Island Hopping dan Snorkeling di Pulau Belitung, Indonesia

Island Hopping dan Snorkeling di Pulau Belitung, Indonesia | Semalam saya dah share tentang tempat-tempat menarik di Pulau Belitung yang berasaskan seni dan budaya. Hari ni, saya nak kongsikan pulak aktiviti air bagi peminat-peminat pulau dan pantai. Haa, gembira tak?

Kalau uols nak tahu, sekitar Belitung ni ada banyak lagi pulau-pulau kecil yang masih cantik dan terpelihara. Air lautnya yang hijau membiru sangat jernih sampai uols boleh tengok corals dan ikan-ikan berenang macam tu aje. Kalau snorkeling, lagi la seronok.

Dua ketul love untuk island hopping & snorkeling haha! Kredit: Encik Suami

Pihak MTN Getaways susun aktiviti island hopping untuk kami pada hari ketiga. Pagi-pagi kami gerak dari hotel ke Tanjung Tinggi. Sebelum ke sana, kami sempat singgah dulu kat kedai ole-ole Belitung, Belut, sebab ada yang nak beli baju ganti lepas mandi. Kedai tu tak jauh dari La Lucia Boutique Hotel. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit. Kalau uols tak cukup baju masa kat Belitung, boleh lah beli kat sini ek. Nak cari fridge magnet pun, kat sini lebih banyak pilihan dan murah sedikit harganya.

Geosite Tanjung Tinggi, Belitung

Nak ke Tanjung Tinggi dari hotel ambil masa dalam 30 minit gitu je. Kami ke sini dulu sebab kat sini tak ada aktiviti berenang. Just nak ambil gambar aje. Tanjung Tinggi merupakan salah satu tempat shooting Laskar Pelangi. Kalau tak silap, Kekasih Paksa Rela pun ada shoot kat sini juga. Pantainya agak luas, nak ke tempat shoot gambar cantik-cantik tu kena lalu kawasan berbatu besar. Bersedia lah ya untuk basah kaki kat sini. Dan hasilnya, nah!

Cantik kan view Tanjung Tinggi guna drone? Kredit to Hasif.

Team Avengers. Tiberrr. Kredit pic: Dikbee

Tanjung Tinggi featuring Harris Annuar

Dalam setengah jam kat situ, kami pun gerak ke destinasi seterusnya. Start island hopping dari Pantai Tanjung Kelayang. Bas persiaran kami parking kat sini. Kat pantai ni ada disediakan bilik air untuk bilas badan lepas island hopping (Rp.5.000) dan surau untuk solat. Jadi, jangan risau ya. Cuma baju ganti lepas island hopping tu boleh tinggalkan aje dalam bas, tak perlu bawak bersama sebab nanti akan balik ke sini semula juga.

Boat yang akan bawak kami melompat dari pulau ke pulau dah sedia menunggu. Setiap boat boleh muat sehingga 15 penumpang. Jaket keselamatan turut disediakan. Mana yang tak tau berenang tu haa, boleh tarik nafas lega. Uols bawak benda penting je naik boat, ok. Nanti kalau turun ke pulau-pulau, bawak handset je pun tak ape.

Boat camni la yang bawak kami island hopping

Semangat kak Juju posing untuk kamera

Destinasi pertama kami adalah melihat Pulau Garuda dari jauh. Ya, melihat aje sebab pulau tu tak ada tempat untuk boat berlabuh. Sekitar pulau penuh dengan batu karang. Bila boat mendekati pulau tu, uols akan nampak batu paling tinggi kat pulau tu berbentuk seperti paruh burung garuda. Pulau yang terdekat dengan Pulau Garuda ni adalah Pulau Kelayang. Still, gambar pun boleh ambil dari jauh aje.

Nampak kan macam paruh burung garuda yang megah berdiri di situ

Pulau Garuda daripada Pulau Kelayang

Next, kitorang ke Pulau Lengkuas. Kat sini ada sebuah rumah api yang dibina pada tahun 1882. Dikatakan bahawa nama Lengkuas tu dapat dari nama "light house". Disebabkan masyarakat Belitung masa tu tak berapa fasih berbahasa Inggeris, lama kelamaan sebutan "light house" tu menjadi Lengkuas. Gituhhh. Tapi kami tak naik pun ke atas light house tu. Kalau uols belek google, ada yang memanjat tangga naik ke atas dan dapat view keseluruhan pulau. Alahai, ruginya tak naik. Tapi mampu kerrr. Hahaha.

Pulau Lengkuas di sebalik batu-batu tempat snorkeling

Tugu negara Lengkuas. Kredit: Dikbee

Ye, jangan lupa pose untuk drone. Kredit: Hasif

Pose Laskar Pelangi satu!

Terima kasih belanja air kelapa!

Lama jugak kami lepak kat Pulau Lengkuas tu. Siap jumpa bangkai obor-obor besar gedabak kat gigi air lagi. Dari Pulau Lengkuas, kami pun bersedia untuk snorkeling pulak. Saya tak tahu berenang oi. Ramai di kalangan kami yang memang tak tahu berenang pun. Tapi disebabkan ada life vest, kita bisa terapung di permukaan air. Hahaha. Sebelum turun ke dalam laut, tour guide akan brief dulu cara-cara guna goggle dan pin (kasut itik). Tapi kalau uols pakai beach shoes siap-siap, tak payah tukar kepada pin dah. Beach shoes tu uols boleh beli dekat Sports Direct ya. Saya rasa berdebar jugak masa nak turun, tapi encik suami datang dan pegang tangan sebab dia tahu saya tak pandai berenang. Bila saya dah mula selesa, baru dia biarkan saya explore sendiri.

Seronok sangat snorkeling rupanya. Thanks Dikbee amekkan gambar kita!

Masya Allah, cantik sangat rupanya dasar laut yang masih terpelihara. Dah tengok filem Aquaman? Ha, macam tu la perasaannye. Corals merata-rata, ikan pun berenang-renang depan mata. Boleh capai dengan tangan aje. Kalau pegang roti, haaa berebut-rebut la diorang datang makan. Disebabkan tak pandai berenang, hanyut aje la seorang Sunah kat tengah laut Pulau Lengkuas tu. Kadang-kadang nak masuk bawah boat pun ada. Sungguh-sungguh tolak boat jauh-jauh dari badan. Haha.

Maceh encik suami. Kredit: Dikbee

Bila da puas snorkeling, tour guide bawak kami ke Pulau Kepayang pulak untuk rehat sekejap dan makan tengahari. Makanan-makanan ni nanti saya share dalam entri seterusnya ya. Cuma nak bagitau, makanan kat pulau ni memang sedappp sangat uii! Tak sempat nak selfie beramai-ramai dengan makanan. Semua da kelaparan. Hahaha! Kalau uols rasa selesa nak buat solat jamak takdim kat sini, ada musholla disediakan. Kalau tak selesa sebab basah-basah, boleh jamak takhir masa da balik ke Tanjung Kelayang nanti.

View dari Pulau Kepayang

Makan tengahari kat Pulau Kepayang

Lepas makan tengahari, kami sambung snorkeling lagi di tempat yang lebih cetek sedikit. Tapi kawasan snorkeling kedua ni ada banyak landak laut, kena pakai pin juga. Saya jadi malas pulak nak turun sebab kena pakai kasut itik tu. Encik suami aje turun dengan kawan-kawan dia. Arus air pun agak kuat kat sini sampai tour guide pun tak dapat bagi kami berlama-lama kat dalam laut. Keselamatan pelancong lebih diutamakan.

Hanya mampu amek gambar dak Amad snorkeling aje

Destinasi terakhir kami adalah Pulau Kelayang. Kat sini, kalau nak tinggalkan handset amat digalakkan sebab uols akan menapak masuk ke dalam Gua Kelayang. GoPro tour guide kan ada. Kalau uols ada handset water protector tu boleh la pakai kat sini. Sebabnya, uols akan masuk ke dalam air hingga ke paras dada. Kalau degil nak bawak handset jugak, angkat lah tinggi-tinggi ya, takut kena air. Gua Kelayang ni terbina daripada batu-batu besar berwarna yang tersusun antara satu sama lain. Kat bahagian dalam gua tu, ombak air dia agak kuat juga sampai terumbang-ambing kami semua.

Ombak kuat kat sini. Kredit: Tatie

Bila dah puas amek gambar kat dalam gua, kami diberi peluang untuk mandi manda kat pantai pulau ni. Tapi saya dan beberapa orang lain termasuk encik suami tak turun ke laut pun. Dah malas nak basah-basah kununnya. Jadi, kami duduk lepak-lepak aje sambil shoot video dak Amad. Bila da nak gerak balik, sempat lagi kami jamah pisang goreng kat satu-satunya gerai yang ada atas Pulau Kelayang. Sedap juga pisang gorengnya. Cara dia potong pisang pun lain. Dia hiris kepada tiga bahagian, tapi tak sampai hujung. Kemudian, hirisan tu direnggangkan sikit sampai jadi bentuk macam kipas. Celup dalam bancuhan tepung dan goreng. Sedapppp!

Budak-budak riang ria bermandi-manda

Jangan lupa rasa pisang goreng kat Pulau Kelayang

Ye, boat dah memanggil-manggil pulang ke daratan

On the way balik, semua jadi senyap. Ye lah, esoknya dah nak balik Malaysia! Hahaha. Pengalaman island hopping dan snorkeling kat Pulau Belitung memang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Rasa nak repeat lagi pun ada!


Nah, sis buatkan video khas untuk tatapan semua. Boleh tengok macam mana kami nak sampai ke tempat-tempat cantik tu semata-mata untuk sekeping dua gambar.

Jom lah uols, ke Pulau Belitung!


MTN Getaways Getting You There

Dapatkan diskaun RM75 untuk setiap pakej dengan promo code SUNAH75

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ke Pulau Belitung,
hubungi:
No. Tel: +65 8531 3381
Email: admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:

12 comments:

  1. Seronok tengok trip Sunah ke Pulau Belitung ni..kena pi jugak la nanti..tahun depan dah boleh travel semula dah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya'Allah...mudah2an SA pun berpeluang untuk melawat pulau cantik ni :)

      Delete
  2. Semamgat kak juju ko posing atas bot. Haha... Rindunya dekat belitung 😥😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..nasib baik cahaya semua on point..maka terhasillah gambar yang indehhh ituuu 😆

      Delete
  3. cantiknya view dia wakkkkkkkkkk.. terus kakak masuk kan dalam wishlist.. hee~ in love betul kalau part laut / pantai nih.. haa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee..cantik sangat kakak...sama la kita suka laut n pantaiii 💖

      Delete
  4. Bestnya sunah.. view sangat cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa kak..saya doakan moga satu hari nanti kak dilah dan keluarga ada rezeki ke pulau belitung..ameen

      Delete
  5. Seumur hidup xpernah lagi snorkling. Hakak takut laut.. Aduiii.. Macam mana nak pi snorklinh.. Haha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum sunah...seronoknya tengok ...semua tempat cantik pemandangannya...best n seronok betul dpt sampai ke sana kn...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com