Mencuba Menu Firecracker Chicken di 4Fingers

Mencuba Menu Firecracker Chicken di 4Fingers | Sabtu lepas, selesai menghadiri jemputan kenduri kahwin, Sis Lin ajak ke 4Fingers. Nak try menu baru diorang sempena Chinese New Year yang akan datang. Beberapa hari sebelumnya, kami komen-komen kat instagram post Kak Eda. Kalau uols nak tahu lebih lanjut tentang Firecracker Chicken ni, boleh baca entri Kak Eda ye.

Ye, kena selfie dulu baru boleh makan @ 4Fingers JBCC

Sebelum ke JBCC, kami sempat ambil Ain dulu kat BBU. Kena paksa ikut. Dia baru balik dari program kat Plaza Angsana. Masa saya called gitau dia supaya bersiap-siap sekarang, nak gi ambik, dia tanya lagi "Betul ke? Serius ni?" Hahaha. Aduhai, nampak sangat kak sun kau selalu main-mainkan perasaan kau ye.

Saya letak kereta di Petronas BBU. Kami naik kereta Sis Lin ke JBCC. Jalan sedikit jammed sebab hujung minggu. Bila dah sampai JBCC, kitorang gi surau dulu. Tunaikan yang wajib sebelum berjalan-jalan. Kalau tak, takut berdosa sampai keeee...nanti dak Ain jawab. Lepas solat, terus ke 4Fingers. Aik, aku ingat diorang nak jalan-jalan lagi sebab perut masih kenyang lagi. Haha.

Saya ambil seat, diorang gi order. Macam sebelum-sebelum ni lah, diorang bagi buzzer kat kita, then bila buzzer tu berbunyi, kita gi ambil makanan yang kita order kat kaunter tadi. Diorang order dua jenis ayam. Satu yang Hot, satu lagi yang baru tu, Firecracker. Bila makanan sampai kat meja, masing-masing terus ambil gambar. Hahaha.

Jangan banyak-banyak sangat, nanti tak habis! 😅

Firecracker Chicken @ 4Fingers JBCC

Weh, bau diaaaa. Menyengat hidung seorang Sunah! Bau rempah cumin, Szechuan peppercorn, black pepper, cili padi semua bercampur baur menusuk-nusuk hidung. Kuat gilaaa yang sangat la tak selesa. Saya yang duduk betul-betul depan menu tu dah asyik ke belakang aje sebab tak tahan. Huhuhu. Cepat-cepat suruh diorang makan.

Saya pun makan jugak walaupun takut kepedasannya tak tertanggung. Ye, pedas yakmat tapi pedas yang buat kita nak gigit dan gigit lagi ayam tu. Cukup lah seketul sebab tak tahan dengan pedasnya. Hahaha. Bila da makan tu, ok pulak. Bau je yang kuat melampau tadi. Ekeke.

Uols nak rasa?

Haa~ Pergi la 4Finger yang berdekatan dengan uols~

Mekasih Sis Lin belanja!

4 comments:

  1. Auchummmmm...
    Makaseh juga teman kita, nanti nak pergi lagi lah, tapi makan yang signature je, tak puas makan haritu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulll..nanti pergi time lapar ok..pastu beli 1 bouquet macam meja sebelah ri tu..hahahha

      Delete
  2. Wah.. Dah pergi ek.. Tak sabar nak merasa jugak.. Nak tengok pedas berapi mcm mana gaknya

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com