BLOG ENCIK SUAMI

Friday, June 8, 2012

Tiada Yang Lebih Indah...

Kampung Paya, Pokok Sena, Kedah

Kadang-kadang...

Malah, selalunya... Kita merancang untuk sesuatu, dan mengharapkan segalanya mengikut apa yang kita rancangkan. Kita rasa, perancangan kita sudah cukup baik, dengan penuh keyakinan bahawa semuanya akan berlalu dengan baik. Kita minta pada Allah agar dipermudahkan segalanya yang telah kita rancangkan. Moga-moga kelak Allah akan bantu kita dalam rancangan kita.

Namun, tidak semua yang kita rancangkan akan mengikut apa yang kita susun. Mungkin di saat-saat akhir, Allah jadikan sesuatu yang tidak kita jangka-jangka. Yang tidak pernah terlintas dalam fikiran kita, malah tidak pernah termasuk dalam Plan B atau Plan C. Lalu kita menjadi terkedu seketika. Malah mungkin ada yang terus tersadung jatuh tidak mampu untuk bangun lagi.

Bagi mereka yang beriman akan Qada' dan Qadar Allah, seharusnya mereka menjadi hamba yang redha akan segala ketentuanNya. Kerana dari redha itu, barulah akan terlihat keindahan susunan Allah atas apa yang telah kita rancangkan. Bukankah di dalam doa yang dipinta, kita mahu rancangan kita selari dengan rancangan Allah? Maka dengan itulah, Allah mempermudahkan segalanya. Dengan cara yang paling Dia sukai. Subhanallah.

Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui...


P/S: Sudah terlalu banyak peristiwa berlaku dalam seminggu lebih blog tak diupdate. Dari yang banyak itu, Allah memberikan peluang kepada diri untuk berfikir. Alhamdulillah.


10 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... Reply to comment

Cantiknya bendang...

Byk tercalit kenangan manis kat kedah? Coret kat sini dik

Iffah Afeefah said... Reply to comment

yaa terlalu banyak

btw cantik view

d_LA said... Reply to comment

btl sgt..cam dla aritu, family plan nk g kedah, dah ditakdirkan seminggu sblm tu kete ayah accident..mmg terkejut,tp dla rs mmg ade hikmah sume tu..

Noraim said... Reply to comment

betul tu kak sunah.

kalau yakin dgn aturan Allah, DIA akan bg yg terbaik.

dan mengharapkan yg terbaik kenala usaha utk dptkan yg terbaik.

Muhammad Saiazuan Norhalik said... Reply to comment

kita mampu merancang je kan.. :)

JIJI YU said... Reply to comment

benaran bu'..perancangan ALLAH itu yang terbaik..kerna perancangan nya berdasarkan keperluan kita bukannya kehendak kita

~~zana@pb~~ said... Reply to comment

Indah ciptaan Dia, harus di syukuri setiap apa yg diberiNya. Jika tidak kesampaian apa yg diimpikan, mohonlah kpdNYA.

Novelgurl said... Reply to comment

Subhanallah..cantik pemndnngn tu..alhamdulillah..tafakur seketika.

aDisH.sHidA said... Reply to comment

sunah....alhamdulillah dan syukur dengan segalanya..walau diluar jangkaan kita

kiera'sakura said... Reply to comment

sebab Dia bagi apa yang kita perlu bukan apa yg kita mahu kan...

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (48) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.