Mencuba Mont Mauve Kakigori di MyKori Dessert Cafe Taman Sutera Utama

Mencuba Mont Mauve Kakigori di MyKori Dessert Cafe Taman Sutera Utama | Plan secara tak sengaja, hari Sabtu lepas masa tengah lepak-lepak kat rumah tengok cerita Mohabbatein kat TV3, kak Ajan whatsapp dalam group rumah.

"Nak makan ice bowl tak?"

Masa tu saya dengar dari Ibah je. Saya hanya sebut, tengah batuk ni. Takut pulak nak makan benda sejuk-sejuk. Ibah pun senyum aje. Lepas tu saya bangun ke dapur, siapkan brownies sebab ada customer nak pickup pukul 5 petang.

Masa tengah potong tu, kak Ajan turun ke dapur. Saya pulak bukak whatsapp dan nampak notification pada group whatsapp rumah. Saya bukak dan baca, oh Ibah pun macam nak pergi. Tiba-tiba pendirian saya goyah.

Tiba-tiba saya pun search MyKori Dessert kat instagram sebab da lama nak gi situ. Terus tunjuk kat kak Ajan, jommmm gi sini. Gituhhh lah sejarah kejadiannya. Kebetulan pulak Sis Lin pun pergi jugak ke MyKori Dessert, tapi kat Subang Jaya. Macam berjanji pulak. Hahaha.

MyKori Dessert Cafe Taman Sutera ni baru je bukak tahun lepas. Kalau uols familiar dengan Family KTV Karaoke atau Warakuya Japanese Garden kat Taman Sutera tu, haaa MyKori ni terletak di blok kedai yang sama. Waze aje, memang akan sampai.


Kafe nya terletak di tingkat atas, sama macam Teaday. Dinding sebelah tangga untuk naik ke atas ada tulisan yang menarik, dinding belah tingkat atas sebelum pintu masuk pulak ada lukisan-lukisan unicorn. Nak OOTD boleh, tapi make sure kamera henset uols boleh modify lighting.


Masuk je ke dalam kafe, terus nampak kaunter. Order semuanya dibuat kat kaunter dulu, pilih menu yang uols nak, kemudian bayar kat situ jugak. Nanti cashier akan bagi resit yang ada nombor giliran uols. Gi cari tempat duduk dulu dan tunggu nombor tu dipanggil.


Sementara menunggu tu, boleh lah ambil gambar dulu khennn. Ehh, tetiba seketul Nada pun ada kat sini. Hahaha. Dia dah sampai awal sebenarnya, dari kenduri kat Desaru, dia terus ke sini. Nada order Honeydew Kakigori sementara kawan dia order Melon Kakigori. Dua-dua sedap.

Eh, kitorang order ape?


Ni ha, Mont Mauve. Dari rumah lagi dah nampak gambar dia kat IG MyKori. Sebab tu, sampai sana terus nak rasa yang tu hasil penampilannya yang menarik dalam gambar. Mont Mauve ni hasil gabungan aneka berries - strawberry segar, blueberry dan raspberry beku. Dalam shaved ice tu ada potongan buah-buah masam manis ni.


Rasanya sedap macam air yogurt tu. Tapi bila tergigit raspberry, mak ai masamnyeee. Kitorang siap ketepikan lagi raspberry tu sebab cannot go. Boleh telan strawberry dengan blueberry je. Eh ye, kitorang beli 1 je sebab semua kenyang. Lain kali boleh try perisa lain pulak. Teringin bila tengok Matcha Latte Kakigori dia tu.

Uols, bila nak pergi?


MyKori Dessert Cafe Taman Sutera

Lokasi:
18A, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor

Waktu Operasi:
1.00 - 11.00 pm

Website:

Facebook:

Instagram:


No. Telefon:
+6018-281 4508
Mencuba Mont Mauve Kakigori di MyKori Dessert Cafe Taman Sutera Utama Mencuba Mont Mauve Kakigori di MyKori Dessert Cafe Taman Sutera Utama Reviewed by Sunah Sakura on March 05, 2019 Rating: 5

8 comments:

  1. Macam-macam idea dessert ya...
    Kat Seremban belum ada lagi mykori ni

    ReplyDelete
  2. Fuh...dessert yang menyelerakan...

    sekadar tengok jelah la

    ReplyDelete
  3. Macam best je dapat makan time cuaca panas ni kan.. Aduii

    ReplyDelete
  4. cuaca panas-panas best ni makan ramai-ramai. harga pun boleh tahan..memang patut beli satu berkongsi ramai-ramai..hihi

    ReplyDelete
  5. Bila baca part buah yang masam tu terus kecur air liur macam ai pulak yang tgh mkn asam.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. Dh penah g yg kt Mahkota Cheras. Dapp ngat strawberry kakigori dia. Hehe. Nt nak repeat ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  7. Sedap sangat!!
    Tau dah ko mesti pilih yang cantik hahahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.