Benih Pokok Daun Kari

Benih Pokok Daun Kari | Dah lama saya tanam pokok daun kari ni. Cuba tanam guna batang aje. Beli daun kari kat pasaraya Maslee. Ada lebihan tangkai daun tu, saya cabut semua daun karinya dan cucuk tangkai tu ke dalam tanah.

Lama juga menunggu, akhirnya satu masa, pucuknya mula muncul keluarkan daun. Dan sekian lama, pokoknya semakin membesar. Dah berapa kali ulat bulu datang menyerang jugak, sampai togel pokoknya. Sampai saya dah putuskan nak buang aje. Siap asing ketepikan sebab tak nak jaga dah.

Last-last tengok, yang dah saya patahkan batang pokoknya tu tumbuh pulak dahan-dahan yang baru. Lagi sihat pulak tu! Sampai berbunga-bunga pun ada. Cancel terus nak buang. Biar aje lah dia hidup kalau dia nak hidup, kan?


Terbaru, siap ada biji-biji ni kat atas pokok tu. Bila saya post gambar ni kat instagram tanya benda ni apa, Sis Lin jawab. Rupa-rupanya benih pokok daun kari. Ada yang kata biji kaler hitam tu boleh jemur dan keringkan jadi biji benih. Yang merah tu boleh makan. Erkk. Tak try lagi la makan yang merah tu sampai sekarang. Sebab takut rasa macam makan kari ayam pulak. Ahahaha.

Saya offer aje kat kawan-kawan yang dekat supaya datang ambil biji benih ni kalau-kalau nak tanam. Alhamdulillah, berbakti pada tanah, ada hasilnya kan?

11 comments:

  1. aah kan..selalu diserang ulat. yang kat rumah yan ni...ambik benih dari rumah mak kat pahang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak tumbuh yang baru ni, dah lama jugak ulat tak datang...tunggu jugak ni..hahahha

      Delete
  2. Wahhh.. tak pernah perasan pokok kari boleh sampai berbuah macam ni padahal biasa aje jumpa poko kari yang dah dewasa. Akak dulu pernah jugak tanam tapi lepas kena serang ulat bulu terus serik nak tanam, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak...saya pun first time la tu tengok pokok kari macam ni..ahahahha

      Delete
  3. Hahaha Sis tau sebab rumah Mak banyak bijik ni, sampaikan biji tu dah jatuh, dan anak pokok tumbuh bawah tanah pokok tu, siap ada yang datang amik anak pokok kari tu...sapa nak bagitau hahahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. semalam kak dilah datang nak amek, tiber da takde da biji-biji tu..burung amek ke ek..hahahha

      Delete
  4. Di ade bnyk kt rumah ni. Pastu diserang dek ulat.

    ReplyDelete
  5. seronoknya pokok kari tumbuh subur..saya dah lama cari anak pokok kari untuk ditanam, kalau dekat teringin juga saya ambil sedikit benih pokok kari awk..:)

    ReplyDelete
  6. First time mama tgk biji Ni arotu mama tanam guna anak pokok Kari je.. bagusla sunah share benih Ni dpt pahala

    ReplyDelete
  7. Eh pandey bebuah ke pokok kari yea, 1st time nanga. pokok kari mmg liat mau dibunuh. Kamek pun dolok sampey akar skali dicabut baru mati. Yea pun sb dh ngaco simen lantey carporch

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com