BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, January 21, 2012

Entri 10.38 Malam Khas Untuk Awak

Awak...

Maafkan saya sebab publish entri yang sepatutnya saya publish jam 12 pagi tadi ni baru sekarang. Saat orang lain buat entri khas untuk awak pada jam 12 pagi, saja saya pilih waktu ni nak publish entri ni. Awak tak sedih kan saya publish lambat?

Sekarang... Pukul 10.38 malam. 21 Januari 2012.

Genap setahun saya kenal awak. Alhamdulillah. Kalau awak ingat lagi, macam mana saya kenal awak, mesti awak faham kenapa saya publish entri ni pada waktu ni. Awak cuba-cuba la jenguk balik entri awak pada 21 Januari 2011. Kat situ ada salam kenal saya yang pertama buat awak. :)

Awak, hari ni jugak genap 28 tahun awak hidup kat muka bumi Allah kan? Alhamdulillah. Walaupun da ucap tadi, saya nak ucap gak kat sini. Selamat hari lahir buat awak ye~ Bila da bertambah umur awak ni, jangan lupa tu maksudnya masa awak kat muka bumi Allah ni da makin berkurang. Jadi, eloklah kalau sama-sama kita perbaiki amal ibadah kita, moga Allah senang terima kita kat akhirat nanti, insya'Allah.

Awak, saya doakan semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah dalam hidup awak di dunia dan dalam hidup awak di akhirat nanti. Semoga usia yang semakin bertambah, seiring dengan bertambahnya kedewasaan dan kematangan dalam membuat keputusan serta kebijaksanaan akal fikiran untuk memilih jalan dalam hidup. Ameen...

Alhamdulillah... Mengenali awak adalah satu anugerah terindah dalam hidup saya.


18 comments:

Iffah Afeefah said... Reply to comment

Awaaaakkk
entry ni sgt sweet

sunah jiwangg

#untungla ade awk hehe

solomolo said... Reply to comment

rasa macam kenal je 'awak' dalam entri ni...

fRaMe+LenSeS said... Reply to comment

Moga2 boss n.enchik awak berbahagia. Nadh doakn y tbaik buat keduanya

Citarasa Rinduan said... Reply to comment

tocingnya..
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

onie said... Reply to comment

kak sunah,onie doakan akak dengan AWAK berkekalan :)

*onie boleh agak sapa :P

Lelord said... Reply to comment

tahniah yek awak dan awak

Mat Gebu said... Reply to comment

Nice....

Syafiq Ahadin said... Reply to comment

quran pink dalam kete AWAK sangat cantik.... hehe! :)

msredcheesecake said... Reply to comment

Sumer org tau sapa AWAK ni, msred tatau.... Hhee... Tak kisah sapa AWAK ni, asal awak n AWAK happy selalu...

JIJI YU said... Reply to comment

phewwitt..copek2 la kawen..aku dah tak sabar nk anak sedara ni..

Areef Ibn Naim said... Reply to comment

salam,

entri istimewa tuk org yg istimewa :)

p/s - klu sudi jemputlah join my 2nd GA...

alexa yussida said... Reply to comment

untungla 'awk' tuu :)

sea_lavender said... Reply to comment

bertuah ade awk =)
moga berbahagia hingga akhir hayat.. dalam keredhaan Allah ...

محمد رازيق said... Reply to comment

cam kenal je "awak" tuh.. hehe. moga dimurahkan rezeki bagi si 'awak'

Cik Pulau said... Reply to comment

Ehh.. bufday abg ady ke smalam..
hishh.. nilah padahnya tak on9 semlam..
huhu.
tlg wish kan kat abg ady boleh..
cakap kat dia."happy belated bufday."
moga panjang umor n murah rezki and cepat2 kawen. lalalala larikkkkkk.... hahaha..

ieyza afieyna said... Reply to comment

sweet sgt.... :)


selamat hari jadi gak untuk si dia..hik2..

efa nur said... Reply to comment

indah nya..untung awak... :)



^^

Cik Puan Eka said... Reply to comment

baru nak komen entry sweet ni hehehehe

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (48) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.