Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature

Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature | Uish, jarang-jarang seketul Sunah nak share pasal skincare. Apatah lagi blog ni bukan niche beauty. Tapi disebabkan baru-baru ni ada try satu pencuci muka yang baru, dan kesan dia macam best dan serasi pada kulit, seketul Sunah tak teragak-agak nak share produk ni.

Sejak kebelakangan ni, kerap nampak kawan-kawan blogger share produk Hansaegee Nature. Tak kira lah dari AQUA Whitening Cream ke, ALOE AC Clean Bubble Cleanser ke, mahupun Gold Nano CC Cream dia. Semua share kesan positif lepas mencuba produk dari Korea ni. Kebetulan pulak saya punya pencuci muka dah nak habis. Kalau tak cuba semua, cuba salah satu dulu pun, dah ok.


Disebabkan kulit muka saya jenis kombinasi, dan agak berminyak pada T-Zone, saya pun cuba guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ni. Cleanser ni mengandungi dua bahan utama:
  • Aloe Barbadensis Leaf Juice yang berfungsi untuk melembapkan dan membersihkan kulit, melegakan sunburn, merawat jerawat, sebagai anti-inflammation, serta mengurangkan bintik hitam.
  • Tea Tree Leaf Oil yang berfungsi untuk melembutkan dan membersihkan kulit, anti fungus, merawat jerawat dan mengurangkan jangkitan bakteria.


Pencuci muka ni adalah dalam bentuk liquid dalam botolnya. Kalau uols goncang-goncang, boleh rasa macam air bergoncang kat dalam tu. Tapi bila pump aje keluar, liquid dalam tu bertukar jadi foam yang ringan dan halus. Foam ni la yang membantu membersihkan lebihan minyak atau sebum pada kulit serta menanggalkan kotoran jauh ke dalam pori-pori supaya kulit nampak lebih segar dan bersih.


Saya dah guna pencuci muka ni dua minggu, alhamdulillah memang nampak perubahannya. Pori-pori nampak lebih halus, kawan blogger yang gi review buffet Ramadhan sama-sama pun tegur, “kulit muka Kak Sun nampak flawless”. Kalau dia baca ni, mesti dia tersengih-sengih dan tahu dirinya yang saya maksudkan.

Paling saya senangi, rasa kulit tegang lepas pemakaian pertama bila kita bertukar pencuci muka tu, tak ada langsung. Saya pernah rasa kulit muka terlalu tegang dan kering lepas pakai certain pencuci muka yang tak sesuai dengan kulit. Tapi ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni langsung tak mengeringkan kulit! Wajah rasa lembap aje lepas cuci pakai pencuci muka ni. Betul la kandungan Tea Tree Oil dia tu membantu melindungi kulit supaya kekal lembut, lembap dan segar.


Saya gunakan pencuci muka ni dua kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur. Ye lah, pagi sebab bila bangun tidur, muka kita sedikit berminyak lepas lebih enam jam kita tak basuh muka. Malam pulak, sebab seharian kita dah terdedah kepada udara luar yang ada banyak kotoran tanpa kita sedari. Kadang-kadang ada kesan mekap yang tak hilang sepenuhnya. Dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni lah kita nak bersihkan muka tu sebersih-bersihnyaaaaa~

Meh nak tunjuk cara guna.

Muka baru bangun tido seketul Sunah sebelum dicuci

Untuk bersihkan muka guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser ni, make sure basahkan dulu seluruh muka dan tapak tangan untuk kesan yang lebih optima. Kemudian, picit dalam dua kali botol cleanser tu untuk keluarkan foam ke atas tapak tangan yang basah tadi.

Tekstur bubble foam ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Then, urut bebuih tu pada muka perlahan dalam circular motion. Masa urut muka tu, uols akan dapat hidu bau wangiiii Tea Tree Oil dalam kandungannya, selain dari bau Lavender, Jasmine dan Rosemary. Rasa mudah aje penggunaannya sebab buih-buih yang ringan dan halus tu. Tak banyak keje. Haha!

Kulit yang basah membantu proses cucian bubble cleanser

Dah puas mengurut muka, boleh lah basuh muka tu dan lap dengan tuala bersih. Uols akan nampak kesan lepas guna tu terussss, wajah jadi lebih segar dan bersih. Clear and brighter gituhhhh! Saya sukaaa! Wehuuuu~

Hasil lepas cucian dengan ALOE AC Clean Bubble Cleanser

Haa, ini lah diaaa ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature yang menggembirakan hati seorang Sunah tuuu! 1 botol ni RM65 aje, tapi ada promotion, beli dua botol RM110. Beli dengan produk Hansaegee Nature yang lain pun ada harga promonya. Kalau uols pun nak cuba skincare ni, boleh la ke laman web Hansaegee Nature ya!


Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature Kesan Dua Minggu Pencuci Muka Aloe Vera – Hansaegee Nature Reviewed by Sunah Sakura on April 07, 2019 Rating: 5

51 comments:

  1. wahh.. bagus nya pencuci muka aloe vera ni.. dilah tak pernah lagi guna produk dari korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba yang ni...good for all skin types

      Delete
  2. makin comel la cik sunah kita ni..:)

    ReplyDelete
  3. Eh eh berseri dah macam orang Jupunn gitu....
    Macam nak try tapi masih lagi pengguna setia Hada Labo..tunggu nanti dah habis boleh cuba ni..

    ReplyDelete
  4. Wah wah makin lawa la dia. Kinah tengah guna sekarang. Baru 2 hari hehe

    ReplyDelete
  5. Wowwwww... Lepas ni makin menawan laaa diaa!!! 🤭🤭🤭🤭 Melathopp gitu

    ReplyDelete
  6. wahh..best kan pencuci muka ni..kita pun review jugak.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. gituuu...ramai kan yang pakai pencuci muka ni

      Delete
  7. best jgk tuh, botol pun bsr... puas hati pakai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee...senang bawak jugak ke sana sini...nak pakai pun just pump out je

      Delete
  8. kalau product base aloe insyallah memang ok. i love it tapi tak pernah cuba brand ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann...kalo ada kesan sunburn, elok sangat aloe vera ni..

      Delete
  9. Assalamualaikum sunah...bestnya muka.jd lembut kn kalau guna aloe vera ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam mama..haah, rasa moist je muka lepas cuci..

      Delete
  10. wahhh.. makin cantiklah seketul Sunah lepas ni

    ReplyDelete
  11. Aloe vera memang terkenal dengan khasiatnya.. No wonder product ni berkesan..
    Semakin terserlah natural beauty SS..

    ReplyDelete
  12. Best ya pakai Aloe Vera Hansaegee Nature ni. Tgok ramai jgak blogger yg pakai ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...rupanya ramai juga yang pakai cleanser ni..best sebab suka tekstur dia yang ringan

      Delete
  13. wow... bgsnya hansaegee ni.... suka tgk form tu. mesti syok guna kan...

    ReplyDelete
  14. wah bestnya hansagee ni mmg nampak perubahannya

    ReplyDelete
  15. Gunakan berterusan inshhaAllah akan nampak kesan yang baik ya

    ReplyDelete
  16. sebotol ni boleh tahan berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa 2 - 3 bulan pun boleh..belum habis guna lagi

      Delete
  17. #2772 boleh tikam nombor ni hehehee

    ReplyDelete
  18. sekali sekala niche beauty apa salahnya.. hii ramai orang kongsi pencuci muka ni semua pakat kata best.. sebab bubble gitew cleanser nya

    ReplyDelete
  19. ramai juga yg guna produk ni. Buih pun banyak, seronok nak tonyoh kat muka.. hehe

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. tak sis...ia tak mengeringkan muka selepas cuci...

      Delete
  21. boleh rekomen kpd isteri ni..

    ReplyDelete
  22. Tgk tekstur bubble nya tu alahai lembut je

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.