Sepagi di Kampung Orang Asli Jakun, Tanah Abang, Johor

Sepagi di Kampung Orang Asli Jakun, Tanah Abang, Johor | Petang-petang ni baru sempat nak bukak blog. Sementara tunggu Ayen rehat kejap sebelum kitorang bertolak pulang ke Skudai, saya edit gambar-gambar yang diambil di Kampung Orang Asli, Tanah Abang, Johor ni. Buat tatapan pembaca blog sekalian. Gituhhhh.

Homestay Kg Tanah Abang - 0137883636 (Osman)

Disebabkan malam tadi kami sampai homestay dah gelap, memang tak nampak apa-apa dah sekeliling kampung. Pagi ni bukak pintu depan, masya Allah! Rupanya ada sungai kat depan homestay ni. Terus masing-masing mandi dan bersiap cepat-cepat sebab nak ke sungai dulu sebelum ke Pusat Tarbiyah.

Ladang getah Kg Tanah Abang

Turun dari homestay menuju ke sungai, ada ladang pokok getah. Teringat pulak kampung encik suami kat Kedah. Dulu sis kauu kahwin, outdoor shooting kat ladang getah tau! Jangan tak tahu. Jadinya, terimbau lah kenangan lama mengusik jiwa tu bila lalu ladang getah kampung orang asli ni. Ekekeke.

Pak cik-pak cik nak pergi memancing

Bila sampai kat jeti sungai, ada empat orang pak cik penduduk kampung ni tengah sibuk nak berangkat memancing. Borak-borak dengan diorang, tiga orang pak cik tu rupanya cikgu kat kampung ni dan bukan orang asal kat sini. Ada yang datang nun jauh dari Perlis. Pak cik Ali yang berdiri tu je orang asli kat sini.

Pemandangan dari jeti sungai

Mana awak ni? Bila nak sampai?

Tiga orang budak gembira

Sebelah jeti tu ada rumah rakit. Beberapa orang budak Kelab Lambaian Masyarakat KTC UTM yang jadi AJK program ni duduk kat situ. Sempat jugak kami singgah tengok rumahnya dan merasa suasana sarapan menghadap sungai sempadan negeri Johor dan Pahang.

Acah-acah nak meniti jambatan menuju ke hati uols

Depan tu Pahang katanya

Dalam program ni, budak-budak tu dapat keluarga angkat di kalangan penduduk orang asli kat sini. Menurut salah seorang AJK program, Shaf, kat sini ada 33 orang penduduk orang asli kaum Jakun, duduk dalam 15 buah rumah. Mohon betulkan kalau saya tersilap.

Pusat Tarbiyah Kg Orang Asli Tanah Abang, Johor

Macam penduduk orang asli yang lain, diorang ni pun ada sifat malu yang sangat menebal dalam diri dan sesetengah ibu bapa tak berapa nak dedahkan anak-anak dengan dunia persekolahan. Tapi yang terbaiknya kat sini, ada sebuah sekolah rendah dalam kampung ni betul-betul sebelah homestay kitorang. Haaa, ada la jugak kan anak-anak orang asli yang berminat untuk pergi sekolah.

Ayen sempat interview Pak Ali yang dah smart

Ayen bagi talk kesedaran tentang pentingnya alam persekolahan ni lerr kat ibu bapa penduduk kat sini. Santai-santai aje perkongsiannya. Mudah-mudahan ibu bapa yang hadir turut sama sampai menyampaikan perkongsian Ayen tu kepada ibu bapa lain yang tak dapat turut serta.

Haaa, kita datang sebagai apa? Sebagai peneman Ayen aje. Haha. Ok nak gerak balik Skudai!
Sepagi di Kampung Orang Asli Jakun, Tanah Abang, Johor Sepagi di Kampung Orang Asli Jakun, Tanah Abang, Johor Reviewed by Sunah Sakura on January 16, 2019 Rating: 5

13 comments:

  1. best pengalaman macam ni.. dulu time uni jela dapat join event2 cemni.
    best adeee sungai.. hehe tapi kalo nak mandi macam seram tu kan =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishh...tak berani lerr nak mandi sini...macam dalam je airnye..tak pandai berenang, kang karam di lautan biru..hahaha

      Delete
  2. eh kesian akak.. tak tahu pun ada kg. tanah abang ni hehehe..btw best dapat join program macam ni..tahniah utk semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanah abang ni nama dia familiar..tapi ni la first time jejak sini..alhamdulillah, pengalaman baru..

      Delete
  3. Pernah juga sampai kat sini.
    Memang best suasananya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ye ke WP! best kan! tempatnya cantik...suasana pun tenang je...tak riuh dengan hiruk pikuk kota

      Delete
  4. Tak sangka juga kan Johor pun ada Tanah Abang..
    Next time kalau ada lagi nak join laaaa

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. cantik kan kak...sebab dia dekat tepi sungai..kalau tengok peta, sungai tu tengah2 antara sungai endau dengan sungai sembrong..

      Delete
  6. Cantik tempatnya yer. Tenang dan mendamaikan.

    ReplyDelete
  7. menarik nyer program sebegini.
    aida sgt suka program mendekati camni.
    kenal org.
    kenal adat.
    kenal dunia...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.