Inari Boat Yakiniku @ Sushi King

Inari Boat Yakiniku @ Sushi King | Kisahnya, lepas breakfast pagi tadi, terus ke Sushi King kat AEON Taman Universiti, Skudai sebab nak redeem free Hanjuku Cheese Cake. Semata-mata kan. Haha. Lagi pun, da berapa lama teringin nak makan Sushi King tapi asyik tangguh aje.

Sampai sana dalam pukul 11 lebih gitu. Perut masih kenyang lepas sarapan kat Kafe Warisan Noor. Jadi, selamat la sikit daripada mengketedarah. Kaiten Sushi King pun tak berjalan lagi masa kami duduk kat meja tu. Manager dia baru nak suruh tekan button kaiten tu kat staff dia. 

Menu pertama yang diambil, mestilah edamame. Tak berat dan boleh dikunyah-kunyah sambil tunggu plate lain tiba. Air pun, order teh hijau panas aje sebab sarapan tadi da minum teh ais. Tunjuk SMS dari Sushi King tentang free Hanjuku Cheese Cake tu untuk redeem, lepas tu dapat la kek nye.

Hanjuku Cheese Cake @ Sushi King

Selain menu tu, saya pertama kali cuba Inari Boat Yakiniku. Seorang Sunah kalau ke Sushi King, selalu kalah dengan menu yang ada daging. Tak pernah-pernah makan Inari Boat, tetiba teringin bila tengok Inari Boat dia ada Yakiniku! Tiga empat kali belt round, akhirnya saya capai jugak plate Inari Boat Yakiniku tu. Ekekeke.

Inari Boat Yakiniku @ Sushi King

Ooo, gitu rasa Inari kegemaran Kak Ila dan Kak Ajan. Sedap jugak. Ingatkan rasa pelik. Patut la jadi kegemaran ramai. Lepas ni boleh la makan Inari kalau ke Sushi King. Haha! Kalau tak, asyik-asyik makan Tuna Mayo, Yakiniku, kadang-kadang Karaage gunkan. Bila tak nak order meal, grab aje set maki kat kaiten. Tapi tak pernah try makan Salmon mentah tu dengan Unagi. Macam tak boleh nak lalu aje kat tekak. Huhu.

Nape kat sini takde grilled Salmon Mayo macam kat Jepun? T_T
Inari Boat Yakiniku @ Sushi King Inari Boat Yakiniku @ Sushi King Reviewed by Sunah Sakura on December 30, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. alaa bestnya boleh redeem cheese cake. awat Sushi King x hntrr kat cheqq skali hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah eh...sebab akak special kot...wakakakakakakkaka

      Delete
  2. hanjuku cheese yg ng nyaman.. tp sekejap jak rasa.. sekali masok mulut jak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya lah ho...tapi kamek mulut kecik, duak kali la...sambil menikmati...hahahah

      Delete
  3. kak sun , nanti ajar ain makan sini yerr.. kite ni biasa makan sushi kedai tepi-tepi je.hahaahahahha...

    ReplyDelete
  4. Eeeee sedap ke cheese cake tu..yg shushi punya tak suka..wekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedappp lerrrr...yang sushi tu kita pun sebelum ni tak suka gak..hahaha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.