Evolusi Happy Box Selera Sakura

Evolusi Happy Box Selera Sakura | Kalau uols follow perkembangan IG shop saya @selerasakura, mesti uols biasa dengan nama Happy Box Selera Sakura. Box istimewa yang ada kesemua jenis brownies dan bars produk Selera Sakura. Berharga semasa RM15 untuk 15 keping brownies dan bars, dengan drizzle yang berbeza. Umpamanya, setiap satu keping brownies atau bars dalam box tu rasa dia berbeza.

Sebenarnya, Happy Box ni cetusannya pada hari ulangtahun perkahwinan saya dan encik suami yang ketiga. Masa tu niat nak raikan customer dengan promosi yang paling berbaloi, boleh rasa semua jenis brownies Selera Sakura dalam pek yang kecil. Alang-alang tarikh masa tu adalah tarikh anniversary, jadi saya pun buat lah promosi sempena anniversary.

Happy Box yang pertama hanya ada 12 keping brownies dan bars, pada harga RM10. Masa ni saya hanya ada empat jenis brownies dan bars, Fudgy Brownies, Congo Bars, Walnut Brownies dan Almond Brownies. Dua bahagian atas setiap jenis brownies tu saya drizzle dengan nutella dan salted caramel, masing-masing. Lagi satu bahagian saya biarkan kosong.


Alhamdulillah, sambutan untuk pek mini ni sangat memberangsangkan. Kemudian, saya cuba fikirkan penambahan produk yang baru pada Happy Box sebab harga barang dah mula naik dan dah tak berbaloi untuk jual pada harga RM10. Bekas Happy Box tu pulak memang lompang sikit, kena bagi cukup 15 keping dalam tu baru dia jadi fit.

Maka terhasillah Happy Box baru dengan tambahan Pecan Butterscotch Bars. Lebih kurang sama aje dengan Congo Bars, cuma kekacangnya saya tukar kepada pecan, chip nya pula saya tukar kepada butterscotch chips. Dari segi esen pun, vanilla saya tukar kepada esen butterscotch. Satu kelemahan Happy Box baru ni yang buat saya nak improve lagi adalah Pecan Butterscotch "tak mampu berdiri sendiri".


Sejak pengenalan dia, tak pernah customer beli dia saje seloyang. Tujuan kita jual Happy Box ni mulanya adalah nak bagi customer rasa semua produk dan senang nak pilih brownies atau bars kegemaran pada masa akan datang. Tapi walau customer bagi feedback sedap, tak pernah ada yang order Pecan Butterscotch Bars saiz besar.

Jadi saya muncul pula dengan Happy Box terbaru, dengan penukaran Pecan Buttercotch Bars kepada Nutella Oatmeal Bars. Alhamdulillah, yang ini memang kekal sampai sekarang. Rata-rata customer yang order Happy Box ni, sangat suka pada Nutella Oatmeal Bars. Dia mampu berdiri sendiri juga dengan adanya tempahan saiz besar. Cuma bars yang ni agak mahal sebab ada penggunaan 1 botol kecil nutella pada lapisan tengahnya.


Bila saya kenalkan Green Tea Brownies pula, customer mula bisik-bisik, tak ada pek kecil ke. Sebab harga Green Tea Brownies kurang RM2 je dari Nutella Oatmeal Bars. Maksudnya, sama mahal. Kenapa mahal? Uols try tengok harga Green Tea powder kat bakery berapa, lepas tu komen kat bawah ek. Hihihi.

Maka, setelah berfikir-fikir dan menimbang-tara, saya perkenalkan MY Box pada Hari Malaysia 16 September 2017. Kononnya Malaysian Box of brownies and bars, masyarakat majmuk kat dalam pek tu. Hahaha! Dalamnya ada satu lagi produk yang paling baru, Nutty Brownies. Brownies yang ada pelbagai jenis kekacang kat dalam dan kat atas brownies. Penggemar kekacang sangat sukakannya.


Cuma MY Box ni tak mampu berdiri lama. Saya tak dapat open ordernya selalu sebab tak semua orang suka dan boleh telan green tea. Kadang-kadang stok lambat nak habis. Jadi, saya hold pengeluaran MY Box buat masa ni. Bila ada ramai yang tanya, baru saya akan buat balik. Maka, yang paling lama bertahan dan bertempat dalam hati semua orang adalah Happy Box versi ketiga tu.


Setiap jenis brownies dan bars dalam Happy Box harganya berbeza. Walaupun harga Happy Box adalah RM15 untuk 15 keping brownies dan bars, bukan bermaksud sekeping brownies atau bars dalam tu harganya RM1. Jadi, bila customer tanya, boleh tak nak tukar mana-mana brownies atau bars kepada yang lain, jawapannya memang tak boleh. Bukan saja harga dah tak sama, tapi nanti pek yang lain tak cukup, siapa nak beli?

Gitu lah hikayat evolusi Happy Box Selera Sakura.

Terima kasih lah sudi baca. Haha!
Evolusi Happy Box Selera Sakura Evolusi Happy Box Selera Sakura Reviewed by Sunah Sakura on December 10, 2018 Rating: 5

2 comments:

  1. oooooohhh barrruuuu tauuuu citerrr happy box tuhhh... lepass ni komfom keluar evolusi lucky box kann..hasil kenangan Belitung

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.