buat huhu
    thanks sis sunah sbb share entri ni..

    ReplyDelete
  15. Tudung kini lebih dikomersilkan cara pemakaiannya.. Macam2 ada.. Dan berlumba2 plak kan..

    ReplyDelete
  16. buat juga.. tapi x sampai nampak leher pun:( xleh jugak ke.. semstinya la paras dada tudung tu..

    ReplyDelete
  17. lebih dahsyat bila akidah lari ...pakai cawat pun masih boleh dipuji

    ReplyDelete
  18. pin jugak kdg2.. sebab nk bagi nampak kemas jer.. tak der pulak niat nk menyamai biarawati kristian tu.. tapi selalunye pakai tudung gitu dengan pashmina.. so pashmina tu boleyh dilabuhkan :)

    ReplyDelete
  19. salam sunah...entahlah skg ni mcm2 trend bertudung n bermacam2 cara bertudung ....

    apa2 pun terimakasih atas n3 yg menarik ni...:)

    ReplyDelete
  20. hehe, sama.. ada link Ustaz tu dalam Blog Aku.. :) tenkiu Kakak Froggy ong kedek kedek...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com