Dia Yang Telah Pergi Dulu...

heaven's dead by ~jyoujo on deviantART

Tiada siapa tahu bila, di mana dan bagaimana.

Malah tidak mengira orang biasa mahupun orang luar biasa.

Jika Allah percepatkan, atau Dia berkehendak untuk dipanjangkan, segalanya hanya dalam satu masa yang tak terjangka.

Dan apabila semuanya telah berlalu, tiada lagi yang boleh diulang. Hanya mampu bermain dengan rasa kesal. Yang lama-lama akan turut hilang seiring dengan masa yang semakin merangkak pergi.

Tinggal yang masih teguh berdiri, sama ada mahu terus ditinggalkan pada sorotan masa paling belakang, atau mengambil peringatan, lalu berusaha menggapai sinar pada cahaya masa hadapan.

Kerana tidak semua yang ditinggalkan mampu memulakan langkah, melainkan dengan daya dan upaya dari Yang Memiliki Sekalian Jiwa.

Semoga semua yang ditinggalkan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari mendatang.


P/S: Al-Fatihah untuk arwah Tamjis bin Aspiah (6 Syawal, 6.50 pm) dan Prof. Datuk Dr. Marzuki Khalid (9 Syawal, 7.44 pm). Juga untuk sekalian muslimin dan muslimat yang telah meninggalkan kita.
Dia Yang Telah Pergi Dulu... Dia Yang Telah Pergi Dulu... Reviewed by Sunah Sakura on August 29, 2012 Rating: 5

6 comments:

  1. ajal maut di tangan tuhan.yang penting kita kena sentiasa bersedia

    ReplyDelete
  2. al fatihah

    sedih pulak bile bace

    mase kite tatau bile kan?

    #yu ai rase hijau sngt mate ai memandang haha

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah moga arwah ditempatkan bersama pra solehin...

    akak mana pink!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum sunah...al-fatihah buat arwah...:(

    sunah dah tukar color blog ni yer cantik sejuk mata memandangnya...:)

    ReplyDelete
  5. alfatihah juga buat arwah coach fakhrul, coach hoki sekolah sy yang terlibat dalam kemalangan hari isnin lepas..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.