Ticker

6/recent/ticker-posts

Tanda-tanda Knuckle Kereta Perlu Ditukar

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah tak uols tukar bearing roda kereta uols? Tau tak rupa bearing tu macam mana? Kalau tak tau, ni saya tepekkan gambar bearing dari Google.

Bearing kereta Viva - kredit gambar: Adzril.com

Haaa..gitu la rupanya.

Tahu tak, tahun ni saya ke bengkel kereta sampai tiga kali dan berhabis sehingga lebih dari RM500 hanya kerana bearing ni. Benda ni berlaku beberapa bulan yang lepas.

Saya syak bearing kereta rosak bila ada bunyi berdengung semasa memandu walau dari kelajuan hanya 40km/j. Bila saya bawak makin laju, sehingga 100km/j, keluar pulak bunyi tajam yang pelik pada dashboard. Seriau juga saya. Terus bawak ke bengkel yang saya biasa pergi.

Bila pomen check, memang betul bearing roda depan sebelah kanan tu da rosak. Dia just check dengan pegang ape tah dekat bahagian dalam roda tu masa sorang lagi pomen press minyak. Kereta kena tenggekkan dulu lah. Kalau tak tenggek, kang berjalan pulak. Hahaha.

Pomen kata, antara sebab yang boleh menyebabkan bearing rosak adalah memandu melanggar lubang, memandu pada jalan yang tak rata, dan boleh juga kerana bawak barang terlalu berat dalam kereta. Point last tu macam mustahil sikit. Ke saya ni berat sangat? Kuat perli betul la bearing ni. -_-

Jadinya, pomen tukarkan bearing roda tu. Kerjanya banyak jugak, kena keluarkan knuckle, kena tanggal satu-satu setiap part, kena hantar kedai lain untuk press, kena pasang balik. Confirm la kena pasang balik kan. Hahaha. Total kat situ da RM170++. Satu roda je tau. Padahal bearing ni kalau beli dia saja, dalam RM50 lebih aje.

Bearing yang baru, ini jenama NTN - kredit gambar: Lelong.my

Maka lepas da tukar tu, hati pun senang bawak kereta sebab da tak berdengung. Tapi bila tukar bearing, alignment tayar kemungkinan besar boleh berubah sebab pomen buka dan pasang semula absorber yang akan mengubah alignment tayar. Kat bengkel tu tak ada buat alignment tayar, terpaksa la saya bawak ke bengkel lain. Kos lain pulak kat situ. RM25 tambah RM20 sebab kena adjust chamber sekali.

Saya ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Sebulan lebih lepas tukar bearing, bunyi berdengung kembali! Kali ni disertakan dengan bunyi macam besi berdetak-detak. Saya terus bawak semula ke bengkel, kot-kot masih dalam warranty. Kadang-kadang warranty kan sampai tiga bulan. Pomen tu hairan bila bearing rosak balik. Dia kata warranty sebulan aje. Alamak. Kena keluar duit lagi. Dia tukar bearing yang sama brand dengan yang asal. Takut kereta tak dapat terima bearing jenama lain yang dia tukarkan sebelum ni. Sedangkan jenama tu jenama terbaik untuk kebanyakan kereta katanya. Bila tukar bearing baru, pomen charge harga bearing saja dalam RM145 gitu. Labour charge dia tak ambik.

Uolssss, masalahnya tak sampai sebulan, kereta keluar berdengung lagi. Adohai. Saya bawak semula ke bengkel yang sama. Pomen bertambah hairan. Dia syak benda lain yang rosak ni. Kalau asyik tukar bearing tiap bulan, kering jugak poket dia nanti sebab masih dalam warranty. So, dia nak tukarkan benda yang pegang bearing tu, KNUCKLE.

Knuckle yang memegang bearing - kredit gambar: tacra's diy garage

Pomen cari knuckle second hand aje, tukarkan dan bagi saya pakai sebulan dulu. Kalau sebulan tu takde bunyi apa-apa, baru bayar kat dia. Kalau ada bunyi balik, kena check benda lain pulak. Huhuhu. Untuk knuckle ni pulak, tanpa labour charge, harganya RM250. Mau tak lebih RM500 untuk total semuanya.

Kalau tukar knuckle dari awal, mesti boleh jimat sikit kan? Mana la kita nak tahu knuckle tu yang rosak. Bila tanya kawan sekolah yang tahu bab-bab kereta ni, dia pun kata kalau tukar bearing beberapa kali tapi still berdengung, maksudnya memang knuckle yang rosak.

Tapi alhamdulillah, lepas sebulan, kereta masih ok. Takde da keluar bunyi berdengung tu. Cuma roda belah kiri macam ada bunyi sikit tapi halus aje. Nanti da bunyi kuat lah baru saya pi tukar.

Boleh? Hahaha.

Post a Comment

10 Comments

  1. kete akak pulak enjin yg problem sunah.. maklum la kete dah tua.. 2x tukar enjin + benda2 lain sekali.. sekali tukar rm1500++.. tp performance lagi teruk.. rupanya dia tukar cc yg lagi rendah.. mmg geram sgt bila tau..

    ReplyDelete
  2. Viva anak baru juga tukar sebab kuar bunyi-bunyi..
    Lagipun kalau meter lebih dr 100000 km, memang timing belt kena tukar sekali bearing..
    Begitulah kata bengkel hehehhe

    ReplyDelete
  3. Gitulah kereta ni kan.kena stanby duit kat dia.

    ReplyDelete
  4. aduih... kereta ni bila rosak skit, kena spare duit la... nice sharing... mmg akak tak tahu la pasal knunkle ni

    ReplyDelete
  5. hmmmm,,nak kena check ni dekat viva ain tuh..hehehhee..

    ReplyDelete
  6. Maaf bertanya, bunyi besi berdetak tu bila tekan brek ye?

    ReplyDelete
  7. haaaa kena check jugak ni sebab dah selalu sangat langgar lubang. Maklumlah Malaysia darul jalan berlubang

    ReplyDelete
  8. kene kencing bos ngn pomen. ape jadah hafcut sbelah je rm250. myvi pnye pon kiri knan hafcut passo baru rm100. siap dpt kiri kanan lg. ni viva kot. klau beli baru sbelah je xsmp pn rm130. siap bearing rm50 baru rm180. ptutnye skali da tkena jgn g lagi kt pomen tu. mmg pomen xde ilmu main try n error. kaki ketuk duit cust

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, saya da tak pergi da dekat dia..ahahahhaha...sekarang check kereta dengan jiran je...pakcik yang dikenali...setakat ni tak membazir macam dulu2 dah...susah nak percaya pomen sekarang...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com