Goodbye Pikachu & Eeve!

Goodbye Pikachu & Eeve! | Macam sunyi jugak lah dunia blog kita weekend ni. Rakan-rakan JDT Blogger pun macam tak update sekerap biasa. Agaknya semua sibuk dengan aktiviti keluarga atau aktiviti taman masing-masing (baca: aktivit KRT masing-masing especially Ain).

Semalam hari terakhir Pikachu dan Eeve di rumah kami. Balik malam tadi, sedih pulak tengok Lugia menyambut seorang diri kat depan pintu tanpa adik-adiknya. Walaupun ada mak dia, Mumu, Anje, Kiki dan Cookie sekali, tetap rasa rumah lengang.

Iye, sebut nama yang lain tu baru uols boleh hadam kan, sebenarnya saya tengah cakap pasal kucing. Jangan tanya kenapa nama Pokemon, tu kak Ajan yang bagi nama anak-anak dia. Hahaha!


Sedih pulak nengok gambo ni.

Pikachu, Eeve dan Lugia anak Mumu batch yang latest. Pikachu dan Eeve dah berpindah ke rumah baru dengan tuan yang baru. Tinggal Lugia aje menanti tuannya bersedia untuk ambil. Lepas ni menunggu kelahiran batch baru Mumu dan kelahiran pertama Cookie pulak. Tak sempat sis kauu nak hantar vet untuk spaying, diorang dah gi mengawan. Hadoii.

Takpe lah. Nanti lepas diorang bersalin boleh kumpul duit untuk bawak gi vet.

Moga-moga tuan baru jaga diorang elok-elok dan mandulkan juga sebelum terlambat.

2 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com